Undi Bn Pi Mana Kat Permatang Pauh Ni


Pada PRU15 lalu menyaksikan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR selama 40 tahun berjaya ditawan oleh Perikatan Nasional (PN). 
Nurul Izzah Anwar yang menyandang kerusi berkenaan tewas di tangan calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi dalam saingan empat penjuru. 
Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi, Nurul Izzah mendapat 32,366 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) hanya meraih 473 undi. 
"Tak apalah baru-baru ini kita kalah di Permatang Pauh...Dalam banyak-banyak saya sedih juga sikit, tapi tak apa keputusan itu saya hormat. 
"Ada saya marah orang? Tetapi kali ini (PRN Pulau Pinang) saya minta Penanti, Permatang Pasir, Seberang Jaya dan juga calon-calon di kawasan lain perlu bagi kemenangan yang bergaya kepada Pakatan Harapan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Rakyat Guar Perahu

Bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) gagal mengubat duka apabila kecundang dalam misi menawan semula Permatang Pauh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melabuhkan tirainya… 
Lebih mengejutkan apabila PH kecundang kepada Perikatan Nasional (PN) di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, masing-masing Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. 
Keputusan di DUN Seberang Jaya yang menyaksikan pertembungan dua penjuru memihak kepada PN yang diwakili Izhar Shah Arif Shah dengan majoriti 4,926 undi. 
Izhar Shah berjaya meraih 20,877 undi, sekali gus mengalahkan lawannya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim. 
Kemenangan di DUN Penanti turut memihak kepada PN menerusi wakilnya, Zulkefli Bakar dengan majoriti 3,575 undi. 
Zulkefli yang juga Pengerusi BERSATU negeri meraih 12,586 undi dalam persaingan dua penjuru, sekali gus membenam lawannya dari PH, Rosidi Hussain yang memperoleh 9,011 undi. 
Beralih ke DUN Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim dari PN berjaya menundukkan lawannya dalam pertembungan dua penjuru dengan majoriti 3,108 undi. 
Amir Hamzah dari PAS meraih 13,526 undi, sekali gus menundukkan calon AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (10,418 undi). 
Cuma yang menghairankan aku ialah kemana perginya undi dari pihak BN, UMNO khususnya dalam PRN ini. 
Sebagai contoh, kita ambil DUN Seberang Jaya sebagai contoh dimana pada PRU-15 yang lalu BN mendapat 7,209 undi dan PH mendapat 15,319 undi. 
Jika dicampurkan kedua-duanya jumlah undi yang digabungkan ialah 22,528 undi. 
Tetapi ketika menghadapi PRN yang lalu PH/BN hanya mendapat 15,591 undi sahaja dan PN yang mendapat 15,288 undi pada PRU15 lalu memperolehi 20,877 undi. 
Begitu juga di DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti, Undi dari BN pada PRU15 lalu kelihatan tidak memihak kepada PH/BN tetapi seolah-olah pergi kepada PN.. 
 Kenapa agaknya ya?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/undi-bn-pi-mana-kat-permatang-pauh-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Mamak Permatang Tok Kandu Permatang Pauh

Mee Mamak Permatang Tok Kandu Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 214 hits
Mee Goreng Mamak Permatang Tok Kanduruang makan mee mamakSalah satu tempat bagi peminat peminat mee goreng mamak boleh cari di Permatang Tok Kandu di area Permatang Pauh Pulau Pinang Penang memang famous la dengan mee mamak memang surrrr Di...
Kurang Cemerlang Dalam Spm Nak Belajar Kemahiran Di Mana

Kurang Cemerlang Dalam Spm Nak Belajar Kemahiran Di Mana

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 395 hits
Kadang kadang ada yang keliru tentang syarat minimum memohon ke program di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru NORIHAN MD SAHAD MENJAWAB PERSOALANBanyak sangat syarat katanya Semua lain lain Saya ringkaskan supaya mudah faham Simpan untuk n...
Dari Mana Punca Gout

Dari Mana Punca Gout

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 271 hits
Fakta Asas Mengenai Dari Mana Punca Gout Gout adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan raja raja dan golongan elit di zaman
Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 288 hits
malaysiakini comULASAN Ketika para pengundi dari beberapa negeri pulang mengundi isu ekonomi terkini dan isu mata pencarian bermain di minda mereka Namun yang akan menentukan pilihan undi para pengundi adalah kaum dan agama Dua pilihan inil...
Anak Visual Akan Cepat Belajar Kalau Ada Visual Menarik Kenal Pasti Anak Anda Kategori Yang Mana

Anak Visual Akan Cepat Belajar Kalau Ada Visual Menarik Kenal Pasti Anak Anda Kategori Yang Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 259 hits
Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak anak kita boleh beri perhatian dalam satu satu masa Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim