Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya




Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah, Ebit Lew, tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.
Pada masa sama, katanya, mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan isu berkaitan, bukannya menghaburkan kebencian dan dendam.
Membuat kenyataan di media sosial, ahli parlimen Bachok itu juga mengingatkan umat Islam di negara ini, kalau pun tidak mahu mahu mempertahankan hak Muslim Rohingya, mereka jangan sesekali bersuara memburukkannya.
Jelasnya, tindakan memburukkan saudara seagama yang jelas dizalimi dan ditindas adalah satu dosa besar dan ‘membunuh’ nilai Ramadan.
“Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.
“Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.
“Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.
“Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas,” katanya.
Lidah fitnah musuh Islam
Isu berkenaan menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.
Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.
Langkah itu mendapat kritikan kerana pada sebelum ini pemimpin Umno dan PAS bersolidariti bersama etnik berkenaan.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti juga beberapa kali menyatakan komitmen untuk membela pelarian terbabit melalui siri ucapan masing-masing.
Untuk rekod Umno dan PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.
Polemik terbaru juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.
Perkembangan terbaru itu juga mencetuskan kebimbangan sekiranya krisis pada 2015 berulang kembali. Ketika itu ramai pelarian Rohingya mati di lautan selepas negara-negara Asia Tenggara menolak kemasukan kapal mereka.
Dalam pada Nik Abduh juga mengingatkan tentang propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.
Jelasnya musuh melaungkan bahawa Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun yang kini sedang menyusahkan Malaysia.
“Fitnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah-belahkan umat Islam. Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya.
“Jangan sombong wahai Malaysiaku. Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam,” katanya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/25/usah-rasa-hebat-julang-ebit-lew-tapi-tak-santuni-rohingya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=usah-rasa-hebat-julang-ebit-lew-tapi-tak-santuni-rohingya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Lew Sebak Lihat Mereka Menangis Kenang Ibu Ayah Ketika Santuni Banduan Akhir

Ebit Lew Sebak Lihat Mereka Menangis Kenang Ibu Ayah Ketika Santuni Banduan Akhir

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 301 hits
Kembali menyantuni golongan susah selepas mendapat sokongan ramai pihak hari ini Ustaz Ebit Lew telah menyantuni penghuni penghuni disebalik tirai besi pula Jengah banduan akhirMenerusi perkongsian beliau di Facebook Ebit Lew telah bertemu ...
Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 426 hits
Baru baru ini pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana Dalam masa sama beliau turut berpeluang menyantuni banduan...
Luahan Rasa Kemenangan Kepada Pendengki Netizen Simpati Terhadap Ebit Lew

Luahan Rasa Kemenangan Kepada Pendengki Netizen Simpati Terhadap Ebit Lew

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 684 hits
LUAHAN rasa dan isi hati pendakwah Ebit Lew yang banyak membantu orang fakir dan miskin mengundang rasa sedih netizen Ada yang menangis apabila Ebit dalam perkongsian di Facebook memberitahu dia disiasat oleh Bukit Aman berikutan aduan terh...
Bila Suami Dikritik Hebat Terkedu Bila Dapat Tahu Ini Kata Kata Dari Isteri Ustaz Ebit Lew Buat Warganet Sebak

Bila Suami Dikritik Hebat Terkedu Bila Dapat Tahu Ini Kata Kata Dari Isteri Ustaz Ebit Lew Buat Warganet Sebak

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 767 hits
Setelah beberapa hari melakukan misi bantuan demi insan yang memerlukan sumbangan di sekitar Malaysia pendkwah terkenal ustaz Ebit Lew pulang ke rumahnya meluangkan masa untuk berehat Bila suami dikritik hebat Terkedu bila dapat tahu ini ka...
Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 984 hits
KUALA LUMPUR Saya makan sedap rumah saya besar kenderaan banyak anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk Demikian kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah...
Ebit Lew Boleh Menyumbang Tiada Kertas Siasatan Di Buka

Ebit Lew Boleh Menyumbang Tiada Kertas Siasatan Di Buka

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Pihak polis memanggil pendakwah bebas Ebit Lew berhubung kontroversi yang timbul daripada kerja amal yang dilakukan semasa perintah kawalan pergerakan Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Huzir Mohame...
Tak Sanggup Dengar Berita Keluarga Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Kembali Salurkan Bantuan

Tak Sanggup Dengar Berita Keluarga Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Kembali Salurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 468 hits
Ustaz Ebit Lew sudah kembali salurkan bantuan Ya 2 jam yang lalu pendakwah bebas Ebit Lew kembali berkongsi di Facebook miliknya tentang bantuannya yang sanggup pergi ke Baling Kedah selepas mendapat tahu berita ada keluarga yang tinggal da...
21 Kata Kata Hikmah Ustaz Ebit Lew Yang Meninggalkan Kesan Mendalam Di Hati

21 Kata Kata Hikmah Ustaz Ebit Lew Yang Meninggalkan Kesan Mendalam Di Hati

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1402 hits
Jangan pernah menilai keburukan orang lain hanya karena mereka terlihat miskin Ingatlah kekayaan tidak bergantung atas seberapa banyak yang kita punya tapi seberapa mampu kita berbagi kepada mereka yang tidak mampu Biodata Ustaz Ebit Lew Na...
Menangis Lagi Setahun Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Carikan Rumah Sewa Buat Keluarga Ini

Menangis Lagi Setahun Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Carikan Rumah Sewa Buat Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 405 hits
Satu perkongsian baharu daripada laman Facebook Ustaz Ebit Lew yang menunjukkan bahawa beliau sedang membantu sebuah keluarga di Baling Kedah undang sebak kepada warganet Menangis lagi di Baling Kedah Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers