Shibuya Sky Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti Di Tokyo


Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Shibuya Sky adalah destinasi ikonik yang menawarkan pemandangan 360 darjah dari tingkat atas bangunan Shibuya Scramble Square di Tokyo, Jepun. 
Terletak di salah satu kawasan paling sibuk dan bersejarah di Tokyo, Shibuya Sky menjadi salah satu tempat popular yang sering menjadi tumpuan pelancong luar mahupun penduduk tempatan. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Shibuya Sky termasuk cara untuk mendapatkan tiket masuk dengan diskaun menarik. 
Jom baca!
BACA JUGA: Panduan Bercuti Ke Semporna: Tempat Menarik, Aktiviti yang Sesuai Dilakukan & Tips Penting!
Shibuya Sky Shibuya Sky adalah merupakan sebuah dek pemerhatian terbuka yang terletak di bangunan Shibuya Scramble Square, Tokyo.
Dengan ketinggian 229 meter, ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo. Ini termasuklah pemandangan Gunung Fuji, Tokyo Skytree dan beberapa bangunan ikonik Tokyo. 
Sumber: Shibuya Sky Dek pemerhatian ini dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu; Sky Gate, Sky Gallery, dan Sky Stage. 
Setiap zon masing-masing menawarkan pengalaman yang unik dan pastinya, pemandangan yang memukau untuk para pengunjung.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikan lain yang direka khusus untuk memberikan pengalaman  menyeronokkan kepada setiap pengunjung yang datang. 
Sumber: Shibuya Sky Keunikannya Keunikan Shibuya Sky terletak pada gabungan reka bentuk moden serta pemandangan panoramik yang ditawarkannya. 
Dek pandangan ini menggunakan lantai kaca yang membolehkan pengunjung melihat terus ke bawah dari ketinggian yang menakjubkan.
Selain itu, terdapat pelbagai kawasan khas seperti ‘Sky Deck’ yang terbuka, memberi pengunjung peluang untuk merasai angin segar sambil menikmati pemandangan bandaraya moden, Tokyo. 
Sumber: Your Japan Seni bina inovatif dan penggunaan teknologi canggih menjadikan Shibuya Sky bukan sekadar tempat melihat pemandangan, tetapi juga sebuah destinasi seni dan teknologi.
Buat peminat fotografi mahupun pengunjung yang ingin mengabadikan kenangan terindah di negera matahari terbit ini, Shibuya Sky sememangnya pilihan yang ideal. 
Lokasi Strategik dan Mudah Diakses Shibuya Sky terletak di kawasan Shibuya yang sangat strategik dan mudah diakses. Seperti yang diketahui ramai, Shibuya adalah merupakan salah satu pusat tumpuan utama di Tokyo yang terkenal dengan persimpangan pejalan kaki yang sibuk dan pusat membeli-belah yang meriah. 
Anda boleh pergi ke Shibuya Sky melalui pelbagai laluan kereta api seperti Tokyo Metro dan JR Line, termasuk Laluan Yamanote dengan akses terus dari Stesen Shibuya. 
Ini menjadikannya destinasi yang sangat mudah untuk dikunjungi oleh pelancong dan juga penduduk tempatan.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meneroka kawasan sekitarnya, yang juga menempatkan beberapa tarikan lain. Contohnya seperti, Shibuya Crossing, Hachiko dan sebagainya. 
Tarikan Utama di Shibuya Sky Shibuya Sky terdiri daripada tiga zon utama iaitu SKY GATE, kawasan peraliharan daripada tingkat 14 ke tingkat 45, SKY STAGE, kawasan pemerhatian rooftop dan SKY GALLERY, kawasan pemerhatian dalaman (indoor) di tingkat 46.
Antara tarikan utama yang boleh dinikmati di ketiga-tiga zon ini ialah:
1. Sky Edge Sky Edge adalah kawasan pemerhatian berlantai kaca di tingkat 46 yang menawarkan pemandangan panorama kota Tokyo yang tidak tertandingi. 
Dari sini, pengunjung dapat melihat seluruh Tokyo, termasuk pemandangan mercu tanda terkenal seperti Tokyo Tower, Tokyo Skytree dan bahkan Gunung Fuji pada hari yang cerah. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar estetik dan mengabadikan momen indah anda.
Sumber: ShibuyaSky 2. Cloud Hammock Cloud Hammock adalah sebuah kawasan di mana pengunjung boleh mencuba tempat berbaring (hammock) sambil bersantai menikmati pemandangan awan dan panorama kota Tokyo. 
Waktu terbaik untuk menikmati Cloud Hammock adalah ketika matahari terbenam. Pada waktu malam pula, anda boleh menyaksikan pemandangan indah bulan bintang di langit. 
Sumber: ShibuyaSky 3. Geo Compass Geo Compass adalah salah satu alat digital yang ada di dek pemerhatian Shibuya Sky. Alat ini membantu pengunjung untuk mengenal pasti mercu tanda di sekitar Tokyo serta memberikan maklumat tentang sejarah dan budaya Tokyo. 
Sumber: ShibuyaSky 4. Crossing Light Crossing Light adalah pertunjukan cahaya yang diadakan pada waktu malam di Shibuya Sky.
