Anwar Tolak Tuduhan Pemerintahan Kerajaan Perpaduan Diktator




Anwar tolak tuduhan pemerintahan Kerajaan Perpaduan diktatorPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 09, 2023
SharePerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa beliau menjalankan Kerajaan Perpaduan secara pemerintahan diktaktor.
Menjawab kritikan pembangkang mengenai perjanjian kerjasama dengan komponen parti dari Malaysia Timur dibuat selepas Kerajaan Perpaduan terbentuk kerana pentadbirannya tidak kukuh, Anwar berkata perkara itu diperlukan untuk kestabilan politik.
“Perjanjian itu diadakan dalam kerajaan (kerana) ketika itu majoritinya ketika itu terlalu kecil,” jelasnya.
Presiden KEADILAN itu turut mengulas mengenai usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang cuba diremehkan musuh-musuh politiknya.
Beliau menegaskan usul keyakinan itu dibuat kerana pembangkang sendiri telah mencabar dan mempersoalkan kesahihan sokongan yang diperoleh.
“Usul undi percaya ini (kerana) dicabar oleh pembangkang. Mereka berkata Anwar tidak mempunyai sokongan… dan dalam sistem demokrasi, cara terbaik untuk membuktikannya adalah melalui undi percaya atau undi tidak percaya.
“Jadi, saya kemukakan (usul) ini dan alhamdulillah kami mendapat sokongan padu. Jadi persoalan saya, di mana diktatornya? Adakah saya melanggar undang-undang?” soalnya pada program ‘Naratif Khas Bersama Perdana Menteri’ malam tadi.
Sementara itu, Anwar turut menjawab dakwaan beliau akan mengiktiraf komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis seperti didakwa beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan, Anwar menegaskan ia tidak mungkin akan berlaku di bawah pentadbirannya.
“Kadang-kadang ahli politik ini kedangkalan. Itu nyata, umpamanya ada yang mengatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri maka Islam akan hancur, sekularisme dan komunisme akan bertapak, dan LGBT akan diiktiraf.
“Ini hanya igauan siang hari. Sudah tentu ia tidak akan berlaku dan inshaAllah di bawah pentadbiran saya ini tidak mungkin akan berlaku,” katanya.
Ditanya mengenai saman yang difailkannya terhadap beberapa individu, Anwar berkata ia adalah kerana tuduhan mereka menyentuh kuasanya sebagai pemimpin.
“Beribu-ribu tuduhan dibuat, fitnah dilemparkan dan sudah berpuluh tahun saya terima tetapi jika saya rasa terlalu banyak kerana mereka mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti saya sebagai pemimpin, maka mereka harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan memfitnah.
“…kita guna agama, lepas tu fitnah, qazaf (tuduhan), saya nak minta guru-guru mereka, ustaz (Pas), ajar dulu sebelum ajar orang lain,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/anwar-tolak-tuduhan-pemerintahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Anwar Dianggap Ada Kredibel Jika Dakwa Zeti Sebelum 100 Hari Pemerintahan

Kerajaan Anwar Dianggap Ada Kredibel Jika Dakwa Zeti Sebelum 100 Hari Pemerintahan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 220 hits
Kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendakwa Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dengan kadar segera sebelum 100 hari pemerintahan 100 hari boleh dianggap sebagai report card pada setiap pemer...
Dari Krisis Sabah Kerajaan Anwar Juga Akan Terbakar

Dari Krisis Sabah Kerajaan Anwar Juga Akan Terbakar

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 299 hits
Kes covid 19 yang berlaku sehingga ada PKP bermula dari PRN Sabah Masa itu TS Muhyiddin jadi PM Itu dulu dan kemelut itu kini berulang Apabila UMNO dan BN menarik sokongan pada Hajiji kerajaan Sabah tumbang Aku berpanangan game sudah bermul...
Warisan Umno Terima Cadangan Bentuk Kerajaan Perpaduan

Warisan Umno Terima Cadangan Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 169 hits
Warisan UMNO terima cadangan bentuk Kerajaan PerpaduanPosted By on January 11 2023Krisis politik Sabah menunjukkan tanda tanda akan reda apabila pemimpin Warisan dan UMNO dilaporkan sedia menerima cadangan dikemukakan Perdana Menteri Malays...
Anwar Hanya Pihak Ada Salah Laku Cuba Jatuhkan Kerajaan

Anwar Hanya Pihak Ada Salah Laku Cuba Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 245 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Anwar Ibrahim berkata beliau percaya sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan diketuainya dilakukan pihak yang takut salah laku mereka terdedah Perdana menteri berkata pentadbirannya tidak akan menekan mana...
Harga Benar Benar Turun Era Kerajaan Perpaduan

Harga Benar Benar Turun Era Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 181 hits
Harga benar benar turun era Kerajaan PerpaduanPosted By on January 14 2023 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mula melaksanakan dasar menurunkan harga barang bagi mengurnagkan beban sara hidup rakyat Menterinya Datuk Se...
Jemaah Menteri Baharu Sabah Formula Kerajaan Perpaduan Pm Kata Shahelmey

Jemaah Menteri Baharu Sabah Formula Kerajaan Perpaduan Pm Kata Shahelmey

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 142 hits
January 11 2023 Timbalan Ketua Menteri 3 Sabah yang baru dilantik Shahelmey Yahya berkata rombakan Jemaah Menteri itu adalah formula kerajaan perpaduan disarankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri 3 Sab...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar

From Startup To Unicorn Status

Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2