Set Daging Salai Lemak Cili Api Di Qayla S Bakery Cafe
Set Daging Salai Lemak Cili Api di Qayla's Bakery Cafe || Teringin makan pedas pedas di saat cuaca sejuk dan hujan. Makanya ke kedai baru ni untuk menikmati makanan daging salai. Ternampak kat Facebook, ada dalam area UTC, Pasir Gudang. Haaa.. Apa lagi, terjah untuk tahu macam mana rasanya ek. Kalau sedap, boleh repeat or try menu lain pulak akan datang. Menu yang buat aku tertarik kt situ ialah set Daging Salai Lemak Cili Api.
Masa datang tu, suasana dalam kedai lenggang je.. So ada la kerusi dan meja kosong untuk diduduk. Pelbagai croissant dan roti dijual. Coffee pun ada kalau dah namanya cafe ni. Huhu.. Cuma tak rasa lagi benda lain melainkan set Daging Salai ni je. Cukuplahh untuk perut sendiri je..
Meriah dengan hirisan tomato, timun, sambal belacan, keropok dan nasi putih. Daging salai di dal. mangkuk dilengkap dengan hirisan tomato jugak. Yang kenal aku mesti tahu aku tak makan tomato weh.. Tapi kalau sos tomato aku makan.. Haha.. Pelik pelik
Total menu di atas ialah RM15.80 termasuk dengan service charge ✅
Zoom in daging salai
Dagingnya lembut cuma kepedasannya tak seperti yang kuinginkan. Haha.. Kena lagi podeh Bak kata orang Nogori 😂 Berasa ler kuahnya cuma pedas manja jer 😄 Gaulkan semua dalam pinggan, Ngap! Licin! Maybe sebab memang dah lapar jugak! Haha.. Syukur Masih dapat makan! Jom tengok apa lagi yang ada Dan menarik untuk dicuba
Macam macam ada, maybe can try next time lah ek 😍 Teringin croissant, nampak sedap! Lokasi di UTC Pasir Gudang Dan kedudukannya seperti di bawah ni ye. Berdekatan parkir motor tuh je.. Senang sangat nak carinya
Settle makan, Kalau nak jalan jalan dalam tu shopping kat Hero Market ke..berurusan dengan jabatan dalam UTC ker, boleh sangat! Ehh..segala DIY, kedai RM2, Dan macam macam lagi ada kat dalamni okay! 😄 Strategik la kiranya ye
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/11/set-daging-salai-lemak-cili-api-di.html