Share Sampai 24k Resipi Yee Mee Sizzling Lagi Sedap Dari Kedai Simple Tapi Padu
Selera kita sememangnya berbeza-beza. Ada yang gemar makan nasi, tak kurang juga yang cukup gemar makan aneka pasta dan rangkaian mi. Jika mencari kelainan pada selera yang dah semakin pudar di rumah, apa kata mama cuba sediakan resipi Yee Mee Sizzling ni pula untuk anak-anak di rumah.
Resipi Yee Mee Sizzling yang dikongsikan oleh Pn Suzana Othman ini memang istimewa. Paling membanggakan resipi semudah ini boleh menggembirakan anak-anak dan seisi rumah. Jom cuba resipi ringkas tapi sedap ni.
Harini macam buntu tak tau nak masak apa. Dah sepetang kat dapur ulang-alik tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya anak nak mee sizzling tak? Laju-laju diorang jawab nak serentak. Ibu tak pernah masak mee sizzling sebenarnya tapi ibu cuba.
Masa makan Adam cakap Adam terharu. Ibu tanya, kenapa? Sebab ibu masak lagi sedap dari kat kedai, jawab dia. Aihhh.. tetiba ibu pun terharu bila Adam cakap gitu.
Mak-mak kalau buntu nak masak apa sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk anak-anak. Kat sini kita ada sertakan resepinya. Jom tengok step by step kat gambar
Bahan-bahan untuk kuah:
1 mangkuk ayam bahagian isi -potong dan bersihkan.
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
5 ulas bawang putih -cincang
1 inci halia -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sk serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
1 senduk kicap pekat
1 senduk sos tiram
1 sb minyak bijan
3 sb tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Garam
Gula
1 liter air
Bahan lain:
1 bungkus yee mee
Telur
Sayur Pak choy
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
Masukkan ayam.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
Masukkan cendawan shiitake. Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sb gula.
Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.
Dah pun siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam kat kedai pun takpe, guna apa yang ada kat rumah aje. Sedap tau gaiss, boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling kat food court tu.
Selamat mencuba.
Artikel berkaitan: Dapat 10K Perkongsian, Resipi Mee Sizzling PKP 2.0 Ni Memang Power
Mee Sizzling Tanpa Guna Hote Plate Dalam Kuali Pun Rasanya Macam Kat Kedai
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Share Sampai 24K, Resipi Yee Mee Sizzling Lagi Sedap Dari Kedai, Simple Tapi Padu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/share-sampai-24k-resipi-yee-mee-sizzling-lagi-sedap-dari-kedai-simple-tapi-padu/