Shukri Abdull Panas Punggung Atas Pendedahan Takiyuddin



Bekas ketua pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull menafikan dirinya terlibat dalam mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Lim Soon Peng berkaitan kes siasatan 1MDB pada sekitar tahun 2018.

Mengulas dakwaan wujudnya campur tangan politik dalam siasatan itu, Shukri menekankan bahawa dia tidak pernah patuh dengan sebarang arahan termasuk dari menteri, mahupun perdana menteri.

“Saya sentiasa menjaga integriti saya.

“Dalam mana-mana siasatan saya tak akan patuh dengan mana-mana arahan termasuk menteri atau PM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan, bahawa terdapat campur tangan bekas perdana menteri Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng serta bekas peguam negara Tommy Thomas dalam siasatan berkenaan.

Takiyuddin ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat semalam, mendakwa bahawa pada tahun 2018, surat representasi yang ditulis oleh peguam Soon Peng kepada Shukri termasuk nota tulisan tangan yang telah diminitkan oleh Mahathir dan sekali lagi oleh Guan Eng.

“Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh perdana menteri ketujuh (Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan perdana menteri (Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Lim (Soon Peng).

"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," kata Takiyuddin.



Ketika itu, akaun bank Soon Peng dibekukan susulan siasatan ke atas transaksi berjumlah RM4 juta yang berkaitan dengan dana berkaitan 1MDB dari Najib.

Takiyuddin kemudian memaklumkan surat itu diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh perdana menteri.

Susulan daripada surat itu, katanya, Tommy kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.

Mengulas dakwaan itu, Shukri hari ini juga berkata bahwa dia hanya akur dengan arahan timbalan pendakwa raya sahaja, dan bukannya arahan dari pihak-pihak yang tidak berkaitan.

“Begitu juga dalam kes ini, saya tak pernah keluarkan arahan pada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan.



“Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ia bukan arahan saya,” katanya.

Shukri berkhidmat di SPRM selama 32 tahun dan bersara pada tahun 2016 sebagai timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) semasa siasatan mengenai skandal kewangan global 1MDB.

Namun, dia kembali pada Mei 2018 untuk mengetuai suruhanjaya anti rasuah di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan akhirnya, menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2019.

Ini bukan kali pertama tuduhan muncul mengenai kes tersebut. Pada bulan Jun, Pemuda PAS Pulau Pinang membuat tuntutan serupa dan menuduh Thomas dan Guan Eng menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membantu ahli perniagaan.

Ini setelah surat yang didakwa oleh Thomas kepada Guan Eng mengenai perkara itu, bertarikh 14 Jun tahun lalu, disiarkan di laman web pemberi maklumat "Peniup Wisel Siber" pada 2 Jun.

MR : Kita akan lihat tuduh menuduh dalam PH dan tunggu Atok mengulas   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/shukri-abdull-panas-punggung-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kes Panas Punggung Polis Buat Laporan Kepada Polis

Ini Kes Panas Punggung Polis Buat Laporan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 272 hits
POLIS Diraja Malaysia membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata laporan dibuat seorang pegawai polis s...
Penjelasan Atas Pendirian Umno Enggan Menyertai Perikatan Nasional

Penjelasan Atas Pendirian Umno Enggan Menyertai Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 326 hits
Kedengaran suara suara sumbang yang mengkritik keputusan UMNO yang disuarakan oleh Presiden UMNO DS Zahid Hamidi untuk membuat penilaian semula sokongan UMNO dalam Perikatan Nasional Seperti semua maklum Zahid secara tegas memberitahu UMNO ...
Manusia Bertanggungjawab Atas Rusaknya Habitat Harimau Sumatera

Manusia Bertanggungjawab Atas Rusaknya Habitat Harimau Sumatera

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 249 hits
Dirjen KSDAE Kementerian LHK Wiratno mengungkapkan masalah terbesar kerusakan lingkungan dan kematian Harimau Sumatera ada di faktor manusia yang paling bertanggung jawab Ada dua hal yang mendorong hal tersebut yaitu kemiskinan dan keseraka...
Tuntutan Ke Atas Sabah Isu Basi Dan Berniat Jahat

Tuntutan Ke Atas Sabah Isu Basi Dan Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah isu basi yang berniat jahat dan dilihat sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik pihak pihak tertentu menjelangnya Pilihan Raya Negeri Sabah Pakar Undang undang Antarabangsa Univers...
Jujur Cakap Kenapa Tidak Ada Sebarang Pendakwaan Salah Guna Kuasa Ke Atas Tommy Thomas

Jujur Cakap Kenapa Tidak Ada Sebarang Pendakwaan Salah Guna Kuasa Ke Atas Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 516 hits
Oleh Jebat1 Nama bekas Peguam Negara Tommy Thomas akan dikenang sebagai satu satunya peguam peguam negara yang cukup dibenci oleh rakyat Malaysia 2 Selama 22 bulan Peguam Negara Bukan Islam pertama di Malaysia ini telah banyak mengguris hat...
Ibu Menyusu Asyik Makan Normallah Setiap Kali Menyusu Kalori Dibakar Ibarat Berlari Atas Treadmill

Ibu Menyusu Asyik Makan Normallah Setiap Kali Menyusu Kalori Dibakar Ibarat Berlari Atas Treadmill

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 321 hits
Percaya atau tak tapi inilah fakta menarik buat ibu menyusu Sebenarnya ibu yang menyusu anda tak perlu takut pun badan naik kerana dengan hanya menyusukan anak sahaja sebanyak 300 700 kalori terbakar Macam tak percaya kan tapi itulah hakika...
Anji Dipolisikan Atas Video Obat Covid 19 Ernest Prakasa Pikir Ulang Sebelum Sebar Konten Sesat

Anji Dipolisikan Atas Video Obat Covid 19 Ernest Prakasa Pikir Ulang Sebelum Sebar Konten Sesat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 263 hits
Setelah video tentang obat Covid 19 miliknya dihapus YouTube Anji harus siap berhadapan dengan hukum
Perbedaan Hak Orang Kaya Dan Miskin Atas Daging Qurban Perlu Diketahui

Perbedaan Hak Orang Kaya Dan Miskin Atas Daging Qurban Perlu Diketahui

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 351 hits
Seperti diketahui setiap tahun khususnya di bulan Dzulhijjah seluruh umat muslim di dunia merayakan Hari Idul Adha Perayaan ini bertepatan dengan pelaksanaan ibadah haji di kota Mekkah yang dilakukan oleh sebagian umat muslim yang telah mam...
Banyak Yang Belum Tahu Ini 9 Artis Papan Atas Yang Orang Tuanya Adalah Pengajar

Banyak Yang Belum Tahu Ini 9 Artis Papan Atas Yang Orang Tuanya Adalah Pengajar

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 227 hits
Mulai dari guru PAUD hingga dosen nggak heran kalau banyak artis yang menuruni kecerdasan orang tua mereka
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet