Setahun Selepas Pemerintahan Ph



KUALA LUMPUR - Kerajaan PH yang bakal menyambut ulang tahun setahun pentadbirannya telah membatalkan beberapa projek yang diberikan oleh kerajaan terdahulu dan kini sedang menyemak dan melakukan rundingan semula beberapa projek untuk memastikan kosnya munasabah.

Setakat ini, sebanyak 121 projek infrastruktur bernilai RM13.93 bilion di seluruh negara yang ditawarkan menerusi rundingan terus dan tender terhad oleh kerajaan terdahulu telah menjalani rundingan semula dan hasilnya sebanyak RM809.55 juta berjaya dijimatkan.

Loading...
Ini tidak termasuk projek mega seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos RM31.65 bilion dan Transit Aliran Massa 2 (MRT2) berharga RM39.35 bilion.

Kerajaan berjaya mengurangkan kos kedua-dua projek itu masing-masing kepada RM16.63 bilion dan RM30.53 bilion, sekali gus memastikan penjimatan sebanyak RM23.84 bilion kepada kewangan negara.

Kerajaan turut mengambil langkah berani dengan membatalkan projek Saluran Paip Pelbagai Produk, Saluran Paip Gas Sabah dan satu lagi saluran paip menghubungkan Melaka ke loji penapisan dan petrokimia Petronas di Johor.


China Petroleum Pipeline Engineering Co Ltd akur dengan keputusan kerajaan itu dan akan membincangkan pampasan dengan kerajaan Malaysia. Kerajaan turut membatalkan lesen operasi pelabuhan diberikan kepada KAJ Development Bhd, pemaju pelabuhan laut dalam bersepadu di Melaka Gateway, tetapi syarikat itu telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu.

Antara projek besar yang sedang disemak semula atau diadakan rundingan semula adalah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Wujud kebimbangan bahawa semua projek berprofil tinggi itu tidak akan memanfaatkan Malaysia dan kerajaan tidak mendapat perjanjian terbaik baginya.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, rakan kongsi kanan firma guaman Shook Lin & Bok, Jal Othman, berkata, meskipun prinsip am bagi kesucian kontrak itu perlu dipatuhi dan dihormati, undang-undang dalam keadaan terbatas tetap memberikan ruang kepada pihak yang terkilan untuk keluar daripada kontrak yang dimeterai.

Satu contoh jelas adalah apabila kontrak dimeterai oleh kerajaan itu mengandungi atau wujud keadaan tidak sah dan boleh dipertikaikan di sisi undang-undang.

“Rasuah, penipuan jenayah, salah guna kuasa dan salah guna proses sebagai contohnya, mungkin akan menimbulkan keadaan tidak sah di sisi undang-undang yang memadai untuk memberikan hak kepada kerajaan untuk keluar daripada kontrak yang dimeterai sebelumnya,” kata peguam yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad itu.

“Apa yang juga amat jelas adalah bahawa bukan setiap kontrak yang “tidak adil” atau tidak munasabah boleh dielakkan atau keluar daripadanya. Undang-undang digubal bukan untuk membantu satu pihak, termasuk kerajaan, untuk keluar daripada urus niaga yang tidak baik.

“Kerajaan perlu mendukung kontrak yang dimeterai kerajaan terdahulu sekiranya harganya tidak terlalu tinggi atau tidak cukup komersial dari segi terma kebolehlaksanaannya,” jelasnya Jal menjelaskan antara dua aspek iaitu tidak sah di sisi undang-undang dan perjanjian tidak adil, wujud "ruang kelabu” yang kekal tidak diuji dalam arena perundangan.

“Inilah ruang lingkup kontrak yang nyata adalah tidak adil. Meskipun kontrak-kontrak ini bukannya tidak sah, ia adalah jelas tidak adil dan tidak munasabah".

Beliau percaya kerajaan tidak harus dipertanggungjawabkan ke atas kontrak yang telah dimeterai atau diberikan, yang prestasinya jelas tidak menepati kehendak pihak-pihak. 

Syarikat konsesi sebaliknya tidak sepatutnya dikayakan secara tidak adil menerusi kontrak berkenaan, katanya.

Ruang kelabu dalam arena perundangan sehingga kini kekal tidak diuji kerana kita tidak menyaksikan sebarang perubahan dalam kerajaan yang mentadbir sekarang, menerusi cara yang dilakukan pada 9 Mei, 2018, kata Jal.

Beliau percaya, wujud merit dalam hujahan berhubung ketidakadilan yang nyata.

Kerajaan adalah penjaga kebajikan awam dan ini termasuk dana awam. Bagaimana kerajaan ketika itu menjalankan tugas penting sebagai penjaga dan pemegang amanah dan pada masa yang sama mempertaruhkan kepentingan rakyat dan dana awam kepada kontrak yang jelas tidak adil dan tidak saksama? Jal turut mengingatkan tentang persoalan pampasan yang perlu dibayar jika keluar daripada kontrak itu.

Prinsip undang-undang pemulangan menuntut syarikat konsesi untuk mengembalikan semua faedah yang diperolehi di bawah kontrak yang diisytiharkan batal.

“Bayaran wang mengikut nilai kontrak mungkin cara untuk mendapatkan semula kredit yang telah diberikan bagi kerja yang telah dilaksanakan.

“Misalnya, di mana terdapat ketidaksepadanan antara kemajuan kerja yang telah dilaksanakan dengan bayaran kontrak yang telah dibayar, akan wujud kes bagi pemulangan faedah-faedah yang diperolehi menerusi kekayaan yang diraih syarikat konsesi secara tidak adil.

“Kita jangan lupa bahawa kerajaan mempunyai hak untuk membatalkan kontrak seperti yang terkandung dalam kontrak itu sendiri. Ini biasanya akan termasuk hak (kerajaan) untuk merampas aset-aset di bawah kontrak dan hak untuk membatalkannya atas alasan kepentingan negara.”

 Perkara terakhir dalam aspek undang-undang yang kompleks ini adalah layanan terhadap hak pihak ketiga, katanya dan menurutnya pihak ketiga biasanya adalah pihak pembiaya.

“Pihak pembiaya adalah pihak yang tidak bersalah bagi sebarang kemelut antara kerajaan dan pihak konsesi. Mereka ada hak di bawah kontrak yang kerajaan kini bercadang untuk keluar atau ketepikan.”

Jal berpendapat sebarang langkah diambil oleh kerajaan untuk keluar daripada kontrak perlu dibuat selepas mengadakan perbincangan konstruktif dengan pihak pembiaya.

Dilaporkan kos projek ECRL sepanjang 688-km telah dikurangkan antara RM34.4 bilion dan RM41.3 bilion daripada kira-kira RM55 bilion ketika pertama kali diumumkan oleh kerajaan terdahulu tiga tahun lepas.

Rundingan semula projek itu diketuai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang turut menyaksikan China, rakan negara bagi projek itu, komited untuk membeli lebih banyak minyak sawit dan melabur dalam lebih banyak projek di Malaysia.

Menyentuh perkara itu, Jal berkata, terdapat begitu banyak nilai dan setiakawan yang perlu dilindungi oleh Beijing and Putrajaya.

Kedua-dua kerajaan sememangnya berniat untuk menjalankan urus niaga yang adil dan dihormati. Dan menjalankannya dengan cara yang betul. 

Sejarah akan menghakimi kedua-dua negara menerusi faedah dan kebajikan yang dibawa projek itu kepada rakyat masing-masing, tegasnya.
“Bukan menerusi kontrak berat sebelah yang satu pihak mengambil kesempatan ke atas pihak yang satu lagi. Kelebihan politik dalam melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul pastinya terbukti jelas dan nyata.

“Dan kerajaan China akan bergantung kepada komitmen Malaysia untuk menghukum mereka yang berbuat salah dan memburu mereka yang bersalah dan memastikan tiada pihak yang terlepas. Kerajaan yang sedang mentadbir jelas sudah melakukan ini dengan beberapa pertuduhan dan prosiding sedang berjalan di mahkamah, terhadap anggota kerajaan terdahulu,” katanya.

Dalam temu bual dengan New Straits Times baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan PH berjaya mengurangkan rasuah di negara ini sehingga sebanyak 90 peratus sejak mengambil alih Putrajaya tahun lepas.

Walaupun kes rasuah berjaya dikurangkan, kerajaan, menurut beliau masih mengesan “hampir tiada kesudahannya” amalan meragukan dalam pentadbiran terdahulu. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/setahun-selepas-pemerintahan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Setahun Pemerintahan Ph Hanya Sebuah Kerajaan Penjenamaan Semula Dan U Turn

Menjelang Setahun Pemerintahan Ph Hanya Sebuah Kerajaan Penjenamaan Semula Dan U Turn

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 240 hits
9 Mei akan datang menyaksikan genap setahun kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara selepas menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Gah PH yang dibangga banggakan selepas berjaya merampas Putrajaya kononnya mer...
Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 377 hits
KOTA BHARU Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam Menangis Lihat Anak Buat Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari
Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung Emma Maembong

Tawaran Berlakon Tak Kurang Selepas Buka Tudung Emma Maembong

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 395 hits
Hampir dua bulan Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung beliau bersyukur biarpun tindakannya itu mengundang kebencian peminat namun ia tidak menjejaskan tawaran berlakon yang semakin melimpah Alhamdulillah kerjaya seni saya se...
Lawatan Husam Selepas Dilantik Pengerusi Kada

Lawatan Husam Selepas Dilantik Pengerusi Kada

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 726 hits
Lawatan mengejut Husam selepas dilantik Pengerusi KADAKOTA BHARU Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu baharu Senator Datuk Haji Husam Musa membuat lawatan mengejut ke Pusat Kejenteraan Ladang Melor dan Pusat Latihan Melor KADA Lawata...
Letak Gambar Anak Pada Dinding Icu Antara Sebab Ibu Sedar Selepas Hampir 5 Bulan Koma

Letak Gambar Anak Pada Dinding Icu Antara Sebab Ibu Sedar Selepas Hampir 5 Bulan Koma

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 448 hits
Pertemuan pertama ibu dengan anaknya selepas hampir 5 bulan bulan koma akibat komplikasi selepas bersalin ini cukup menyentuh hati Tindakan suami meletakkan gambar anak pada dinding beri kesan positif Melalui laporan Kosmo pertemuan Norfadi...
Makcik Bawang Tidak Dapat Menahan Sebak Dan Terpaksa Menangis Selepas Tengok Sajat Buat Roti Jala

Makcik Bawang Tidak Dapat Menahan Sebak Dan Terpaksa Menangis Selepas Tengok Sajat Buat Roti Jala

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 383 hits
Petang petang pekena roti jala dengan kari panas memang sedap Lagi best kalau makan masa tengah hujan bersama teh panas memang syok habis Kalau ikutkan nak buat roti jala senang je Baru baru ini seorang pengguna Twitter berkongsikan video u...
Selepas Grad Saya Nak Jaga Ibu Ayah Di Kampung Graduan Menganggur Berbakti Di Kampung

Selepas Grad Saya Nak Jaga Ibu Ayah Di Kampung Graduan Menganggur Berbakti Di Kampung

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 340 hits
Tidak dinafikan saingan untuk mendapatkan apa apa pekerjaan kini semakin sengit dan sukar ekoran bilangan graduan universiti yang semakin bertambah setiap tahun Setiap pelajar pastinya menginginkan pekerjaan yang bersesuaian dan menepati ju...
Anwar Mungkin Tak Jadi Pm Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir Pensyarah

Anwar Mungkin Tak Jadi Pm Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir Pensyarah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 462 hits
KUALA LUMPUR Wawancara Nurul Izzah Anwar bersama The Straits Times yang mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan mendedahkan perpecahan antara komponen gabungan pemerintah itu kata penganalisis Menurut pakar kritikan Nurul Izzah terhadap Tun D...
Suaram Gesa Kpn Letak Jawatan Selepas Cawangan Khas Disalahkan Kehilangan Che Amri Pastor Koh

Suaram Gesa Kpn Letak Jawatan Selepas Cawangan Khas Disalahkan Kehilangan Che Amri Pastor Koh

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 330 hits
Kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia menggesa Ketua Polis Negara Fuzi Harun meletak jawatan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia memutuskan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh Pengarah Eksekutif ...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan