Apa Tu Pkpb Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya


Apa tu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ? - Harini, bermulalah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di sekitar kami iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dari 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semasa 2 hari lepas, ianya telah diwar-warkan oleh kerajaan. Dalam pada tu, ramai kawan-kawan di Facebook mummy bertanyaakn tentang apa tu PKPB? Lama sudah ianya berlalu. Jadi di sini mummy senaraikan balik syarat-syarat untk PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
Apa tu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ?

Kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA

Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. 
Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM

Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home)

Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan. 
Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis


Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan
• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja
• Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. • Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari• Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malamWalaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA. • Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi. • Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. • Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini

Perubatan dan Kesihatan • Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam
Sektor Ekonomi Dan Industri • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan

Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri. 
Perikanan, Perladangan dan Pertanian• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi. Pelabuhan dan Lapangan Terbang • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi
Aktiviti Keagamaan• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam. • Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja
• Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan
Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat. 
Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan
Aktiviti Sukan • Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN
• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN
• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan

Pendidikan • Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini
• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. 
Seminar / Bengkel / Persidangan • Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja

Mesyuarat Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan

Penganjuran Majlis KeramaianMajlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan

PelanconganSemua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan

Last but not least, take care semua. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2020/10/apa-tu-pkpb-perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Akan Dilaksanakan Di Seluruh Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Berkuatkuasa 14 Oktober 2020

Pkpb Akan Dilaksanakan Di Seluruh Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Berkuatkuasa 14 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 400 hits
Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam ...
Pkpb Di Putrajaya Kuala Lumpur Amp Selangor Mulai 14 Okt

Pkpb Di Putrajaya Kuala Lumpur Amp Selangor Mulai 14 Okt

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 336 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaabob dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilaksanakan di seluruh Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya nbsp Menurut laporan Astro Aw
Pkpb Di Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Pkpb Di Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 534 hits
DAY 209 Eh Tak pindah lagi ke kak Sabar Sampai masa aku pindah jua aku minta tempoh perlanjutan perpindahan tersebut sehingga minggu depan DAY 210 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan berkuatkuasa dari 14 27 Oktober 2020 seperti yang ...
Beza Pkpb Di Sabah Dengan Selangor Putrajaya Kl

Beza Pkpb Di Sabah Dengan Selangor Putrajaya Kl

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 523 hits
selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor sabah Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid 19 tapi tu la katanya sejak semalam jal...
Kpm Umumkan Penutupan Semua Institusi Pendidikan Berikutan Pkpb Di Selangor Kl Putrajaya Dan Sabah

Kpm Umumkan Penutupan Semua Institusi Pendidikan Berikutan Pkpb Di Selangor Kl Putrajaya Dan Sabah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 536 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan di seluruh negeri Sabah Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Penutupan ini berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyara...
Pkpb Senarai Lokasi Roadblock Penutupan Jalan Di Selangor Kl Dan Putrajaya

Pkpb Senarai Lokasi Roadblock Penutupan Jalan Di Selangor Kl Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 1022 hits
Hi Korang Terpanggil kak lily untuk update senarai lokasi di mana adanya penutupan jalan dan roadblock yang di laksanakan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama dua minggu di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula dari 14...
Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 444 hits
Bermula hari ini 14hb Oktober 2020 kami warga Selangor WP KL dan Putrajaya sekali lagi di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid 19 yang kembali meningkat Jika sebelum ini Kedah Sabah ...
Pkpb Kl Selangor Putrajaya Bermula 14 27 Oktober Sekolah Taska Ditutup

Pkpb Kl Selangor Putrajaya Bermula 14 27 Oktober Sekolah Taska Ditutup

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 483 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilaksanakan di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba