Set Baru Ryobi Smap Rg 4000
Assalamualaikum,
Malam ni aku nak menulis pasal alatan pancing.Huii..lama betul aku tak beli barang pancing sebenarnya. Last aku beli set pancing tahun 2013 dulu sebelum ke Pangkor. Manakala penulisan aktiviti memancing kali terakhir pada 2015.
Antara tempoh 2015 sampai sekarang bukanlah aku takde pergi memancing langsung,ada juga cuma tak berapa menarik untuk ditulis.
Oklah,kalau ada pembaca blog aku yang ikut tulisan aku dari dulu, mesti ada baca entri aku pasal kekili Ryobi AP Power 8000. Rod yang aku matchingkan iaitu Lemax Starmaxx 9 kaki aku dah pencenkan dan diganti dgn rod lama adik aku iaitu Awashima Imperial 7 kaki. Leceh la rod panjang sangat,susah nak angkut merata.
Set ini pun aku banyak rehatkan sebab terlalu bulky. Lagipun aku tak pernah guna kelebihan dia yang dikategorikan sebagai heavy set.
Kebelakangan ni sejak sebelum PKP sehingga sekarang, aku banyak bermain kolam air masin saja dimana set medium sudah memadai. Bulan lepas aku beli set baru iaitu:
- Kekili Ryobi SMAP RG 4000
- Rod Seahawk Ryoku M Tuned 6 kaki
- Lemax X5 PE Braid 25lb
Set baru ni jauh lebih ringan dari set lama yang body kekilinya full metal. Ryobi SMAP RG 4000 ni berharga RM139, rod RM85 dan tali RM11.40. Untuk shock leader, aku pakai Ajiking Pro Line Invicible 30lb, dia punya spring,mantapppp..harga aku lupa dah. Murah je kan set ni?
Ok,spec kekili SMAP RG 4000 ni biasa-biasa je,spool machined aluminium,body grafit,drag 5kg saja, bearing 6+1 dan ratio kayuhan 5.2 :1 kalau tak silaplah.
Rod pulak kategori medium heavy 7 cincin. Nice design nampak cantik dan set ni dah pun teruji mendaratkan jenahak dan senangin dua hari lepas artikel ni ditulis. Bagi aku kombinasi ni cukup untuk mendaratkan ikan-ikan bersaiz 5-7kg.
Adakah aku berpuashati dengan set ni? Sudah tentulah. Tapi... ada satu lagi impian seorang pemancing kasual macam aku. Nantikan di entri seterusnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blog5zal.blogspot.com/2021/12/set-baru-ryobi-smap-rg-4000.html