Shafee Dakwa Ag Cakap Tak Serupa Bikin


Hariz Mohd 
   
Peguam terkemuka Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Peguam Negara Tommy Thomas bercakap tidak serupa bikin berhubung pendirian mengenai kebebasan bersuara.

Shafee mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yag memberikan kebenaran kepada Tommy untuk mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan berikar untuk mencabar tindakan itu.

Beliau memberikan contoh bahawa Thomas sebelum ini menentang apabila peguam dalam kes berkaitan SRC meminta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan (gag order).

"Kami mahukan gag order untuk menghalang sesiapa mengulas mengenai perkara itu, terutama mengenai merit, sama ada Najib atau saya atau sesiapa yang bersalah atas tuduhan itu. Kami meminta (gag order) dan kami memperolehnya daripada Hakim Mohd Sofian (Abd Razak). Tapi peguam negara yang menentangnya.

"Jika anda masih ingat, dia (Thomas) datang ke mahkamah dan mengatakan ini adalah sebuah negara bebas dan memiliki kebebasan bersuara.

"Dia menggunakan perkataan 'kita tidak mahu menjadi kerajaan yang menindas'," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

Thomas cuba mengheret Shafee atas dakwaan menghina mahkamah berhubung komen-komennya dalam sebuah video yang disiarkan KiniTV.

Peguam itu membuat komen itu selepas Najib dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram pada 7 Feb.

Menyifatkan tindakan Thomas sebagai "melucukan", Shafee mempersoalkan bagaimana ucapannya boleh dianggap sebagai menghina sedangkan beliau hanya mengulas mengenai prospek kesnya.
Peguam itu menambah beliau hanya menjawab soalan wartawan mengenai kes itu.

"Dia (Thomas) memilih untuk mengambil tindakan terhadap saya mengenai satu kenyataan, yang diberikan hasil soalan dari wartawan seperti juga sekarang. Jika tidak silap, (soalannya) apakah prospek mengenai kes saya.

"Dan saya mengatakan ini dengan berhati-hati: 'Jika anda beri saya seorang hakim yang jujur, jika anda berikan saya saksi yang tidak berbohong, jika anda beri saya bukti yang tidak direka, saya mempunyai peluang yang baik untuk menang'.

"Malah, saya kata saya memiliki prospek yang baik untuk menang. Bagaimana ini boleh dikatakan menghina," katanya.

Shafee berkata beliau tidak sabar untuk menerima dokumen mengenai prosiding penghinaan itu kerana mahu melihat "bagaimana bebasnya' Malaysia Baru seperti disebut sebelum ini oleh peguam negara.

Shafee menambah beliau tidak gentar terhadap prosiding itu dan mendakwa tidak pernah melakukan perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/shafee-dakwa-ag-cakap-tak-serupa-bikin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Clare Dakwa Di London Hadi Cakap Lain Di Malaysia Lain

Clare Dakwa Di London Hadi Cakap Lain Di Malaysia Lain

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 494 hits
Clare Rewcastle Brown mendedahkan isi kandungan audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang panas sebelum ini dijelaskan dengan terperinci oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya Menurut pengarang Sarawak Report itu Abdul Hadi mengemukakan ana...
5 Manfaat Makan Cokelat Untuk Ibu Hamil Cegah Janin Cacat Plus Bikin Bahagia Saat Dicamil

5 Manfaat Makan Cokelat Untuk Ibu Hamil Cegah Janin Cacat Plus Bikin Bahagia Saat Dicamil

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 323 hits
Hei tapi hati hati lo jangan sembarang konsumsi cokelat Bukannya bermanfaat malah justru berbahaya lo Yuk kepoin sini jenis cokelat apa yang terbaik dikonsumsi bumil
Bikin Kejutan Untuk Gigi Raffi Ahmad Beli Mobil Mewah Terbaru Harganya Bikin Melongo

Bikin Kejutan Untuk Gigi Raffi Ahmad Beli Mobil Mewah Terbaru Harganya Bikin Melongo

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 385 hits
Baru baru ini Raffi pun memberikan kejutan untuk sang istri Nagita Slavina atau yang akrab disapa Gigi Raffi memberikan mobil Range Rover keluaran terbaru tahun 2019
Samsung Galaxy S10e Spesifikasi Bikin Puas Harga Bikin Was Was

Samsung Galaxy S10e Spesifikasi Bikin Puas Harga Bikin Was Was

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 371 hits
Spesifikasi Samsung Galaxy S10e membawa beberapa hal baru yang menjadikannya layak menjadi flagship Samsung Beberapa yang dibawanya memang tidak benar benar baru tapi tetap saja menjadikannya berbeda Seperti misalnya penempatan sensor sidik...
Kunjungi Mal Di Kendari Jokowi Bikin Pengunjung Histeris

Kunjungi Mal Di Kendari Jokowi Bikin Pengunjung Histeris

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 307 hits
Mereka berlomba lomba mendekat pada Jokowi untuk bersalaman dan berswafoto Beberapa orang berteriak histeris sambil memanggil nama capres nomor urut 01 itu
Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak

Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 446 hits
Video Seperti Hilang Separuh Roh Kekuatan Video Semadikan Jenazah Allahyarham Bapa Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak Pengasas kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang baru sahaja kehilangan bapanya Kamaruzaman Kamaludin ada berkongsi se...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir