Korean Drama Review Haechi
Bila tengok drama Haechi ini aku tak dapat lari dari membandingkan drama ini dengan drama Korea Jackpot / The Royal Gambler (2016) lakonan Jang Keun Suk dan Yeo Jin Goo sebab latar masa kedua- dua drama ini adalah sama okey, tapi jalan cerita kedua dua drama ini ada sedikit berbeza. Dalam drama Korea Jackpot, pelakon Yeo Jin Goo yang menjadi prince Yeoning dan dalam drama tersebut juga ada kisah mengenai pemberontakan Yi In Jwa tu. Bezanya dalam drama Haechi ini, jalan cerita benar - benar memfokuskan tentang prince Yeoning saja dan Yi In Jwa hanya muncul dekat akhir - akhir cerita. Manakala dalam drama Jackpot pula watak Yi In Jwa ini sangat penting dan merupakan mastermind serta dah muncul di awal - awal episod lagi. Drama Jackpot itu juga antara drama favorite aku okey, siapa yang tak tengok lagi silalah tengok nanti okey. Berbalik pada drama Haechi ini, lakonan Jung Il Woo sebagai prince Yeoning tu memang terbaik, aku suka tengok perubahan karakter wataknya itu dari seorang putera yang tak dianggap penting serta dipandang rendah oleh pembesar boleh berubah menjadi bijaksana dan licik gitu.
Aku suka tengok scene - scene suspen dalam drama ini, terutamanya ketika Putera Yeoning cuba membuatkan dirinya dilantik menjadi crown prince tu memang suspen giler sebab ramai yang nak menghalang perlantikannya itu. Bila dah jadi crown prince dia kena lebih berhati - hati dalam tindakannya, sebab kalau salah langkah, raja sedia ada yang juga abangnya boleh membunuhnya jika dia merasakan prince Yeoning cuba nak rampas kuasa. Memang ramai yang cuba menghasut raja dan cuba buatkan raja membenci prince Yeoning itu. Salah satu watak yang adorable dalam drama ini adalah Park Mun Su lakonan Kwon Yul. Rasanya ni kali pertama aku melihat Kwon Yul benar - benar melakonkan watak baik sebab dia sebelum ni sering diberikan watak jahat gitu. Comel dan adorable pula tengok Kwon Yul jadi baik ni, lawak pun ye juga. Selain itu aku juga suka dengan watak Chun Yeo Ji lakonan Go Ara ni sebab wataknya bukan watak tipikal heroin drama Korea yang lemah lembut dan lembik tapi sebaliknya. Chun Yeo Ji adalah salah seorang inspektor polis wanita yang berkhidmat untuk Saheonbu di zaman Joseon itu. Rasanya semua pun tahu, zaman dulu kala memang jarang wanita bekerja di bidang yang dikuasai oleh kaum lelaki. Jadi of courselah Chun Yeo Ji ni memang cekap dan boleh berlawan, plus dia juga agak tomboy sikit.
Walaubagaimanapun watak Chun Yeo ji tu akan berubah sikit dari aggresif ke pasif di pertengahan cerita, bila dah elok - elok jadi polis tu boleh pulak dia nak tukar kerja dalam istana pula, kononnya nak melindungi prince Yeoning tu. Bila Yeo Ji start jadi dayang istana tu, aku dah start menyampah, lagi senanglah dia nak bercinta dengan prince yeoning tu seterusnya jadi gundik raja. Watak isteri pada prince Yeoning tu memang tak ditonjolkan sangat dalam drama ni, sikit - sikit je. Go Ara juga dikatakan cedera ketika shooting drama ni, mungkinkah sebab tu, wataknya sengaja ditukar menjadi dayang istana, jadi dia tak payahlah nak berlawan atau banyak bergerak kan. Antara scene yang aku suka bila raja iaitu bapa pada prince Yeoning tu memuji prince Yeoning, dimana bapanya mengatakan dirinya mempunyai kualiti dan ciri - ciri seorang raja gitu. Seterusnya scene ketika 2 menteri utama dari parti politik yang berlainan yang awalnya tidak suka prince Yeoning menjadi raja mula kagum dengan kebijaksanaannya menyelesaikan segala masalah ketika dirinya sudah menjadi raja.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |