Share Berita Boleh Jadi Berdusta






عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ


Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak betul. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.


2.  Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan. 


3.  Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah. 


4.  Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan atau video mungkin juga dipotong dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal  atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh  jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar. Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen-komen orang lain.


Ingatlah Firman Allah:


يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ 


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)


5.  Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”


6.  Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada menyebarkan cerita.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/03/share-berita-boleh-jadi-berdusta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sebab Boleh Mencarut

Tiada Sebab Boleh Mencarut

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 414 hits
Perkataan mencarut memang amat hina Sesiapa mengucapkan perkataan hina melambangkan kehinaan dirinya Apapun alasan perkataan mencarut tidak patut diucapkan melainkan sebagai bukti di mahkamah yang mana perkataan itu terpaksa diucapkan untuk...
Peranti Boleh Lipat Xiaomi Mungkin Dijual Pada Harga Sekitar Rm4000 Sahaja

Peranti Boleh Lipat Xiaomi Mungkin Dijual Pada Harga Sekitar Rm4000 Sahaja

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 311 hits
Peranti boleh lipat yang sudah kita lihat benar benar wujud dan bakal dijual adalah Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X Galaxy Fold dikatakan akan dijual pada harga 1980 dan Mate X pula pada harga 2600 Harga ini agak mahal ia melebihi dar...
Pembedahan Bagi Pasien Obesitas Hanya Boleh Dilakukan Ketika Pada Tahap Ini

Pembedahan Bagi Pasien Obesitas Hanya Boleh Dilakukan Ketika Pada Tahap Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 266 hits
Tindakan pembedahan bagi pasien obesitas bariatrik dapat dilakukan jika pasien sudah dikategorikan sebagai obesitas morbid Obesitas morbid adalah mereka dengan indeks massa tubuh yang sangat tinggi
Pas Umno Adik Beradik Mana Boleh Kahwin

Pas Umno Adik Beradik Mana Boleh Kahwin

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 416 hits
KL PAS dan UMNO tidak akan berkahwin kerana kerjasama kedua dua parti itu umpama ikatan adik beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah haram umpama perbuatan...
Rasuah Boleh Rosakkan Individu Keluarga Malah Hancurkan Negara

Rasuah Boleh Rosakkan Individu Keluarga Malah Hancurkan Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 251 hits
KETUA Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur Mengikut berita yang ditulis rumah urut perna...
Betul Ke Serbuk Kunyit Boleh Di Jadikan Bahan Perubatan Untuk Haiwan

Betul Ke Serbuk Kunyit Boleh Di Jadikan Bahan Perubatan Untuk Haiwan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 491 hits
Semalam sementara aku baca dan scroll timeline Twitter aku ada nampak 1 bebenang atau thread yang dibuat oleh 1 akaun rasmi pengeluar makanan iaitu Jika tweet yang keluar daripada akaun pengeluar makanan sudah tentu tidak boleh tidak mereka...
Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 574 hits
Ramai mengeluh gaji sering takcukup Orang yang bergaji Rm2k 5k cakap tak cukup Gaji 10k pun cakap tak cukup Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul Paling best...
Rahimi Sudah Boleh Gerakkan Jari

Rahimi Sudah Boleh Gerakkan Jari

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 256 hits
MANGSA tembakan di Christchurch New Zealand Rahimi Ahmad 39 sudah menunjukkan maklum balas dengan menggerakkan jarinya Perkembangan itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz ketika melawat Rahimi di Hospital...
Macamana Pati Myanmar Bangla Nepal Boleh Jadi Tauke

Macamana Pati Myanmar Bangla Nepal Boleh Jadi Tauke

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 373 hits
JIKA sebelum ini mereka hanya bekerja di kilang restoran atau tapak pembinaan namun sekarang sudah menjadi ahli perniagaan dengan menjual pelbagai barang PATI sepatutnya tidakboleh menjalan sebarang aktiviti niaga apatah lagi memiliki perni...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar