Setiausaha Agung Pkr Menyanggah Dakwaan Setiausaha Agung Pas


1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menggelarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “bekas banduan” dalam ceramah kempen beliau di Pilihanraya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak memahami asas undang-undang dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.2. Perkara 42(1) seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, menunda hukuman dan melegakan hukuman. Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya3. Isu sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang “bekas banduan” tidak lagi timbul kerana beliau telah mendapat pengampunan penuh dan dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.4. Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu jelas meremehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan satu usaha memperlekeh integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampunan apabila pengampunan penuh itu diberikan kerana telah berlakunya ketidakadilan (“miscarriage of justice”) dalam keseluruhan proses pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.5. Pendirian yang diambil oleh Setiausaha Agung PAS tersebut bercanggah dengan pendirian PAS yang pada suatu ketika dahulu sentiasa konsisten daripada awal bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapi dan wujud konspirasi di sebalik pemenjaraannya. PAS atas pendirian yang sama turut bersama gerakan rakyat yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu yang menuntut reformasi sistem kehakiman negara.6. Sudah tentu kenyataan “bekas banduan” oleh Setiausaha Agung PAS tersebut mengundang perbandingan nyata antara Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengkritik pemenjaraan beliau sebagai satu fitnah politik.7. Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO sebagai rakan politik baru mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu-isu penting negara termasuklah isu pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dikritik oleh masyarakat perundangan antarabangsa sebagai satu konspirasi politik.8. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mandela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan yang pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti dan kemampuan mereka untuk memimpin dan bukan dengan label ataupun gelaran yang diberi.9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan yang menguasai majoriti juga telah mencapai muafakat pada Januari 2018 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-8.10. Tumpuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN sekarang ialah memelihara muafakat Pakatan Harapan, mendokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAILSetiausaha AgungParti Keadilan Rakyat14 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/setiausaha-agung-pkr-menyanggah-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Layan Dakwaan Pas Beliau Tak Layak Jadi Pm

Anwar Tak Layan Dakwaan Pas Beliau Tak Layak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 262 hits
Anwar Ibrahim melawat bekas pemain dram kumpulan Search Yazid Ahmad di rumahnya di Wangsa Maju hari ini KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim tidak mahu melayan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mendakwa beliau tidak layak menjadi ...
5 Kartel Dedak Dalam Pas Dakwaan Terima Duit Dari Parti Lain

5 Kartel Dedak Dalam Pas Dakwaan Terima Duit Dari Parti Lain

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 561 hits
Isu kartel dedak mula menjadi panas selepas Zaharudin memuat naik siri hantaran di media sosial menceritakan mengenai isu melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS yang mengaitkan isu penerimaan wang daripada Umno atau orang Umno dengan bebera...
Stop Pointing Fingers And Blaming The Civil Service Pas Youth Tells Harapan

Stop Pointing Fingers And Blaming The Civil Service Pas Youth Tells Harapan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 284 hits
Pakatan Harapan has failed as a government and should stop its habit of blaming others for its faults PAS Youth said today in its assessment of the ruling coalition s first year in power Its deputy chief Khairil Nizam Khirudin said that Har...
Insya Allah Pas Dengan Umno Akan Bergabung

Insya Allah Pas Dengan Umno Akan Bergabung

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 441 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu dan Umno akan bergabung menjelang PRU ke 15 nanti Kata Abdul Hadi usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno kini berada dalam keadaan bersih selepas beberapa individu bermasalah...
Hadi Thanks Dr M For Cleansing Pas Umno Of Problem Individuals

Hadi Thanks Dr M For Cleansing Pas Umno Of Problem Individuals

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 345 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has thanked Prime Minister Dr Mahathir Mohamad for cleansing PAS and Umno of problematic individuals Hadi said this would help the two parties take power in the next general election I thank Mahathir for helpi...
Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 435 hits
SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO Perang saudara di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan Isunya semua pasal dedak umno Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik B...
Hanya Walaun Walauntit Yang Masih Bersama Pas Kata Prof Agus

Hanya Walaun Walauntit Yang Masih Bersama Pas Kata Prof Agus

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 844 hits
MALAYSIA DATELINE Saya setuju Pas Umno hendak bergabung tetapi bilakah tarikhnya yang tepat Tanpa tarikhnya yang tepat saya menilai kerjasama PAS Umno sekarang seperti opera Cina kata Dr Agus Profesor Dr Agus Yusof menyifatkan yang masih be...
Tiada Perubahan Positif Pas

Tiada Perubahan Positif Pas

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 274 hits
Wartawan Watan Online Kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak memberikan sebarang perubahan positif terutamanya dalam aspek meringankan bebanan kos sara hidup rakyat walaupun telah memegang tampuk pemerintahan negara selama satu tahun Pesur...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia