Setelah 15 Kali Tangguh Hari Ini Perbicaraan Zahid Disambung




KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini

Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatannya mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.
Jelas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd,
Berdasarkan carian di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Hizar Farhan berkata, Abu Hanifah pernah menjadi pemegang saham terbesar untuk kedua-dua syarikat berkenaan, iaitu DGB dan SKSB.
“DGB merupakan sebuah syarikat induk yang mana di bawahnya ada beberapa anak syarikat antaranya syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).
“DTSB merupakan syarikat yang telah dianugerahkan onktrak pembekalan cip pasport untuk tempoh selama lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport antarabangsa Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya sewaktu perbicaraan.
Selain itu, Mohd Hizar Farhan turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah meneliti beberapa kandungan surat berhubung penglibatan DGB melalui DTSB dalam projek pembekalan cip pasport.
Antara kandungan surat yang beliau teliti, surat DTSB bertarikh 26 Mei, 2014, memohon pertimbangan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubungkait tender berkenan; surat DTSB bertarikh 7 Oktober, 2014 kepada Ketua Setiausaha KDN untuk memohon pertimbangan Ahmad Zahid; serta surat DTSB bertarikh 9 Oktober, 2014, juga kepada Ahmad Zahid untuk memohon mendapat surat setuju terima (STT).
Berdasarkan siasatan terhadap surat-surat rasmi berkenaan, Mohd Hizar Farhan berkata, beliau mendapati terdapat bukti jelas Ahmad Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta.
Tambahnya lagi, bukti siasatan menjurus ke arah wang berkenaan sebagai upah dalam memainkan peranan mengarahkan proses kelulusan permohonan DTSB untuk membekalkan cip pasport tersebut disegerakan sehingga DTSB dilantik sebagai kontraktor pembekalan.
Terdahulu, perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana melibatkan Ahmad Zahid, bersambung hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Ia bersambung semula selepas Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan pada 22 Februari lepas, susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempunyai kontak rapat dengan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua mereka berada dalam bilik yang sama di pusat ILMU, Janda Baik, sewaktu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tiga hari sebelumnya, iaitu pada 19 Februari 2021.
Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.
Sebagai imbasan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, berdepan dengan 47 pertuduhan meliputi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Dakwaan menerima RM6 juta dari Abu Hanifah merupakan pertuduhan ke 14, dan ke 15 daripada keseluruhan 47 pertuduhan.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Gan Peng Kun,, manakala pembelaan diketuai peguam Hisham Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh

Sumber: AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/03/setelah-15-kali-tangguh-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Lagi Hakim Minta Zahid Tak Hadir Mesyuarat Sebelum Bicara

Tangguh Lagi Hakim Minta Zahid Tak Hadir Mesyuarat Sebelum Bicara

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Feb 2021 11 53 amSelepas perbicaraan tertangguh lagi untuk kesekian kalinya hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh Ahmad Zahid Hamidi tid...
Pelaku Perjalanan Ke Indonesia Wajib Swab Test 2 Kali Dan Karantina 5 Hari

Pelaku Perjalanan Ke Indonesia Wajib Swab Test 2 Kali Dan Karantina 5 Hari

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 255 hits
Swab test pertama saat tiba di Indonesia itu dilakukan untuk mengantisipasi adanya penularan virus sejak orang tersebut di swab test hingga hari dimana dia melakukan perjalanan
Hakim Mahu Zahid Duduk Di Rumah Seminggu Sebelum Perbicaraan Bersambung

Hakim Mahu Zahid Duduk Di Rumah Seminggu Sebelum Perbicaraan Bersambung

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 226 hits
V AnbalaganKUALA LUMPUR Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memberitahu peguam Ahmad Zahid Hamidi untuk menasihati klien mereka tidak menghadiri mesyuarat selama seminggu sebelum kesnya disambung semula supaya tidak mengganggu pe...
Kali Ini Kita All Out Kata Ahmad Zahid

Kali Ini Kita All Out Kata Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 178 hits
Seluruh jentera ahli dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang parti dan komponennya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak pihak berk...
Pemulihan Setelah Dilanda Badai Fitnah Pru14 Zahid Hamidi

Pemulihan Setelah Dilanda Badai Fitnah Pru14 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian Saya menulis kali ini supaya saudara saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU14 bukanla...
Zahid Guna Hampir Rm1 5 Juta Dana Termasuk Bayar Cukai Jalan 20 Kenderaan

Zahid Guna Hampir Rm1 5 Juta Dana Termasuk Bayar Cukai Jalan 20 Kenderaan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 341 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1 469 547 36 untuk membayar kad kredit insurans dan cukai jalan 20 kenderaan miliknya Presiden Umno itu ...
Zahid Hits Back At Court Cluster Label

Zahid Hits Back At Court Cluster Label

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 192 hits
The court cluster is a derisive term used to reference several Umno leaders who are facing graft charges These Umno leaders are painted by opponents as being desperate and would do anything to save themselves from conviction Among the Umno ...
Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 213 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1 469 547 36 untuk memba...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023