Shuib Sarah Tak Ditahan Reman Sprm


Pelawak, Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah Raissuddin tidak ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.
Peguamnya, Muhammad Fadhli M Sutris dari Fadhli Sutris & Associates menafikan dakwaan berkenaan.
Katanya, Shuib dan Siti Sarah hanya dipanggil untuk memberikan keterangan, bukan ditahan reman atau ditangkap.
“Saya selaku peguam mewakili Shuib dan Siti Sarah ingin membuat penjelasan mengenai isu membabitkan anak guam yang dipanggil oleh SPRM, Khamis lalu.
“Saya harus menjawab berita tidak sahih dan spekulasi yang tular dalam media sosial serta media cetak sejak kehadiran anak guam di pejabat SPRM.
“Sebarang kenyataan mengenai kehadiran dan sebab mereka dipanggil memberi keterangan tidak boleh didedahkan buat masa ini, memandangkan masih dalam peringkat siasatan SPRM. Kenyataan mengenai isu ini juga boleh mengganggu siasatan.

“Ia juga sudah dijelaskan oleh pihak syarikat pengurusan, Indigital Music menerusi siaran media yang diedarkan,” katanya menerusi satu kenyataan yang diedarkan, petang ini.
Muhammad Fadhli berkata, pihaknya sudah menasihatkan anak guamnya dan syarikat pengurusan supaya tidak mengulas sebarang kenyataan.
“Perkara ini amat penting bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
“Saya juga ingin mengesahkan anak guam saya tidak pernah ditahan reman oleh SPRM mahupun terdapat permohonan reman dibuat ke atasnya. Kehadiran Shuib di pejabat SPRM hanya untuk memberi keterangan sahaja.
“Anak guam saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang diambil keterangan. Untuk makluman, rakaman keterangan Shuib diambil dan selesai pada hari yang sama. Shuib kemudiannya dibenarkan pulang selepas selesai proses berkenaan, manakala kehadiran Siti Sarah pula untuk menemani suaminya,” katanya.
Beliau berkata, tiada tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti yang dilaporkan beberapa media.
“Semua kenyataan yang tular tidak benar sama sekali.
“Ingin ditekankan sekali lagi kehadiran anak guam saya hanya membantu proses siasatan SPRM. Anak guam saya memberi kerjasama yang baik dalam membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, BH Online melaporkan pasangan selebriti dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Difahamkan, pelawak popular itu dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001. Anggota kumpulan Sepahtu itu disoal siasat selama 23 jam. BH
Penyanyi Siti Sarah Menangis Jumpa Tok Batin Buat Permohonan Maaf

The post Shuib, Sarah tak ditahan reman SPRM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/04/shuib-sarah-tak-ditahan-reman-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Shuib Dan Siti Sarah Dipanggil Sprm Kerana Disyaki Terlibat Kes Urusan Wang Haram

Hiburan Shuib Dan Siti Sarah Dipanggil Sprm Kerana Disyaki Terlibat Kes Urusan Wang Haram

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 609 hits
Khabarnya pasangan selebriti romantik iaitu Siti Sarah dan Shuib telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini selepas disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka...
Shuib Siti Sarah Dipanggil Sprm Untuk Siasatan

Shuib Siti Sarah Dipanggil Sprm Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 330 hits
Portal melaporkan Shuib dan isterinya Siti Sarah dipercayai telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya kerana terlibat dalam kes pengubahan wang haram yang membabitkan perniagaan air diusahakan mereka...
Part 2 Siti Sarah Shuib Amp Fara Mendoza Ke Sprm Lagi

Part 2 Siti Sarah Shuib Amp Fara Mendoza Ke Sprm Lagi

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 727 hits
12 Kronologi 1 1 Oktober Pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka...
Hiburan Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan Sprm

Hiburan Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan Sprm

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 549 hits
Melihat suaminya pelawak Shuib Sepahtu selesai memberi keterangan berhubung kes pengubahan wang haram kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam penyanyi dan usahawan terkemuka tanah air kini seakan mampu menzahirkan rasa syukur ...
Macau Scam 19 Orang Ditahan 23 Kenderaan Mewah Disita 730 Akaun Bank Dibekukan Sprm

Macau Scam 19 Orang Ditahan 23 Kenderaan Mewah Disita 730 Akaun Bank Dibekukan Sprm

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 380 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan seramai 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam mencuci duit yang juga dikaitkan dengan perniagaan golongan artis telah ditahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Ser...
Timbalan Ketua Polis Balai Ditahan Sprm

Timbalan Ketua Polis Balai Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 375 hits
IPOH Seorang timbalan ketua polis balai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas disyaki terlibat rasuah Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata anggota berpangkat Sarjan Mejar berusia 50 an itu ditahan petan...
2 Orang Pegawai Tinggi Polis Ditahan Sprm

2 Orang Pegawai Tinggi Polis Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR 7 OKT Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengesahkan dua pegawai kanan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Tanpa mendedahkan ...
Dua Pegawai Kanan Jsj Bukit Aman Ditahan Sprm

Dua Pegawai Kanan Jsj Bukit Aman Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 307 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah ...
Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 562 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini SPRM tidak memaklumkan punca penahanan pegawai...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam