Sharifah Khasif Elak Bermadu Kali Kedua






Sharifah Khasif kini sedang berdepan ujian apabila bekas suami mahukan hak penjagaan penuh terhadap anak perempuannya, Abeer.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir tiga tahun rumah tangga Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman bersama bekas suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman berakhir.

Sehingga hari ini, Sharifah Khasif masih belum bertemu pengganti dan bersendirian membesarkan anak tunggalnya, Abeer Widad yang sudah mencecah usia lima tahun.

Ketika ditemui pada sidang akhbar Malam Kesenian & Kebudayaan Qasidah Night di Restoran Rebung baru-baru ini, wanita berusia 37 tahun itu mengakui naluri kecilnya masih menyimpan hasrat untuk bernikah untuk kali kedua.

Namun kali ini, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak bertemu jodoh dengan suami orang selepas melalui pengalaman kurang membahagiakan sebagai isteri kedua dalam perkahwinan pertama.

Bagaimanakah keadaan anda sepanjang tiga tahun hidup solo sebagai ibu tunggal?

SHARIFAH KHASIF: Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Kebanyakan masa dihabiskan dengan bekerja dan membesarkan anak. Jujurnya, saya sendiri terlupa sudah tiga tahun rupa-rupanya perceraian antara saya dan bekas suami berlaku.

Tidakkah anda mempunyai rancangan untuk berkahwin semula?

Saya memang mahu berkahwin semula kerana lumrah wanita memerlukan seorang suami untuk melindungi dan menyayanginya. Namun kali ini, saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup kerana mengambil pengajaran daripada perkahwinan pertama. Kalau boleh, saya sering berdoa kepada Allah agar jika ditakdirkan bernikah lagi biarlah bukan dengan lelaki milik orang. Sesungguhnya hidup bermadu itu tidak semudah seperti yang dilihat dan disangka.

Apakah ciri-ciri lelaki yang anda cari kali ini?

Saya mahukan lelaki yang mempunyai empat ciri utama ini iaitu cantik, cerdik, setia dan terdidik. Saya berharap dengan adanya kualiti yang saya sebut ini, jika saya mendirikan rumah tangga lagi biarlah bertahan sehingga ke syurga. Jangan salah faham, sehingga kini saya masih berjumpa dengan calon yang sesuai jadi doakanlah saya.

Adakah anda mempunyai sesalan dengan perkahwinan pertama?

Tiada apa yang saya sesalkan kerana itu semua takdir dan saya terima dengan reda. Namun saya akui, ketika berkahwin niat saya hanya mahukan zuriat. Jadi apabila puteri saya lahir, Allah tarik nikmat suami dan keluarga. Jadi, untuk pernikahan kali kedua jika terjadi, saya mahu betulkan niat berkahwin saya iaitu untuk membina keluarga. Saya sebenarnya tidak suka hidup sendirian kerana akan mengundang banyak fitnah.

Sejak bercerai, bagaimana pula dengan penerimaan anak anda, Abeer?

Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik, bijak dan senang diuruskan. Namun sejak akhir-akhir ini, timbul sedikit masalah berhubung hak penjagaan Abeer apabila bekas suami secara tiba-tiba mahukan hak penjagaan penuh terhadapnya selepas tiga tahun dia dibesarkan oleh saya. Buat sementara waktu, saya sudah menang hak penjagaan sementara dan perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

Mengapakah isu penjagaan timbul selepas sekian lama anda bercerai?

Itu juga pertanyaan yang masih menghantui diri saya. Saya tidak faham kenapa selepas tiga tahun, barulah bekas suami mahukan hak penjagaan penuh ke atas Abeer sedangkan sebelum ini, hubungan keluarga bekas madu baik sahaja dengan anak saya. Kini, komunikasi sudah terjejas dek beberapa percubaan bekas suami tidak memulangkan Abeer kepada saya selepas tamat waktu melawatnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/sharifah-khasif-elak-bermadu-kali-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 620 hits
Tewas kali kedua berturut turut Tambadau SabahSabah mengalami kekalahan kedua berturut turut ditangan Selangor United 1 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2019 Seminggu selepas kekalahan di saingan ...
Khaled Permata Rakyat Jangan Dibuang Beliau Kali Kedua

Khaled Permata Rakyat Jangan Dibuang Beliau Kali Kedua

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 453 hits
JOHOR BAHRU Hari ini anak kepada calon Naib Presiden UMNO Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin iaitu Akmal Saufi telah berkongsi satu penulisan melalui Instagram miliknya Katanya penulisan tersebut dari seorang kenalan yang bukan begitu rapa...
Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas Klvc

Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas Klvc

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR Seorang kolumnis portal Sinar Harian hari ini mempertikaikan laporan polis kali kedua yang dibuat oleh Pengarah Besar Felda Othman Omar sehari sebelum Laporan Kertas Putih Felda dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tindakan yen...
Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 547 hits
CEO Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat mengumumkan TH akan menyekat pendaftaran kali kedua mereka yang telah menunaikan haji Foto The Malaysian InsightPUTRAJAYA Tabung Haji akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali b...
Ayah Di Cilegon Bunuh Istri Dan Bayinya Yang Umur 40 Hari Karena 3 Kali Ditolak Bercinta

Ayah Di Cilegon Bunuh Istri Dan Bayinya Yang Umur 40 Hari Karena 3 Kali Ditolak Bercinta

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 443 hits
Tersangka AS tega membunuh istri dan bayinya yang berusia 40 hari di Cilegon Banten Dia membunuh keduanya dalam kondisi sadar setelah mendapat 3 kali penolakan berhubungan badan dari korban Peristiwa itu terjadi pada Senin lalu AS tega memb...
Bawah Terowong Dekat Telco Sukarelawan Dedah Isyarat Handphone Acap Dikesan Kali Terakhir

Bawah Terowong Dekat Telco Sukarelawan Dedah Isyarat Handphone Acap Dikesan Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1024 hits
Berpengalaman luas dalam misi SAR Anuar berkata dia dan beberapa rakannya pernah berdepansituasi pelik semasa pencarian di Gua Kandu Bunyi pelik macam suara orang memanggil susah nak cakap tapi itu bukan suara Acap Ia bunyi macam suara oran...
Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 550 hits
KOTA BHARU Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu