Setinggan Kebal Masih Ada Di S Ngor Ini
"DI Selangor, mana ada setinggan lagi?". Kata seorang pegawai MPAJ di Menara MPAJ Pandan Indah pada 5 Ogos baru lalu, kepada seorang pengadu.
Pengadu itu ingin mengadu mengenai masalah gangguan sebuah rumah setinggan di depan rumahnya, rumah di kawasan perumahan PKNS AU3 yang dibeli kira-kira tahun 80an lalu.
Setelah diberitahu tempat aduan sebenar, dia pun mengadu dan menunjukkan surat report polis, bagi menyokong aduannya. Aduannya berbunyi, kira-kira..
"Pada 4/8/2019, jam lebih kurang 1015hrs, semasa saya balik ke rumah saya beralamat........ saya dapati ada sebuah kereta berhenti depan rumah saya. Untuk makluman, jiran saya di hadapan rumah saya, telah membuat satu rumah setinggan menjadi bengkel. Sehingga telah mendatangkan masalah.
Seperti kereta pelanggannya telah mengganggu lalulintas. Mereka juga membuat bising tidak mengira masa. Sebelum ini saya telah menegur mereka, namun tidak diendahkan..."
Sebenarnya, aduan sebegini telah dibuat pengadu beberapa kali kepada pihak polis, sejak setahun lalu.
Kepada pihak MPAJ, inilah aduan kali kedua sesudah aduan kali pertama yang hampir sama dibuat, di bawah kategori 'kacauganggu', kira-kira setahun lalu.
Pada 6/8/2019, pengadu memanjangkan aduannya ke Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, Bangunan Sultan Sulaiman Bandar Baru Selayang.
Antara aduannya berbunyi..
Rumah setinggan di depan rumah saya membesarkan rumah berkali-kali ganda.Menjadikan rumah itu sebagai bengkel motosikal, tempat cuci kenderaan dan tempat berkumpul anak-anak remaja.Mengganggu lalu lintas, buat bising.Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak merojok balik aduan sebelum ini kira-kira setahun lalu, dan mendapati 'perintah mengosongkan tanah tapak rumah setinggan' tersebut, telahpun dikeluarkan.
Tetapi sampai sekarang 'rumah haram' setinggan yang kebal tersebut tidak berusik, bahkan dibesarkan pula berkali-kali ganda.
Pulang dari itu, sempat pengadu tersebut menghubungi ADUN kawasan itu dan memaklumkan maklumat dari pejabat daerah, "Saya akan hubungi pejabat tanah..." Janjinya.
Sila lihat gambar di atas.
Gambar ini diambil kira-kira pukul 9:00pagi, semasa kurang sesak.
Rumah panjang setinggan ini berhadapan dengan taman perumahan penduduk di AU3, Ulu Kelang.Didirikan kira-kira 25 tahun yang lalu.Semasa didirikan, tak sampai 1/3 panjangnya dengan satu rumah teres di hadapannya. Kini panjang rumahnya merangkumi 3 buah rumah teres di depannya. Lihat gambar: Dari belakang teksi sebelah kanan hingga ke hujung sebelah kiri puluhan motosikal di depan kereta yang bonet depannya terbuka. Lihat keluasan panjangnya. Teksi di depan rumah adalah pemilik rumah itu, teksi dan permit milik sendiri. Rumah sendiri sudah mampu diperolehi, tapi masih tetap tidak mahu pindah.Penghuni rumah itu, pasangan suami/isteri, pasangan anak menantu dan cucu-cucu.Mereka bukan pendatang asing. Mereka adalah rakyat Malaysia, pengusaha teksi berjaya, walaupun pendatang asing tak sampai setahun tinggal di sini sudah memiliki rumah sendiri.Akhirnya, pengadu akan sentiasa memberi kerjasama, untuk membuktikan apa yang dinyatakan ini adalah benar. Pengadu mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, MPAJ dan Pejabat Daerah/Tanah Gombak.
Sekian. (IH/17/8/2019).
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/setinggan-kebal-masih-ada-di-sngor-ini.html