Shamsul Iskandar Tersungkur
Zuwairi Md Yusof
Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan hadapi lima pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.Sofia Rini Buyong tidak akan di tuduh dan akan menjadi Saksi kes. - Azam Baki
Padan dengan muka kau Sialan DAMAI,KARTEL PKR.Hari2 gelap menantimu dan berakhir sudah segala kejahatanmu terhadap YB Rafizi,HIRUK dan Rakyat Malaysia yang terkesan dengan pengkianatan kalian semua yang berkenaan.Tinggal lagi nama AZAM BAKI turut ada dalam video itu jadi Anwar Ibrahim wajib menggantung KP SPRM serta merta dan biarkan orang lain menyiasat AZAM BAKI supaya tiada gangguan berlaku sepanjang siasatan kes ini.Jangan cuba2 sambung lagi kontrak AZAM BAKI.Itu RED FLAG buat PH PRU16 2026 depan.

Reformasi Madani Tersadai Di Kontrak Azam Baki.
1️⃣ PRN Sabah bukan sekadar kalah kerusi.Itu referendum senyap: pengundi terutama kelas Menengah dah muak dengan slogan “lawan rasuah” yang tak selari dengan apa jadi di Mahkamah & Institusi.

2️⃣ Kekuatan asal PH dulu senang: Rakyat percaya mereka sanggup bakar Jambatan lama demi Negara bebas Rasuah.Bila dah jadi Kerajaan,jambatan lama tak di Bakar,Azam Baki pun kekal jadi Penjaga Tol.
3️⃣ Data yang Rafizi petik Pedih: kertas siasatan → dakwa turun 56% ke 39%.Sabitan turun 36% ke 22%.Billboard tulis “zero tolerance” tapi conversion rate dari siasat → Penjara makin merudum.Rakyat nampak bukan Buta Huruf.



4️⃣ Dalam masa sama kes profil tinggi berselimut DNAA,kompaun, kes di Gugurkan.Bagi orang ramai mesejnya jelas: kalau Marhaen, bayar Harga.Kalau Elit, bayar Peguam.
5️⃣ Sebab itu Azam Baki jadi Simbol.Isunya bukan Peribadi tapi apa yang dia wakili: continuity zaman lama.Dan bila kontrak di sambung bukan sekali,bukan dua kali tapi Empat kali.Itu bukan lagi Warisan itu Pilihan Politik.
6️⃣ Di sini sasaran sebenar Rafizi Ramli: Anwar.Komitmen lawan rasuah kini “bergantung kepada keputusan PM” sama ada mahu sambung lagi kontrak Azam.Kalau di Sambung juga kredibiliti PH/PKR tercalar atas nama PM sendiri.
7️⃣ Lebih pedas bila jawapan kerajaan pasal kontrak SPRM “kabur”, sama kabur macam Surat Sokongan politik yang pernah jadi bahan. Naratif institusi bebas tak jalan bila orang nampak tangan politik di hujung Pen.
8️⃣ Yang menarik, Rafizi sendiri sedar suaranya tak cukup.Dia ajak Nurul Izzah Anwar,@Anthony Loke,DAP desak secara terbuka.Ini sebenarnya pengakuan: dalam kerajaan Perpaduan suara Reformis dah jadi Minoriti yang terpaksa menjerit dari tepi.
9️⃣ Ironinya, Azam dah lama jadi isu.Nada setegas ini hanya meletup selepas PH bungkus di Sabah.Soalan sinis: kita sedang lihat keberanian Prinsip atau Damage Control bila Undi Protes sudah sampai depan pintu?
🔟 Apa pun mesejnya jelas: kalau MADANI serius tentang Reformasi,mula dengan jangan sambung kontrak Azam Baki.Kalau simbol status quo pun tak berani di sentuh,jangan terkejut kalau PRU16 akan datang cuma ulang skrip Sabah.
Semua ADUN2 GRS yg terpalit dalam video harus di siasat semuanya termasuk HAJIJI.Jika terbukti bersalah maka mereka akan hilang jawatan ADUN,PRK terpaksa di buat semula semua kerusi DUN itu.Lantik Tan Sri AYOB KHAN menerajui SPRM, rakyat akan kembali percaya Pakatan Harapan serius ingin hapuskan Rasuah Anwar Ibrahim.
Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1996122276211970284
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/12/shamsul-iskandar-tersungkur.html