Sewa Vellfire Untuk Mudah Menteri Beli Harga Murah


 
Sewa Vellfire untuk mudah Menteri beli harga murah?Oleh: Redzuan RF8 MediaNovember 09, 2021SharePertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) kegunaan menteri dari Proton Perdana kepada Toyota Vellfire 2.5L dikatakan merupakan satu penjimatan, namun timbul isu lain apabila proses sewaan kenderaan itu tidak dilakukan melalui tender terbuka.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, biar pun Kementerian Kewangan mendakwa berlaku penjimatan ‘sebesar’ RM2.80 sebulan, namun hal itu perlu dibahaskan lebih lanjut di Dewan Rakyat bagi mencari ketelusan berikutan kontroversi berkenaaan.
“Saya sarankan kejayaan (penjimatan) ini harus dicatat dalam “Pencapaian 100 hari Pentadbiran Baru” yang bakal dilaporkan kepada rakyat. Sudah pasti rakyat akan bangga dengan pencapaian Menteri Kewangan (MOF) yang berjiwa rakyat ini.
“Kenyataan Media MOF bertarikh 7 November menimbulkan lebih pertanyaan daripada menjelaskan isu Vellfire Menteri.
“Antaranya, rakyat tertanya-tanya isu pokoknya: Mengapakah kerajaan menyewa kereta mewah yang memakan belanja berjuta-juta apabila rakyat sedang sengsara bergelut dengan krisis ekonomi dan krisis pandemik yang memerlukan bantuan kewangan kepada rakyat bukan “Bantuan Kereta Mewah” kepada Menteri.
“Kementerian juga perlu menjawab apakah syarikat konsesi ini mendapat kontrak secara tender terbuka atau direct negotiation? Konsesi Syarikat Spanco telah tamat kontrak pada tahun 2020,” katanya.
Tambah Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, pada era PH berkuasa sebanyak 7 syarikat telah memasuki tender terbuka untuk membekalkan kereta rasmi kerajaan. Dengan tender terbuka, kerajaan akan dapat memilih syarikat yang memberi “value for the money”.
Walau bagaimanapun, katanya, kerajaan BN-PN-Pas yang mengurus tadbir tanpa manifesto dan bersembunyi di sebalik darurat lebih bebas berbuat sesuatu tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Dengan pembukaan Parlimen maka kita memohon Kementerian Kewangan menjelaskan isu tender syarikat konsesi. Berapakah syarikat yang memasuki tender? Apakah syarat-syarat yang menguntungkan kerajaan?
“Penjelasan ini diperlukan supaya rakyat tahu Kerajaan Keluarga Malaysia betul-betul berusaha menjimatkan duit keluarga-keluarga Malaysia,” katanya.
Selain itu, Sim juga mahu penjelasan apakah penyewaan Vellfire tersebut telah dirancang sedemikian rupa untuk dibeli dengan harga rendah oleh para Menteri selepas perkhidmatan mereka tamat.
“Saya memohon penjelasan Kementerian Kewangan sama ada Menteri-menteri BN-PN-Pas layak membeli kereta Vellfire pada kadar nominal selepas genap 3 tahun berkhidmat.
“Kerajaan Umno-BN terdahulu membenarkan menteri yang berkhidmat genap 3 tahun membeli kereta rasmi kerajaan pada kadar nominal. Datuk Seri Najib boleh jawab isu ini, kerana ini polisi kerajaan pimpinan beliau. Soalan kepada Datuk Seri Najib adalah berapakah kadar nominal pembelian kereta rasmi kerajaan selepas 3 tahun.
“Kepada Menteri Kewangan sekarang, berapakah kadar nominal untuk mendapatkan kereta Vellfire tersebut,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/sewa-vellfire-untuk-mudah-menteri-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Huawei Matebook D15 Dengan Harga Murah Di Lazada

Beli Huawei Matebook D15 Dengan Harga Murah Di Lazada

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 161 hits
Beli Huawei Matebook D15 Dengan Harga Murah Di Lazada l Hari ni aku nak share dengan korang tentang Huawei Matebook D15 dari Huawei yang baru je sampai Masih panas panas lagi ni Nak dijadikan cerita performance laptop Asus aku yang dah beru...
Pakej Kahwin Rm1000 Sahaja Mudah Murah Berkah Sertai Nikah Perdana

Pakej Kahwin Rm1000 Sahaja Mudah Murah Berkah Sertai Nikah Perdana

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum Perkahwinan yang mudah menurut Islam sebagaimana hadis Nabi SAW Rasulullah SAW telah bersabda yang diriwayatkan dari Uqbah bin Amir r a Sebaik baik mahar adalah yang paling mudah Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan redaksi Seb...
Rakyat Dapat Tak Seberapa Bajet 2022 Menteri Dapat Vellfire

Rakyat Dapat Tak Seberapa Bajet 2022 Menteri Dapat Vellfire

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 236 hits
Rakyat bersorak apabila dalam pengumuman Belanjawan 2022 lalu orang muda mendapat bantuan one off e wallet RM150 manakala penjawat awam pula mendapat RM700 Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin rakyat tidak tahu menteri...
Menteri Guna Vellfire Tanyalah Pada Atok Dan Abah Najib

Menteri Guna Vellfire Tanyalah Pada Atok Dan Abah Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 325 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Kenapa salah Najib pulak soal Datuk Seri Najib Razak Najib membuat kenyataan itu selepas seorang netizen membuat kenyataan bahawa pada musim pandemik ini Kerajaan Perikatan Nasional tanpa segan silu ganti kereta ras...
Microsoft Beli Nokia Pada Harga Rm23 04 Bilion

Microsoft Beli Nokia Pada Harga Rm23 04 Bilion

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 97 hits
REDMOND Washington 3 Sept Microsoft Corp akan membeli perniagaan Nokia Corp yang membolehkan syarikat itu turut memiliki hak paten Nokia bernilai AS 7 2 bilion Pembelian itu merupakan usaha Microsoft untuk meluaskan penguasaannya dalam pasa...
Last Call Ibadah Qurban 2019 Murah Mudah

Last Call Ibadah Qurban 2019 Murah Mudah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum Kepada sesiapa yang masih tercari tempat untuk sertai Ibadah Qurban 2019 atau yang masih dok tunggu payment customer untuk nak sertai Ibadah Qurban 2019 Atau kepada yang masih tak sedar sekarang musim Ibadah Qurban sedarlah ...
Dapatkan Big Patty Burger Dengan Sos Lada Hitam Dan Cheese Dengan Harga Murah

Dapatkan Big Patty Burger Dengan Sos Lada Hitam Dan Cheese Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 153 hits
Batu Maung is a small town in Penang Malaysia It is located in the southeastern part of Penang Island It consists of several smaller villages namely Kampung Seronok Kampung Binjai Permatang Damar Laut Kampung Batu Maung Kampung Teluk Tempoy...
5 Rekomendasi Hotel Murah Di Jogja Harga Di Bawah Rp200 Ribu Cocok Untuk Backpacker

5 Rekomendasi Hotel Murah Di Jogja Harga Di Bawah Rp200 Ribu Cocok Untuk Backpacker

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 215 hits
Liburan backpacker ke Jogja dengan budget pas pasan nggak perlu pusing cari penginapan lagi guys Murah nih
Hiburan Kecoh Jam Tangan 1 Juta Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga Rm20k Hanya Untuk Lengkapkan Ootd

Hiburan Kecoh Jam Tangan 1 Juta Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga Rm20k Hanya Untuk Lengkapkan Ootd

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 170 hits
Penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa sebagai Tokti sekali lagi mencuri perhatian ramai setelah tular mengenai jam tangan yang digayakan penyanyi itu bernilai lebih RM1 juta ARTIKEL BERKAITAN Advertisem...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak