Shuib Terkejut Bubble Bee Cetus Fenomena Baharu
Siapa sangka bermula dari perbualan bersama rakan-rakan, impian selebriti versatil Shuib Sepahtu untuk membuka dan meluaskan empayar perniagaannya iaitu Bubble Bee kini tercapai.
Bermula Dari Gurauan Mended@hkan disebalik pembukaan cawangan terbaharu di Bangi, pemilik cawangan tersebut,Muhammad Imran Zulkafli berkongsi pengalamannya bersama Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad. Menurutnya, sebelum ini dia pernah berbual dengan Shuib yang mana pelawak itu berhasrat untuk membuka perniagaan berasakan minuman boba.
View this post on Instagram Terima kasih di atas support utk Grand Opening Outlet BubbleBee Bangi smlm… Terima kasih rakan2 artis,rakan niaga dan tahniah pd owner @muhammad.imran.zulkafli .. Terus sukses 😊 Tahniah @bubblebeemalaysia_hq @hafiz.hov @yazid_arshad @amanarshad @acheykintangkintung @ebitlew @cahayaasmawi @rudy_gengtayarbesar @mohdizharariff_official @sharnaazahmad
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on Jul 6, 2020 at 5:00pm PDT
Ketika itu, Imran berseloroh dengan beranggapan impiannya itu seperti mustahil untuk dilaksanakan. Namun, siapa sangka, di atas hasil usahanya Shuib kini telah berjaya membuka 5 cawangan Bubble Bee setakat ini, malah Imran sendiri merupakan salah seorang rakan kongsinya.
“Masa itu saya pergi ambil motor Shuib di rumahnya, dia meluahkan hasrat kepada saya untuk membuka bisnes baru iaitu minuman Boba. Confirm m@ti saya cakap. Selepas itu saya terfikir untuk sertai sekali sebab nampak apa yang Shuib bawakan dan berpotensi” kata Imran
Shuib TerharuBagi Shuib pula, dia sama sekali tidak menyangka serta terharu apabila Bubble Bee berjaya mencetuskan fenomena baharu. Di sebalik khabar berita penutupan beberapa jenama popular seangkatannya, Bubble Bee pula tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan minuman ini sejak pembukaan cawangan pertamanya di Shah Alam sekitar Disember 2019.
“Bila tengok produk-produk lain yang sama dengan saya, dalam hati terdetik ‘aku boleh beat diorang, aku boleh buat lagi better dari yang korang buat”
Terima kasih banyak sekiranya ada pihak yang melihat jenama Bubble Bee ini setaraf dengan produk-produk lain yang sedia ada. Alhamdulillah, syukur” katanya mengakhiri perbualan bersama Murai.my
Sebagai info, Imran merupakan individu yang telah mengubahsuai motorsikal milik Shuib yang pernah tular di media sosial pada tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Murai
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/07/shuib-terkejut-bubble-bee-cetus.html