Pertunjukan ini menampilkan 18 sinar cahaya yang menerangi langit Tokyo, mencipta suasana yang memukau dan unik. Pertunjukan ini biasanya diadakan setiap 30 minit selepas jam 7 malam.
Sumber: ShibuyaSky 5. Sky Gallery Sky Gallery terletak di tingkat 46 dan menawarkan pengalaman seni dengan pelbagai instalasi seni yang menarik. Dari sini, anda boleh menikmati pemandangan Tokyo dari dalam ruangan sambil menjelajahi pameran seni yang memikat.
Sumber: ShibuyaSky Sumber: ShibuyaSky 6. The Roof The Roof adalah dek pemerhatian terbuka yang memberikan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo. Anda boleh melihat persimpangan Shibuya yang terkenal, Tokyo Skytree, dan Gunung Fuji. 
Dek ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk merasai udara segar dan menikmati pemandangan luar biasa. Di sinilah terletaknya Cloud Hammock.
Sumber: ShibuyaSky Kemudahan dan Perkhidmatan di Shibuya Sky Shibuya Sky bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menakjubkan tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang menjadikan lawatan ke sini pengalaman yang menyeluruh dan memuaskan.
Sumber: Shibuya Sky Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan juga kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan selesa, kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan unik, serta kafe yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman. 
Sumber: Shibuya Sky Bagi pengunjung yang memerlukan bantuan, terdapat petugas yang sedia membantu dan memberikan maklumat mengenai tempat dan aktiviti yang tersedia.
Sumber: Shibuya Sky Terdapat juga perkhidmatan fotografi profesional untuk merakam kenangan anda di sini. Cas yang dikenakan ialah 1500 yen per gambar.
Cadangan Tempat Makan Halal Berdekatan Bagi pengunjung yang mencari makanan halal, terdapat beberapa pilihan restoran berdekatan Shibuya Sky yang menawarkan hidangan halal. 
Antaranya termasuk restoran halal di sekitar Shibuya yang menyajikan masakan Jepun, Timur Tengah, dan antarabangsa. 
Restoran seperti Gyumon dan Halal Wagyu Yakiniku PANGA adalah antara pilihan yang popular di kawasan Shibuya, menyediakan makanan yang mematuhi standard halal.
Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Lawson, atau FamilyMart yang terdapat di sekitar Shibuya yang mempunyai beberapa pilihan makanan yang sesuai untuk Muslim, seperti sandwich tuna atau salad.
Muat turun aplikasi seperti HalalGo atau Halal Navi untuk memudahkan anda mencari restoran halal di sekitar Shibuya.
Waktu Operasi Sumber: Shibuya Sky Shibuya Sky biasanya dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, dengan waktu terakhir kemasukan adalah pada jam 9 malam. 
Walau bagaimanapun, dek pemerhatian ini mungkin ditutup pada hari-hari tertentu atau apabila cuaca buruk. Oleh itu, pengunjung disarankan untuk menyemak laman web rasmi sebelum membuat lawatan ke sana. 
Harga Tiket Harga tiket untuk Shibuya Sky berbeza mengikut usia dan jenis tiket. Secara amnya, harga tiket dewasa adalah sekitar ¥2,000 hingga ¥3,000, manakala harga tiket untuk kanak-kanak dan pelajar mungkin lebih rendah. 
Terdapat juga pilihan tiket VIP yang menawarkan keistimewaan tambahan dengan kos yang lebih tinggi. 
Untuk mendapatkan maklumat harga yang tepat dan terkini, rujuk laman web rasmi Shibuya Sky atau platform jualan tiket seperti KLOOK. 
Cara Membeli Tiket Shibuya Sky Melalui KLOOK Untuk membeli tiket masuk ke Shibuya Sky, anda boleh menggunakan platform seperti Klook yang menawarkan kemudahan tempahan tiket secara dalam talian. 
Anda hanya perlu taip ‘Shibuya Sky’ dalam kotak carian di bawah. Pilih tarikh dan masa yang sesuai, kemudian ikuti arahan untuk membuat pembayaran. 
Klook.com Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima e-tiket yang boleh ditunjukkan semasa lawatan. Dengan pembelian tiket melalui Klook, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter. Harganya pun dijamin lebih murah!
NOTA: Pastikan anda membeli tiket lebih awal untuk mendapatkan slot waktu yang diingini.
Penutup Shibuya Sky adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang berada di Tokyo. 
Dengan reka bentuk moden, kemudahan canggih, dan lokasi strategik, ia merupakan tempat yang sesuai untuk semua pelancong yang ingin merasai keindahan Tokyo dari sudut pandang yang berbeza. 
Jom selami keindahan pemandangan Tokyo dari ketinggian! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/shibuya-sky/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=shibuya-sky

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jambatan Angkat Terengganu Tempat Wajib Pergi Di Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu Tempat Wajib Pergi Di Terengganu

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 158 hits
Sesudah mengisi perut masing masing kami ke Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Terengganu iaitu mercu tanda ikonik negeri Terengganu Tempat wajib singgah kalau datang sini Sebelum tu kami nak makan di Restoran Singgang Budu tapi tut...
Lelaki Paling Bertuah Lisa Bp Bahagia Pergi Bercuti Dengan Keluarga Fr D Ric Arnault

Lelaki Paling Bertuah Lisa Bp Bahagia Pergi Bercuti Dengan Keluarga Fr D Ric Arnault

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 187 hits
Semakin hari Lisa BLACKPINK nampaknya semakin berani untuk mendedahkan hubungannya bersama Fr d ric Arnault kepada umum Artikel Berkaitan Baru baru ini kakak ipar kepada Fr d ric iaitu G raldine Guyot Arnault telah berkongsi foto dan video ...
Apabila Malas Membaca

Apabila Malas Membaca

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 86 hits
Izlin IdrisBuat walaun yang selalu sebar fitnah kata hukuman gantung sampai mati tu dah dihapuskan sila lah baca berita penghakiman hakim mahkamah rayuan tentang kes buli UPNM ni Yang tiada tu hanya hukuman gantung mandatori hukuman gantung...
Peminat Aktiviti Luar Harus Singgah Di Sini Apabila Ke Kuching Jalan Jalan Dari Bandar Kuching

Peminat Aktiviti Luar Harus Singgah Di Sini Apabila Ke Kuching Jalan Jalan Dari Bandar Kuching

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 118 hits
Peminat outdoor kalau ke Kuching wajib ke sini Perjalanan dari bandar Kuching untuk ke Bengoh Dam ni lebih kurang 1 jam Sampai dekat kawasan empangan guide akan bawa menaiki bot Satu bot muat dalam 6 orang Lepas naik bot dalam 15 minit Kemu...
Apabila Syaitan Mengganggu Di Dalam Solat

Apabila Syaitan Mengganggu Di Dalam Solat

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 68 hits
Masri Ramli Uthman bin Abi al As radiallahu anhu datang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam lalu berkata Ya Rasulullah Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku Rasulullah sallallahu alaihi wasallam be...
Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke Atas

Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 152 hits
Doa Apabila Umur Mencecah 40 Tahun Ke atas Bila umur manusia masuk fasa 40 an tentu orang itu dah menjadi istimewa dan banyak berjasa sekiranya ada la kerana bila Allah panjangkan usia kita melewati usia 40 tahun mesti ada sesuatu yang Alla...
Terungkap Ini Alasan Dosen Unusia Zainul Maarif Pergi Ke Israel Dan Bertemu Presiden Issac

Terungkap Ini Alasan Dosen Unusia Zainul Maarif Pergi Ke Israel Dan Bertemu Presiden Issac

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 84 hits
Selain berprofesi sebagai dosen Zainul Maarif juga merangkap sebagai salah satu pengurus di PWNU Jakarta
Saya Malu Dengan Diri Sendiri Sering Pergi Majlis Ilmu Antara Faktor Nora Danish Berhijab

Saya Malu Dengan Diri Sendiri Sering Pergi Majlis Ilmu Antara Faktor Nora Danish Berhijab

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 87 hits
Baru baru ini penampilan terbaru pelakon Nora Danish memakai hijab telah menarik perhatian ramai dan ramai yang memuji kecantikkan aktres terbabit Sering hadiri majlis ilmu agama Melalui sesi temubual bersama pihak media Nora atau nama sebe...
Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 134 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah oleh pendatang asing secara terang terangan disebabkan kurang nilai integriti Baginda bertitah sebagai...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web