Shuib Sedia Lepas Jawatan Duta Kk Mart


bharian.com.my
Oleh Farihad Shalla Mahmud 
[email protected] 21, 2024
Shuib tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah 'Allah'. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib tidak teragak-agak melepaskan tanggungjawab sebagai Duta KK Mart jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dalam tulisan rumi dan jawi yang hangat diperkatakan sekarang.

Shuib berkata, sebagai umat Islam, dia mengeji penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' dan menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

"Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Shuib yang dilantik Duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontrak menganggap, tindakan menjual stoking tertera kalimah 'Allah' sebagai keji.

"Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.

"Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar," katanya.

Meskipun menggalas tugas sebagai Duta KK Mart, namun, ia bukan alasan untuk Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, bersikap neutral berhubung kontroversi itu.

Bagaimanapun, Shuib perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.

"Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

"Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

"Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong," katanya.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Berikutan itu, timbul gesaan agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilapor memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu dilaporkan berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Rentetan daripada insiden itu, pengendali rangkaian kedai serbaneka terbabit turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/shuib-sedia-lepas-jawatan-duta-kk-mart.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akmal Tetap Mahu Kk Mart Diboikot Lepas Ditegur Tiga Menteri

Akmal Tetap Mahu Kk Mart Diboikot Lepas Ditegur Tiga Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 251 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 20 2024 9 22 AMKetua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh tetap tidak berganjak dari desakan untuk memboikot KK Mart berhubung kontroversi stoking dengan tulisan Allah Ini meskipun selepas ditegur oleh tiga men...
Hantaran Sama Isu Kk Mart Cetus Syak Wasangka Tentang Kempen Maklumat Palsu

Hantaran Sama Isu Kk Mart Cetus Syak Wasangka Tentang Kempen Maklumat Palsu

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 105 hits
Iman DimyatiSejak beberapa hari lalu satu hantaran mengenai kemelut KK Mart tersebar meluas melalui media sosial khususnya di Facebook Bila isu KK Mart aku baru sedar di Malaysia ni hina Diraja Sultan lebih sensitif di mata pemimpin berband...
Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking Kk Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup

Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking Kk Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 192 hits
Sedia maklum kedai serbaneka KK Supermart amp Superstore baru baru ini menjadi topik bualan ramai susulan menjual stoking yang mempunyai kalimah Allah sebagai design Tak asing minuman keras Terbaru KK Supermart di Jementah Segamat pula diar...
Aplikasi Kk Mart Digodam Tertera Amaran Terakhir

Aplikasi Kk Mart Digodam Tertera Amaran Terakhir

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 98 hits
Malaysiakini nbsp Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini dengan perkataan Amaran Terakhir dipaparkan muncul pada aplikasinya Bagaimanapun aplikasi itu kembali seperti biasa kira kira jam 10 pagi hari in...
Polis Cadang Pendakwaan Jenayah Pada Kk Mart Pembekal

Polis Cadang Pendakwaan Jenayah Pada Kk Mart Pembekal

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 111 hits
Hariz MohdPolis telah melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking dengan tulisan Allah di sebuah cawangan KK Mart di Bandar Sunway Selangor baru baru ini Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain peg...
Identical Posts On Kk Mart Issue Raise Suspicion Of Disinformation Effort

Identical Posts On Kk Mart Issue Raise Suspicion Of Disinformation Effort

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 161 hits
In the past few days one particular post regarding the KK Mart debacle has been making rounds through social media particularly on Facebook Bila isu KK Mart aku baru sedar di Malaysia ni hina Diraja Sultan lebih sensitif di mata pemimpin be...
How The War In Gaza Has Doomed Kk Mart

How The War In Gaza Has Doomed Kk Mart

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 277 hits
When one falls in status one of the things that happens is that one will become very sensitive towards even the smallest slight The smallest scorn can trigger such great grievance in oneself that one might even persuade oneself to retaliate...
Zahid Tells Supermarkets Not To Repeat Kk Mart S Mistake

Zahid Tells Supermarkets Not To Repeat Kk Mart S Mistake

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 142 hits
Supermarkets in Malaysia are reminded to not repeat the mistake made by KK Mart which sold socks bearing the word Allah Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi said He added that such sensitive matters are classified under the 3Rs and shou...
Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 246 hits
freemalaysiatoday com 20 Mar 2024 11 48 PMKetuanya Dr Akmal Saleh berkata tiada sesiapa mampu menghalang tindakan itu di sebalik nasihat presiden parti jangan berlebih lebihan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata tiba masa memberi penga...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense