Sg4 Terbuka Untuk Semua Negeri Babit 5 Kluster Perniagaan Takiyuddin



Syarikat State Goverment (SG4) Group Sdn Bhd yang ditubuhkan empat negeri ditadbir pembangkang terbuka kepada mana-mana negeri yang berminat untuk menyertainya.
(Berita Harian) – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, turut memaklumkan syarikat berkenaan juga tidak mengikat mana-mana negeri dan mereka bebas untuk membuat keputusan sama ada kekal atau sebaliknya dalam syarikat berkenaan.
“Perlu faham SG4 Sdn Bhd ini adalah satu syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bila tubuh syarikat sudah tentu ada pemegang saham dan mereka boleh keluar bila-bila masa sahaja daripada syarikat berkenaan sekiranya tidak mahu terus kekal.
“Malah, ia juga terbuka sekiranya mana-mana negeri lain yang turut berminat untuk menyertai syarikat berkenaan. Setakat ini hanya empat negeri yang berada dalam syarikat berkenaan.
“Andai kata sekiranya ada dalam kalangan empat negeri ini bertukar parti sekalipun namun sekiranya mereka masih mahu kekal dengan SG4, ia tidak ada masalah,” katanya pada sidang media Kota Bharu Half Marathon (KBHM), di sini.
Mengulas lanjut katanya, keuntungan syarikat terbabit akan diberikan sama rata.
Untung bahagi sama rata, lima kluster perniagaan
“Agihan keuntungan itu membabitkan perniagaan baru dan sedia ada membabitkan lima kluster perniagaan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil yang diperoleh negeri berkenaan diagihkan secara saksama.
Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata syarikat yang dinamakan SG4 Group Sdn Bhd itu akan memberi fokus kepada lima kluster ekonomi, dengan setiap negeri mempunyai pegangan ekuiti 25 peratus.
Beliau berkata, kluster berkenaan adalah infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan industri; pertanian dan sekuriti makanan; pendidikan dan modal insan serta sumber pendapatan baharu.
Susulan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan penubuhan syarikat SG4 Group Sdn Bhd yang dimiliki empat negeri pembangkang adalah bersifat politik.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan apa akan terjadi kepada syarikat terbabit sekiranya pentadbiran empat negeri terbabit iaitu Kelantan; Terengganu; Kedah dan Perlis bertukar tangan pada pilihan raya umum akan datang.
The post SG4 terbuka untuk semua negeri, babit 5 kluster perniagaan – Takiyuddin appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/09/04/sg4-terbuka-untuk-semua-negeri-babit-5-kluster-perniagaan-takiyuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Sg4 Ada Ree Lama Dah Rakyat Di 4 Negeri Balik Kerja Di Negeri Masing Masing

Kalau Sg4 Ada Ree Lama Dah Rakyat Di 4 Negeri Balik Kerja Di Negeri Masing Masing

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 151 hits
Siapa agaknya pihak yang macam disebabkan REE tu eh Yang aku nampak macam kepada mesyuarat SG4 baru baru ni Kita tak heran pun dengan REE di SG4 Sebab kita dah kenal sangat pemimpin PN Semuanya jenis Muka macam pemimpin PN bercakap dengar j...
Negeri Pn Bentuk Syarikat Sg4 Group Untuk Kongsi Kekayaan Bersama

Negeri Pn Bentuk Syarikat Sg4 Group Untuk Kongsi Kekayaan Bersama

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 191 hits
malaysiakini comEmpat negeri dikuasap PN mengambil langkah bersama untuk berkongsi kekayaan secara bersama dengan membentuk syarikat SG4 Group Sdn Bhd kata Dr Mahathir Mohamad Dia yang menjadi Ketua Panel Penasihat SG4 melibatkan Kelantan T...
Luahan Terbuka Mantan Ketua Gengster 08 Buat Menteri Dalam Negeri

Luahan Terbuka Mantan Ketua Gengster 08 Buat Menteri Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 355 hits
Salam 1Malaysia yang berhormat Datuk Seri Nama saya S Suria Narayan 49 tahun Saya dilahirkan di Estet Sungai Kerawi Teluk Intan Perak Kemudian keluarga kami berpindah ke Jalan Laksamana Teluk Intan Perak kerana ibu saya membeli rumah di kaw...
Pendapatan Kerajaan Negeri Tidak Digabung Dengan Sg4 Group Sdn Bhd

Pendapatan Kerajaan Negeri Tidak Digabung Dengan Sg4 Group Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 148 hits
Hasil pendapatan empat kerajaan negeri iaitu Kedah Perlis Kelantan dan Terengganu tidak akan digabungkan dalam syarikat SG4 Group Sdn Bhd Pengerusi Majlis Menteri Besar SG4 Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pendapatan yang diperol...
Hasil Negeri A Tak Boleh Pindah Ke Negeri B

Hasil Negeri A Tak Boleh Pindah Ke Negeri B

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 172 hits
Hisham Fauzi Pada pandangan saya walaupun terdapat persetujuan dikalangan negeri SG4 untuk satu perkiraan kewangan dikalangan mereka duit negeri A hanya boleh digunakan untuk negeri A dan tidaklah boleh dipindahkan ke negeri B begitu sahaja...
4 Negeri Pembangkang Tubuh Syarikat Untuk Agih Hasil Secara Saksama

4 Negeri Pembangkang Tubuh Syarikat Untuk Agih Hasil Secara Saksama

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 104 hits
Empat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah Perlis Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil yang diperoleh negeri berkenaan diagihkan secara saksama Ketua Panel Penasihat State Government 4 T...
Jokowi Resmikan Rshs Bandung Tak Perlu Keluar Negeri Untuk Program Bayi Tabung Cukup Di Hasan Sadikin

Jokowi Resmikan Rshs Bandung Tak Perlu Keluar Negeri Untuk Program Bayi Tabung Cukup Di Hasan Sadikin

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 146 hits
Jokowi meminta masyarakat tak perlu repot membawa anak berobat atau program bayi tabung ke luar negeri
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Rosetta Stone Decoding Ancient Egypt S Lost Language

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya

Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita

Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty