Si Bunga Telang
Sebelum balik Seremban, singgah Kuala Pilah kampung encik suami sebentar. Nak tanam pokok calathea lutea ambil anak pokok dari kampung Segamat. Pernahlah tanam dulu tapi mati pula. Mungkin masa tu musim panas agaknya, itu sebabnya pokok Calathea tu tak hidup.
Harapnya kali ni hidup suburlah dan merimbun macam di Segamat. Sedang encik suami tanam pokok, saya ambillah gambar sekitar rumah. Dah jadi habit suka ambil gambar bunga bunga dan pokok. Terperasan ada bunga telang tepi rumah.
Cantik bunganya kembang dengan titisan ari hujan membasahi kelopak bunga.
Yang kudup pun ada. Ehhh cantik pula titisan air hujan bergayut di hujung kudup bunga telang. Jangan lepaskan peluang, sila ambil gambar sebelum titisan air hujan jatuh ke tanah
Bunga telang in english butterfly pea flower. Selain itu dipanggil juga bunga kacang telang. Pokok bunga telang jenis menjalar.
Bunga telang bukan sekadar bunga berwarna biru ungu yang cantik, malah bunga telang manfaatnya banyak. Khasiat bunga telang untuk mata, rambut dan juga untuk kesihatan. Bab tu kena kajilah ye.
Bunga telang juga ada berjenis bunga telang. Warnanya juga pelbagai selain warna biru ungu, ada warna putih, biru dan juga merah.
Selain digunakan untuk tujuan perubatan, bunga telang kini dah banyak digunakan dalam industri pemakanan. Warna bunga telang digunakan sebagai pewarna asli untuk nasi kerabu, kek dan juga air bunga telang atau teh bunga telang.
Yang saya tahu Secret Recipe ada Butterfly Pea Lemon Cheesecake. The Coffee Bean & The Leaf ada bebeberapa jenis kek dan pastri berasaskan bunga telang sempena 25th Anniversary Special. Cantik menarik warnanya.
Berhajat juga nak tanam pokok bunga telang. Kononnya nak buat air bunga telang. Tengok orang buat, kita pun rasa nak buat juga.
Untuk tanam bunga telang boleh gunakan kaedah keratan atau biji benih. Saya belek belek pokok telang cari benihnya. Jumpalah beberapa kacang bunga telang yang dah kering. Sedang eloklah tu nak ambil buat benih.
Biji benih bunga telang yang saya dapat. Tak banyak, tapi untuk cuba cuba tanam tu boleh lah. Dari tak ada kan
Tanaman bunga telang menggunakan biji benih ni lebih mudah dan peratusan hidup yang lebih tinggi. Baiklah, nanti cuba tanam. Harap menjadi lah tanaman pokok telang saya nanti
Kena rendam dulu untuk aktifkan benih, lepas tu semai. Kalau tumbuh tu kira menjadilah kan. Dah menjadi baru pindah pasu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/10/si-bunga-telang.html