Sharnaaz Ahmad Sedih Usaha Ebit Lew Dipertikaikan Sejahil Aku Pun Tahu Dia Buat Perkara Untuk Kebaikan
Sharnaaz berharap Ebit teruskan perjuangannya dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
LUAHAN pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang sedih apabila niatnya dipertikaikan segelintir pihak turut menarik perhatian golongan anak seni.
Antaranya pelakon Sharnaaz Ahmad yang mahu pendakwah itu meneruskan perjuangannya dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan biarpun mendapat tentangan.
Menurut Sharnaaz, dia melihat niat Ebit Lew melakukan amal jariah itu secara ikhlas dan membawa kebaikan kepada masyarakat sekeliling sehingga menjadinya sebagai idola.
Ebit sedih ada pihak mempertikaikan kerja amalnya.
"Aku ada tengok fasal Ustaz Ebit Lew. Apa yang dia buat ikhlas nak tolong orang. Tahu tak, kerja amal ini tunjuk atau tidak, atas niat. Tak semua orang buat ikhlas.
"Ada sesetengah orang buat sebab nak dapatkan publisiti dan nama naik untuk jual produk. Tapi tak salah, boleh bawa kearah kebaikan. Bila orang tengok jadi seronok nak buat kebaikan.
"Ustaz Ebit, aku sangat respect anda. Kalau ada petisyen, saya mahu tanda tangan untuk ustaz teruskan dengan usaha membantu orang. Jangan hadap dan layan orang tak puas hati.
"Apa yang awak buat ini, bukan agama Islam saja tapi agama lain turut pandang tinggi. Sebagai orang Islam, kami bangga ada anda. Teruskan usaha anda," katanya menerusi rakaman yang dikongsikan di saluran YouTube.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Ebit Lew meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.
Ebit Lew berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan aduan membabitkan kes melibatkannya yang tular, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi amaran kepada seorang pendakwah yang mempertikaikan kerja amal yang dilakukan Ebit Lew, agar berhenti mencetuskan perbalahan.
Fadzil Zahari turut menyokong usaha murni Ebit dalam membantu golongan susah.
"Kamu jaga-jaga... Jangan cakap banyak. Jangan nak berdebat sehingga menyebabkan orang bergaduh. Sepatutnya anda sama-sama bimbing, ramai orang tengok agama Islam seronok bersatu padu.
"Sebab kekuatan kita ialah Allah. Jadi, jangan cari gaduh. Buta perut pasal agama macam aku, kalau aku pergi sound memang tak kena sebab aku sendiri jahil.
"Tapi sejahil aku, aku tahu Ebit buat perkara kearah kebaikan. Mak aku pun suka bantu orang susah, tapi salah ke dia buat, dia bantu orang? Bukan dia ketuk pintu orang minta duit!" ujarnya.
Sementara itu, pelakon dan pengarah Fadzil Zahari turut memuat naik status mengatakan dia akan sentiasa menyokong dan mendoakan agar segala urusan dakwah dan kebajikan Ebit dipermudahkan. - mstar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/04/sharnaaz-ahmad-sedih-usaha-ebit-lew.html