Setiakah Mereka Kepada Negara




Selain ahli politik Cina, kaum Cina juga ikut menyelar tindakan pihak berkuasa ke atas restoran makanan yang memaparkan motif komunis China pada hiasan kertas dindingnya yang disifatkan sebagai tarikan pelanggan semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Dalam membidas tindakan polis yang dianggap membabi buta, mereka mengutarakan pelbagai hujah untuk mempertahankan perbuatan pemilik restoran terbabit.

Dalam hal ini, sasaran restoran tersebut semasa pandemik Covid-19 dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat selain tiadanya keutamaan dalam menjalankan tugas. Serbuan ke atas restoran Cina itu didakwa didorong kebencian terhadap kaum Cina. Ia ikut dicemar sebagai serangan ke atas pihak tidak bersalah yang hanya ingin menghiaskan restorannya.

Seperkara lain, masakan yang dihidangkan itu dikatakan berasal dari Hunan, iaitu wilayah asal Mao Tse Tung, lalu perhiasan yang menggunakan imejnya dianggap sesuai sekali. Malah imejnya sebagai strategi pemasaran disifatkan sangat bertepatan kerana masakan Hunan didakwa mendapat jolokan makanan keluarga Mao Tse Tung.

Seterusnya, diusulkan lebih baik dan banyak lagi faedah kiranya masalah rasuah yang ditangani, bukannya perkara seremeh perhiasan kertas dinding restoran. Vaksin pandemik Covid-19 yang belum tiba lagi di Malaysia ikut diketengahkan sebagai tindakan lebih wajar diutamakan, sehinggakan dibuat perbandingan antara kita yang belum menerimanya dengan Israel yang sudah berjaya menyuntik 12 peratus penduduknya.

Tidak cukup dengan tuduhan sembarangan, ikut dikaitkan serbuan ke atas restoran di Pulau Pinang itu sebagai terpaan politik kerajaan Pusat ke atas negeri pembangkang. Ia dituduh untuk menghalalkan penamatan perkhidmatan feri dan pelbagai projek lain, selain melemahkan semangat penduduknya yang rata-rata menyokong pembangkang.

Sindiran agar wang kertas China yang mempamerkan wajah Mao Tse Tung pada pelancong China ke sini dan juga sesiapa yang memilikinya ikut dirampas. Kewujudan imej Mao Tse Tung itu selama beberapa tahun sebelum dikesan pihak berkuasa juga ditonjolkan sebagai tindakan lambat yang tidak munasabah. Salah laku serius menyelitkan daging kuda dan kanggaru pada daging lembu import turut diungkit sebagai ancaman lebih berbahaya jika dibandingkan strategi pemasaran restoran berkenaan.

Kesemuanya bukan sahaja jauh tersasar daripada persoalan sebenar, ia jelas memperlihat betapa jauh sekali terbabasnya matlamat hidup kaum Cina Malaysia di negara yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka. Ini kerana isu sebenarnya, iaitu kesalahan di sisi perundangan negara untuk mendukung sebarang fahaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara, didapati tidak difahami atau sengaja tidak mahu difahami mereka.

BERBAHAYA
Komunisme disenaraikan sebagai antara ancaman berbahaya dalam Dasar Keselamatan Negara. Dengan ini, ia dianggap sebagai menggugat sistem politik kita yang berbentuk demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Oleh itu, ia kesalahan besar dan bukan merupakan antara nilai teras negara yang wajib kita tunjangi. Malah, ia amat bertentangan kerana mencabar sistem demokrasi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, segala usaha dan tindakan yang akan melemahkan institusi negara seterusnya mengancam ketenteraman awam dan keselamatan, hendaklah dipatahkan setuntas-tuntasnya. Justeru, beberapa nilai teras negara wajib didukung setiap rakyat. Ia adalah kedaulatan yang perlu dilindungi pada setiap masa, kestabilan sosiopolitik yang memerlukan kerjasama rakyat untuk membantu kerajaan dan perpaduan yang mengkehendaki semua etnik sama-sama menjayakan aspirasi negara. Untuk mempertahan nilai teras negara ini, setiap rakyat wajib memelihara kedaulatan serta memperkukuh perpaduan dan memperteguh jati diri kebangsaan.

Berbalik kepada tindakan pemimpin dan kaum Cina yang rata-ratanya berhabis-habisan mempertahan tindakan pemilik restoran itu dan keras sekali mengutuk tindakan polis, ia sebenarnya petunjuk kepada satu masalah kenegaraan lebih besar, iaitu tujuan kewujudan bersama dalam masyarakat majmuk. Sepatutnya mereka bersekali dengan etnik lain, khususnya Melayu yang merupakan kelompok majoriti dan dominan untuk sama-sama membela kebenaran selain saling menyokong dalam menghadapi ancaman.

Namun, ini tidak berlaku. Sebaliknya ia mahu dilihat sebagai isu perkauman dengan mentohmahkan satu etnik menzalimi satu etnik lain, sedangkan isunya yang terang lagi bersuluh ialah tentang nilai dan prinsip satu sistem lain yang bukan sahaja bertentangan tetapi kebalikan kepada yang kita amalkan di negara ini. Dari satu segi, pemaparan imej Mao Tse Tung itu adalah serangan ideologi ke atas keyakinan kita yang mendukung fahaman demokrasi. Oleh itu, tindak balas kita melalui tindakan polis adalah kesetiaan rakyat kepada institusi negara yang bernama demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Dengan sikap yang diperlihat etnik Cina ini, ia tidak dapat lari daripada ditanggap sebagai menyokong komunisme. Sesuatu yang begitu ketara kesalahannya perlu disanggah dan bukannya dilindungi dan secara mati-matian pula. Ini bukan sahaja boleh menunjukkan kurang terikatnya etnik Cina kepada negara, ia juga boleh memberi gambaran mereka tidak setia kepada negara ini.

Oleh : PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/setiakah-mereka-kepada-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 229 hits
ismaweb netDulu masa memerintah tak betul betul bantu rakyat sekarang konon sibuk berjuangBANGI 1 Jamadilakhir 1442H Khamis Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertu...
Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 181 hits
PETALING JAYA Walaupun negara bawah perintah darurat dan sekatan pergerakan tidak semuanya suram Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka mengumumkan dividen 2020 yang memuaskan dalam tempoh terdekat menurut sumber Sumber berkenaan yang rapa...
Lokman Adam Gagal Ketepi Kebenaran Peguam Negara Mulakan Prosiding Komital

Lokman Adam Gagal Ketepi Kebenaran Peguam Negara Mulakan Prosiding Komital

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 143 hits
Datuk Lokman Noor Adam PUTRAJAYA Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya Ini berikutan rayuan...
Bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abas Positif Covid 19

Bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abas Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 236 hits
Bekas ketua hakim negara Salleh Abas positif Covid 19 Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Jan 2021 11 13PM
Kerani Wanita Rugi Rm112 000 Diperdaya Pegawai Bank Negara

Kerani Wanita Rugi Rm112 000 Diperdaya Pegawai Bank Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 202 hits
Mangsa berusia lingkungan 40 an menyedari ditipu sehari selepas menerima panggilan itu apabila menyemak akaun bank miliknya dan mendapati sejumlah wang sudah dipindahkan ke akaun pihak ketiga KUALA LUMPUR Padah mendedahkan maklumat akaun pe...
Umno Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik

Umno Paya Besar Rayu Agong Pertimbangkan Tadbir Urus Negara Ini Bebas Daripada Politik

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dirayu mempertimbangkan tadbir urus negara bebas dari pengaruh politik susulan proklamasi darurat yang diisytiharkan kelmarin Ketua UMNO Bahagian Paya Besa...
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 236 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
Cctld Domain Negara Di Dunia

Cctld Domain Negara Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 178 hits
Pada artikel sebelumnya saya telah memposting tentang kali ini saya akan melanjutkan atau melengkapinya Domain dapat dibagi menjadi 3 yaitu domain TLD SLD dan LLD Pada Domain TLD dapat dibagi lagi yaitu gTLD dan ccTLD Nah pada kesempatan in...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo