Kumpulan munsyid Devotees berjaya memikat hati Tedi dengan nasyid nyanyian mereka kerana nasyid mereka yang mempunyai makna yang mendalam dalam bahasa yang ringkas. Syabas abang Devotees...Setiap Kali adalah nasyid nyanyian kumpulan Devotees.Tedi amat sukakan nasyid ini sebab liriknya memang tepat ke batang hidung Tedi.Jadi apabila Tedi ada masalah Tedi akan dengar untuk dapatkan dorongan, dan jika dalam keadaan leka, Tedi dengar nasyid ini untuk dapatkan peringatan.Terkadang apabila semuanya berjalan lancar dan kita dalam keadaan senang, kita berasa diri kita ni hebat, maka kita lupa kepada Allah SWT.Ketika itu apabila diberikan ujian, kita akan tersedar dan kembali kepada-Nya dengan cara berdoa dan mendekatkan diri kepada-Nya.Itu tanda Allah SWT sayangkan kita dan tak mahu kita tersasar jauh, namun adakalanya manusia apabila diuji semakin dia menyalahkan Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan daripada perangai sebegitu.20140525|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |