Short Escape With Family At The Westin Bukit Bintang Kuala Lumpur
Salam to all readers,
| Short Escape with Family At The Westin, Bukit Bintang Kuala Lumpur | Rasa dah lama aku tak kongsi aku keluar jenjalan dengan family kan? Aku nak update blog pun macam bercinta sekarang, banyak sangat kekangan. But I can't stop because I love to sharing. Ikutkan dah lama juga kiteorang tak bercuti bersama. Last pun pergi Penang awal tahun haritu, so this escape actually last minute plan, where my aunt plan check-in hotel dekat KL untuk 1 malam. Even 1 malam sahaja, tapi we make a lot of joy. Bonding with family salah satu benda paling bermaknalah orang kata. Hangpa kalau memang duduk dengan parents, spend la banyak masa dengan dorang juga.
Kalau port check in hotel dekat KL ini, mak usu aku memang prefer untuk ambil dekat area Bukit Bintang. Sini memang belampak hotel, paling penting senang nak akses semua tempat, tak perlu drive pun takpe. Check in hotel, malam-malam ronda jalan kaki sahaja. Kali ini kiteorang menginap di The Westin, Bukit Bintang Kuala Lumpur, betul-betul depan Pavillion KL tu dan bersebelahan dengan Starling hotel. Walaupun dah basi aku tetaplah nak up dalam blog, kot-kot korang nak check in hotel yang sama.
Penginapan 2 hari 1 Malam di The Westin, Bukit Bintang KL
Korang boleh check Agoda kalau nak tahu rate dia, sebab aku ni pun bawa badan je. Moksu aku yang payung short trip ini. Kalini trip hanya dengan moksu, baby Aireen, mak, bibik dan aku. Mak pair bilik dengan makusu aku, bibik sebilik dengan aku. Sampai-sampai je, macam anak raja memasing. Mak aku macam mandor, suruh orang angkatkan beg dia. hahah.. Mesti ada tanya kenapa berbaju kurung ya? Kebetulan ada saudara aku kawen pada haritu, jadi before check in kiteorang pergi makan kenduri kawen dulu. Moh kita check in bilik hotel pula
Bibik melayankan juga aku bergambar, bervideo dekat sejam jugalah. Kalau sebilik dengan mak ke makusu aku memang tak dapatlah. Mereka masuk-masuk dah tergolek atas katil. Biliknya agak luas, paling penting tilam dia tebal nyaman sekali tidurnya. Even percutian tidur 1 malam je, feel dia macam bercuti panjang tu. Relax sikit.
Selfie dalam bilik air pula, perghhh bilik air besar bakk hang. Lagi besar dari bilik sewa aku sekarang ni. Aku guling sekali dah jatuh ke lantai. Bilik air siap ada tub lagi, nak berendam berjam-jam pun boleh. Boleh korang beli sabun bomb bath tu, sedaplah sikit mandi dalam tub tu. Showers gel mandian turut disediakan dalam bilik mandi.
Kalau rasa sejuk, boleh pekena air kopi dalam bilik. Ada paket KopiO dengan gula. Bolehlah jerang air buat air panas. Tempat penggosok turut disediakan, tiadalah baju kau kedut seribu bahasa waktu jenjalan nanti. Boleh gosok baju before keluar
Kiteorang even datang bercuti dekat dalam KL pun tetap berjalan ya. Lepas check in sekitar jam 1.00pm macam tu. Kami solat Zohor, rehat tukar baju terus pergi merayau sekitar Bukit Bintang, dah serupa jalan-jalan Penang sebab kiteorang pergi makan Nasi Kandar weyh. Bukit Bintang ini boleh dikatakan syurga makanan. Ikutkan plan makusu aku nak naik bas hop-On-Hop-Off. Sekali tiket habis pula untuk malam, untuk keesokan hari punya pun dah habis. Gigih jugalah kami jalan kaki ke Sungai Wang depan Lot 10 (ada kioks bas hop-on-hop-off tu). Nak taknak next time, kena book awal sikit.
Dekat Westin hotel ini pun dah cukup best, sebab boleh mandi kolam lagi. Kolam punyalah besar. Playground kanak-kanak pun ada. Siapa suka gym pun turut disediakan. Memang sesuailah datang sini bercuti bawa family, sanak saudara, mahupun kawan-kawan. Nak-nak hujung tahun ini, siapa yang paln bercuti ke Kuala Lumpur bolehlah consider hotel The Westin ini. Memang puas hati, staff dekat sini pun ramah
Nasi Kandar Hameediyah, Bukit Bintang
Korang jalan kaki je dari hotel, depan Starling Mall tu, kau lintas jalan, lalu belok ke kiri jalan terus, sampailah jumpa deretan kedai kaki 5, 7 eleven semua, nanti korang akan nampak orang pakai baju cap pagoda, or berkebaya, situlah kedai Nasi Kandar Hameediyah. Masing-masing kelaparan balik kenduri kawen, sebab makanannya kurang mengancam. Jadi, kiteorang pulun makan nasi kandar dekat Bukit Bintang pula.
Kedai ini memang beratur panjang sentiasa, mujur masa kiteorang sampai tu tak berapa panjang. Gagahlah juga nak beratur. Hameediyah memang expensived tapi dia punya lauk memang padu. Aku ambil ayam goreng, sayur sikit, paling penting kuah campur banjir. Nikmat apa yang kau nak dustakan ya
Aku dengan mak usu aku je makan, mak and bibik taknak makan minum jer. Dalam pada taknak makan, bila order martabak, yang kenyang pun nak merasa juga. Tapi martabak Hameediyah memang padu tambah kau makan panas-panas, memang sedaplah nikmatnya. Ini martabah daging, dagingnya punyalah lembut + banyak ya isipadu dalamnya. Short escape kalini memang berat bdan aku naik bagai dipam-pam gitu. Nak turun punyalah payah, naik tak payah diajar
Bila dah kenyang, tiket bas pun dah sold out, kami pun ambil keputusan balik bilik. Lepak dalam hotel je. Sambil tu lepak tengok televisyen juga.
Before tu bergambar dulu depan Lot 10, menandakan kita sampai. haha..Even 2 hari 1 malam sahaja di Bukit Bintang, kerja kami memburu makanan. Hameediyah tadi kira makan tengahari. Mujur kami decide balik ke hotel, sebab waktu tu mendung nak dekat hujan. Apa lagi, kami pun menarik selimut
Lepas maghrib baru sambung kegiatan cari makan dalam Pavillion Bukit Bintang
Okay, entry ini akan disambung kelak bila aku free. Ada yang pernah stay sini juga ke
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2023/11/short-escape-with-family-at-westin.html