Sesb Kenakan Bil Secara Anggaran Tiada Bacaan Meter Dibuat Sepanjang Pkpb



KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menetapkan bayaran bil semasa bulan ini secara anggaran berdasarkan bacaan bil terakhir sebelum ini kepada semua penggunanya di Sabah dan Labuan.

Bil semasa itu, bagaimanapun hanya dikeluarkan secara dalam talian berikutan pemberhentian sementara bacaan meter di premis pengguna sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di negeri ini dan Labuan.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Norhizami Abu Hasan, berkata langkah menghentikan bacaan meter itu dibuat selepas mengambil kira penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.

Katanya, bacaan meter di premis pengguna dihentikan secara berperingkat bermula pada 22 September lalu di daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

“SESB turut mengambil keputusan menghentikan operasi bacaan meter bagi kawasan Kota Kinabalu, pada 1 Oktober lalu sebelum diperluaskan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 12 Oktober lalu.

"Keputusan ini dibuat bukan saja untuk keselamatan anggota kerja SESB tetapi juga orang awam. Operasi bacaan meter SESB dan penyerahan bil di premis pengguna akan disambung semula apabila keadaan semakin pulih," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata akaun pengguna masih dibilkan secara anggaran di dalam sistem SESB berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya.

Bil anggaran itu, katanya akan diselaraskan apabila bacaan sebenar di premis pengguna disambung semula.

Beliau berkata, pengguna SESB boleh mendapatkan bil anggaran bagi bulan semasa dengan mendaftar ke Online Customer Service (OCS) SESB di www.ocs.sesb.com.my.

"SESB menyarankan pengguna mengemas kini maklumat data mereka bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB dan bil disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), yang akan dihantar kepada pengguna," katanya.

Katanya, pengguna juga boleh menyemak bil elektrik masing-masing dengan membuat bacaan sendiri iaitu dengan mengambil bacaan terkini di meter elektrik premis dan menolaknya dengan bacaan semasa bil terakhir sebelum ini.

"Sebagai contoh bacaan semasa bil terakhir anda ialah 61069 kWh dan bacaan terkini di meter elektrik pengguna adalah 61701 kWh, jadi perbezaannya ialah sebanyak 632 kWh.

"Selanjutnya, untuk mendapatkan nilai bil sebenar, pengguna boleh melayari https://www.sesb.com.my/content/tariff-calculator-st untuk mendapatkan kalkulator tarif Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat bacaan meter ke nombor Whatsapp rasmi SESB di talian 019-8525427 atau email ke [email protected] untuk mendapatkan bil sebenar," katanya.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088-515000, 019- 852 5427 (Whatsapp) atau melalui laman sosial SESB di Facebook SESB Careline untuk pertanyaan.- BH Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mysabahnews.blogspot.com/2020/10/sesb-kenakan-bil-secara-anggaran-tiada-bacaan-meter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Awam Fasiliti Sukan Dbkl Ditutup Sepanjang Pkpb

Taman Awam Fasiliti Sukan Dbkl Ditutup Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 386 hits
M Update 14 10 2020 Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai hari ini hingga 27 Oktober ini Semua taman awam di bawah seliaan Dewan...
Msn Selangor Atlet Disaran Terus Ikuti Modul Latihan Sepanjang Pkpb

Msn Selangor Atlet Disaran Terus Ikuti Modul Latihan Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM 29 OKT Majlis Sukan Negeri Selangor menggesa semua atlet mengikuti modul latihan disediakan jurulatih masing masing selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat disambung hingga 9 November Pengarah eksekutifnya berkata disiplin m...
Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 461 hits
Bermula hari ini 14hb Oktober 2020 kami warga Selangor WP KL dan Putrajaya sekali lagi di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid 19 yang kembali meningkat Jika sebelum ini Kedah Sabah ...
Facebook Group Yang Boleh Anda Sertai Sepanjang Pkpb

Facebook Group Yang Boleh Anda Sertai Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 320 hits
Sedar tak sedar dah Hari ke empat PKPB bagi kawasan seluruh negeri selangor ni kan Alah sekejab je tu Hope selepas 2 minggu statistik kes menurun sehingga tinggal 1 angka la Tak tahan OOi bila anak anak dah mula tunjuk stress kena berkurung...
Apa Tu Pkpb Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Apa Tu Pkpb Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 767 hits
Apa tu PKPB di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya Harini bermulalah PKPB di sekitar kami iaitu Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya dari 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 Semasa 2 hari lepas ianya telah diwar warkan oleh kerajaan Dal...
Air Pasang Besar Selangor Jamin Pusat Pemindahan Patuh Sop Pkpb

Air Pasang Besar Selangor Jamin Pusat Pemindahan Patuh Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM 15 Okt Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan pusat pemindahan mangsa banjir yang disediakan susulan fenomena air laut pasang besar yang dijangka hujung minggu ini akan mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergera...
Word 287 Pkpb Pkpd Dan Pkpdb

Word 287 Pkpb Pkpd Dan Pkpdb

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 908 hits
Word 287 PKPB PKPD dan PKPDB Fahami maksud PKPB PKPD dan PKPDBPKPD PErintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial Sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut keperluan PKPD Perintah Kawalan P...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami