Sherry Al Hadad Zizan Razak Mierul Aiman Dan Nadhir Nasar Bikin Kecoh Di Pesta Meriahlainmacam


Astro membawa kegembiraan Syawal ke tahap yang lebih seronok dengan Pesta #MeriahLainMacam, acara yang penuh dengan pelbagai aktiviti hiburan dan kandungan eksklusif untuk seisi keluarga! Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka sambil menikmati aktiviti interaktif bertemakan syawal yang pastinya menghiburkan. 

Pesta #MeriahLainMacam telah bermula di lokasi pertama di Suria KLCC dan akan bergerak ke beberapa tempat lain seperti Dataran Merdeka dan Pavilion Kuala Lumpur dari 15 Mac hingga 23 Mac 2025. Acara ini pastinya menarik perhatian ramai dengan penampilan istimewa dari selebriti popular seperti Sherry Al-Hadad, Zizan Razak, Mierul Aiman, dan Nadhir Nasar sebagai duta Ramadan Raya Astro 2025. 

Tidak ketinggalan, pengunjung juga disajikan dengan persembahan lagu raya eksklusif yang memeriahkan suasana! Zizan Razak bersama Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy turut membawa lagu raya bertajuk Nyam Nyam Ketupat. Hael Husaini dan Nadeera Zaini juga tidak mahu ketinggalan dengan lagu raya mereka, Meriah Lain Macam, yang membuatkan acara ini semakin meriah! 
Sertai Kemeriahan RASA Bubur Lambuk Wira! 
Pada 22 Mac, acara Pesta #MeriahLainMacam juga menyertai kemeriahan RASA Bubur Lambuk Wira, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan di Dataran Merdeka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati hidangan tradisional yang penuh makna, sambil merayakan semangat kebersamaan di bulan Ramadan. 
Sesi Meet & Greet Eksklusif! 
Bagi mereka yang ingin lebih dekat dengan selebriti, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy di empat lokasi terpilih. Sesi ini tidak hanya memberi peluang untuk berjumpa selebriti kegemaran, tetapi juga peluang untuk sama-sama menyempurnakan cabaran tarian Nyam Nyam Ketupat. Selain itu juga, pengunjung berpeluang menerima cenderahati eksklusif Astro One, termasuk Paket Raya Astro dan Kurma! 

Astro di Pavilion Kuala Lumpur 
Jangan ketinggalan! Pada 23 Mac, Astro akan berada di Pavilion Kuala Lumpur untuk memeriahkan lagi Pesta #MeriahLainMacam bersama duta RaRa Astro 2025, Nadhir Nasar dan Meerqeen. Acara ini juga akan turut diserikan dengan penampilan artis-artis popular lain seperti Harissa Adlynn, Evertts Gomes, Thompson Goh, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Nadia Aqilah, dan banyak lagi. 

Layari laman media sosial Astro untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Syawal dengan Pesta #MeriahLainMacam! 
Menangi Hadiah Menarik dengan Astro One! 
Bukan itu sahaja, Astro juga mengadakan kempen Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One sempena Ramadan dan Raya. Dari 1 Februari hingga 26 April, pelanggan baru yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM200,000! Hadiah-hadiah menarik seperti perkakas rumah, barangan elektrik, baucar dan banyak lagi menanti para pemenang.  
Selain itu, pengunjung boleh ambil gambar kenangan bersama insan tersayang dengan bingkai gambar #MeriahLainMacam di cawangan Astro terpilih. Ambil gambar paling kreatif dan kongsikan di media sosial untuk tebus sampul duit raya istimewa dari Astro! 
Pelanggan sedia ada juga boleh turut serta dalam kempen ini dengan menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati hadiah menarik dan pelbagai kemudahan dengan Astro. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran hebat ini serta lokasi bingkai gambar istimewa Nyam-Nyam Ketupat, boleh layari astro.co/rara2025 
 
The post Sherry Al-Hadad, Zizan Razak, Mierul Aiman, dan Nadhir Nasar Bikin Kecoh Di Pesta #MeriahLainMacam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sherry-al-hadad-zizan-razak-mierul-aiman-dan-nadhir-nasar-bikin-kecoh-di-pesta-meriahlainmacam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Nyam Nyam Ketupat Zizan Razak Wani Kayrie Dinda Dania Miss Alvy

Lirik Lagu Nyam Nyam Ketupat Zizan Razak Wani Kayrie Dinda Dania Miss Alvy

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 440 hits
Intro Nyam nyam ketupat Verse 1 Wani Kayrie Daun dilipat anyamnya tepat Isi yang manis bagai senyuman Dinda Kemana tempat kita melawat Mari bermaaf dan bersalaman Pre Chorus Alvy Puas berpuasa sepurnama Menantikan hari yang mulia Wani Kayri...
Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 191 hits
Em D Am Em Em D C B Em Em bergema takbir raya B tanda syawal menjelma B semua tergesa gesa Em ingin pulang ke desa Am ayah dan bonda Am sanak saudara Em yang jauh di mata Em oh rindunya B inginku pulang Em sambut lebaran Bersama Em suasana ...
Musang King Pun Ada Kat Pesta Jualan Durian Murah Dataran Bentong

Musang King Pun Ada Kat Pesta Jualan Durian Murah Dataran Bentong

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 85 hits
Musang King vs D24 mana lagi sedap Dua dua sedap wehhh kita makan setakat boleh puas hati berbaloi dan murah Musang King pun ada kat Pesta Jualan Durian Murah Dataran Bentong Bulam Ogos 2024 tahun lepas kami berkesempatan bawa mak dan abah ...
Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 125 hits
KUANTAN Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang menganjurkan pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 bermula 20 Mac di kesemua 11 daerah di negeri ini Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata pesta ini bagi men...
Penyata Kewangan Didakwa Palsu Mesyuarat Khas Pkr Wangsa Maju Kecoh

Penyata Kewangan Didakwa Palsu Mesyuarat Khas Pkr Wangsa Maju Kecoh

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 108 hits
Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan kecewa apabila ahli tidak diberi penjelasan berkait dakwaan penggunaan tandatangan palsu KUALA LUMPUR Mesyuarat agung khas PKR Wangsa Maju hari ini bagi meluluskan pembentangan semula penyata kewangan ...
9 Contoh Ucapan Ulang Tahun Pernikahan Untuk Teman Yang Bikin Mereka Nangis Ngakak

9 Contoh Ucapan Ulang Tahun Pernikahan Untuk Teman Yang Bikin Mereka Nangis Ngakak

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 113 hits
Bingung mau kirim ucapan selamat ulang tahun pernikahan atau wedding anniversary buat teman kamu Cek contohnya di sini
Razak A Ai Khaleesi Feat Mortal Rhyme Ala Joget Raya Chord

Razak A Ai Khaleesi Feat Mortal Rhyme Ala Joget Raya Chord

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 133 hits
G Rinduku pada keluargaku F m C m Lama telah berjauhan F m C m Kali ini mesti pulang A G C m Berjumpa sanak saudara C m Raya raya duit raya F m C m Anak anak mengembara F m C m Miskin kaya sama sahaja A G C m Kita berhari raya C m B A G E G...
Zizan Emma Dah Kenalkan Saya Dengan Anak Anak Dia Rasa Macam Dah Jadi Sebahagian Dari Keluarga

Zizan Emma Dah Kenalkan Saya Dengan Anak Anak Dia Rasa Macam Dah Jadi Sebahagian Dari Keluarga

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 105 hits
Emma dah perkenalkan saya dengan anak anak dia Rasanya macam saya pun dah jadi sebahagian daripada keluarga diorang Contohnya masa kami lepak sambil tengok kartun mereka gelak besar bila saya cuba tiru watak kegemaran mereka Memang seronok ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekas Suami Dewi Gunting Rambut Han Tindakan Cik Epal Curi Tumpuan Ramai Ada Yang Shaking

Industri Takaful Mungkin Rugi Rm800 Juta Rakyat Tersenyum Dapat Kurang Beban Kewangan

Menolak Hubungan Intim Dengan Suami Apakah Itu Nusyuz Dan Ada Nafkah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Ayer Kuning An Oasis Of Peace Amid Prevailing 3r Issues

Personal Stability