Shafee Abdullah Berjaya Ketepi Prosiding Hina Mahkamah Ag Diarah Bayar Rm30 000


MALAYSIA GAZETTE Tan Sri Shafee Abdullah
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataannya kepada media berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 Ini susulan keputusan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara

Mohd Firuz dalam penghakimannya berkata saman pemula yang difailkan oleh Peguam Negara kurang butiran berhubung tuduhan menghina mahkamah terhadap Muhammad Shafee.

“Orang yang dituduh menghina mahkamah harus tahu dengan tepat apakah pertuduhan yang dihadapinya. Peguam Negara mesti menyatakan secara adil dan sejelas-jelasnya kata-kata yang didakwa dituturkan oleh Muhammad Shafee,” kata beliau.

Hakim juga mendapati bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan itu tidak secara sengaja dituturkan oleh Muhammad Shafee tetapi hanya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh seorang wartawan.

Mahkamah juga memerintahkan Peguam Negara membayar kos RM30,000 kepada Muhammad Shafee yang dinamakan sebagai defendan dalam saman pemula itu.

Pada 1 Mac, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk memulakan prosiding terhadap Muhammad Shafee kerana menghina mahkamah.

Dalam permohonan yang difailkan pada Februari tahun ini, Thomas berkata Muhammad Shafee adalah seorang peguambela dan peguamcara mewakili Najib yang didakwa atas beberapa kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pada 7 Feb 2019, selepas selesai prosiding mahkamah membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi, defendan telah ditemubual oleh beberapa wartawan di luar kamar mahkamah dan temubual itu dirakam oleh seorang juruvideo dari Kinitv.com dan disiarkan menerusi KiniTV yang boleh dilayari melalui https://m.kinitv.com/video/70311O8.

Thomas mendakwa bahawa defendan tahu atau sepatutnya mengetahui bahawa kenyataan yang menyinggung perasaan itu adalah bersifat menghina terhadap hakim dan akan menjejaskan pelaksanaan keadilan dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

Beliau seterusnya berkata, dengan mempertimbangkan kata-kata itu secara keseluruhannya, ia secara munasabah memberi tanggapan kepada orang awam bahawa jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu, hakim perbicaraan adalah tidak betul, hakim dipengaruhi, saksi-saksi diajar dan bukti direka-reka.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan arahan dari Peguam Negara sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu.
— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/shafee-abdullah-berjaya-ketepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Merayu Tolonglah Pulangkan Kalau Tak Saya Terpaksa Bayar Rm120 000 Pemilik Treler Susu

Saya Merayu Tolonglah Pulangkan Kalau Tak Saya Terpaksa Bayar Rm120 000 Pemilik Treler Susu

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 234 hits
PEMILIK treler yang terbalik dalam kemalangan di Kampung Tawang Bachok terpaksa membayar kos kerugian RM120 000 selepas barangan itu diambil oleh orang ramai Azizan Zainuddin 57 berkata treler itu dipandu anaknya Mohd Baihaki 25 dan mereka ...
Queen Donates Rm30 000 To Cheras Hospital

Queen Donates Rm30 000 To Cheras Hospital

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 281 hits
Caring Queen Tunku Azizah speaking with a patient during her visit to the Cheras Rehabilitation Hospital KUALA LUMPUR Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah has donated RM30 000 to assist the Cheras Rehabilitat...
Kilang Pembuatan Senjata Purba Berusia 10 000 Tahun Berjaya Di Temui

Kilang Pembuatan Senjata Purba Berusia 10 000 Tahun Berjaya Di Temui

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 282 hits
Sebuah kilang senjata berusia 10 000 tahun yang digunakan bagi menghasilkan senjata seperti lembing dan pisau daripada gading gajah mamot ditemui oleh pasukan penyelidik di Pulau Kotelny Siberia yang menurut ahli ahli paleontologi ditemui b...
Mahkamah Putuskan Prosiding Perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib Ditutup

Mahkamah Putuskan Prosiding Perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib Ditutup

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 227 hits
Prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi saksi yang ditampilkan lapor Sinar Harian Setelah meneliti keterangan sedia ada mahka...
5144 Polisi Lapuk Beban Lebih 300 000 Individu Harian Metro 06 08 2019

5144 Polisi Lapuk Beban Lebih 300 000 Individu Harian Metro 06 08 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 348 hits
Kuala Lumpur Tidak diberikan penyata kewangan kadar faedah 12 peratus menyamai pemberi pinjam wang berlesen serta fi yang tidak wajar Itu isu membelenggu individu dibankrapkan di negara ini yang berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia ...
Lebih 30 000 Undi Kit Siang Keluar Malaysia

Lebih 30 000 Undi Kit Siang Keluar Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 1 Ogos Lebih 32 000 warga maya mengundi mahukan Penasihat DAP Lim Kit Siang keluar Malaysia disebalik suara suara mendesak pendakwah terkenal Dr Zakir Naik meninggalkan negara ini Undian melalui laman media sosial Facebook itu ...
Bajet Rm30 Boleh Dapat Baby Safety Gate Versi Diy Dari Kayu Pallet

Bajet Rm30 Boleh Dapat Baby Safety Gate Versi Diy Dari Kayu Pallet

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 593 hits
Baby safety gate atau pagar keselamatan bayi antara peralatan penting yang perlu ada dalam setiap rumah jika anda mempunyai anak anak kecil Lebih lebih lagi jika kediaman jenis dua tingkat tahap keselamatan si kecil prlu diperketatkan apabi...
Petrokimia Gresik Kembali Ekspor 45 000 Ton Urea Ke India

Petrokimia Gresik Kembali Ekspor 45 000 Ton Urea Ke India

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 195 hits
Hingga Agustus 2019 kuantum ekspor PG untuk Urea telah mencapai 202 ribu ton pupuk NPS 80 8 ribu ton dan pupuk ZK 3 35 ribu ton Ketiga jenis pupuk ini telah diekspor ke sejumlah negara seperti India Sri Lanka China Filipina dan sejumlah neg...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip