Showtime 1958 Kisah Sebenar Studio Jalan Ampas Singapura
Nafalia Corporation mempersembahkan filem Showtime 1958, kisah benar yang berlangsung di Jalan Ampas, Singapura yang belum pernah dikongsikan dan tidak diketahui ramai sehingga hari ini
Suatu ketika dahulu Singapura adalah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam putih sebagai alternatif hiburan dan kemasukan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950-an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi
KISAH PERIT PERJUANGAN ANAK-ANAK SENI YANG BELUM PERNAH DIKONGSIKAN SEBELUM INI BAKAL DIANGKAT KE LAYAR PERAK MENERUSI FILEM BERJUDULSHOWTIME 1958.
Mendapat inspirasi daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, ‘Showtime 1958’ adalah tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah
‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan berdasarkan kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu
1958 adalah tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyah apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Sebahagian besar anak seni yang berasal dari Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, ‘Showtime 1958’ filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan
‘Showtime 1958’ bakal memulakan penggambaran mulai 17 Jun 2019 ini dan dirancang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal 2020.
Ikuti perkembangan terkini Showtime 1958 di laman Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut. - STAIL.MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/07/showtime-1958-kisah-sebenar-studio.html