Sesat Di Ikea
Yeaaa kakak sesat di Ikea..Kisahnya Jumaat lepas k.fiezz, husband, abah & Iman ke Ikea..Teman mr hubby nak cari meja untuk letak arcade machine dia kat rumah baru kitaorang ni...Dah kebetulan ke Ikea ni, kakak fiezz nak cari lah sekali dishrack Ikea. Buka apps Ikea, cari jenis dishrack, ternampak lah pattern yang dalam gambar kat bawah ni. Sis berkenan..Masa ke sini, kitaorang terus ke area gudang sebab meja yang mr hubby nak tu kat sini je..Tanya staff Ikea, kat mana dishrack macam dalam gambar ni..Dia beritahu lah lokasi kat mana..Memang kena keluar dari situ..Naik tingkat lain pulak kat bahagian barangan dapur..
Mula memang malasnya sis nak pi cari tapi bila mr hubby bagi kata-kata semangat 'nak, pi amik. tukang bayor ada ni'..hehe..Apa lagi laju lah kakak fiezz mencari jugak dishrack yang dalam gambar bawah ni..
Naik ke tingkat lain yang diberitahu staff Ikea sebelum tu, kakak fiezz tanya guard kat mana tempat barangan dapur. Sis tak nak lalu kat ruangan pameran yang ada dalam Ikea tu..Jenuh memusing..Guard tu guide pi ke tempat barangan dapur..K.fiezz sampai kat area tu, terus cari dishrack dalam gambar ni tapi memang tak ada. Siap tanya staff yang jaga area situ, dishrack ada kat sini je ke?Dia cakap semua kat sini. Bila tak nampak pun dishrack yang k.fiezz nak ni ada kat situ, so ingatkan dah habis stok je lah..Cari pattern lain yang ada area tu tapi hat k.fiezz berkenan tu dah habis stok jugak..Aihhh sabor je lah.. Semua pun abis..
Dah kebetulan tu k.fiezz tunjuk gambar dishrack ni kat staff Ikea tu, k.fiezz cakap cari yang ni benornya tapi tengok macam tak ada je kat area situ..Habis stok ke?Dia beritahu rupanya dishrack yang k.fiezz nak ni kat bahagian lain..Kena naik balik & tanya staff situ mana kedudukan dishrack ni..K.fiezz pun naik lah balik ke tingkat atas & tanya pulak lagi staff Ikea sambil tunjuk gambar ni..Staff tu beritahu kedudukan dishrack ni betul-betul kat bahagian tengah pameran..K.fiezz macam 'hahhhhh'..Maksudnya k.fiezz kena lalu sepanjang-panjang laluan kat area pameran deko dalam Ikea tu baru jumpa dishrack ni..Fuhhhh..Sis gigih jugak meredah pameran demi mencari dishrack ni..Jumpa jugak akhirnya..Lepas dah setel jumpa, k.fiezz ingat malas lah lalu area pameran ni..Ingatkan nak shortcut je terus ke cashier..Mr hubby, abah & Iman tunggu kat situ..K.fiezz je yang naik cari dishrack ni, hah..
Sekali sis sesattttt larattt..2x pusing terjumpa ruangan yang amik dishrack ni..Adeh..Anginnn weiii..Rasa nak marah je sepanjang laluan kat orang yang jalan lenggang kangkung tengah tengok deko kat area pameran Ikea tu..
Anak buah k.fiezz pulak duk whatsapp tanya kat mana..Aihh mula tu k.fiezz jawab jugak..Dah masuk kali ke-2 duk tanya, padahal sis dah sesat ni..Memang sis abaikan je lah whatsapp anak buah..Lepas tu mr hubby pun ada call tanya, k.fiezz siap cakap..Kalau sampai pukul 10malam sis tak keluar, sila lah buat report kat Ikea, ada seorang perempuan sesat dalam Ikea tak jumpa jalan keluar..haha..Geram dah tu..Rasa nak letak je balik dishrack ni sebab pasal dia, sis sesatt..haha...
Masa dah sampai tingkat bawah, k.fiezz cari jalan keluar tapi tak jumpa jugak..Tanya staff Ikea sebab ada seorang tu kebetulan ada depan mata..Dia suruh k.fiezz lalu semula laluan yang sama..K.fiezz cakap dah lalu, tak nampak pun jalan keluar nak ke kaunter bayaran. Dia cakap kena jalan depan lagi dalam 10 minit baru jumpa jalan keluar..Ya Allah..Ku bersabar je...
Jadi jumpa ke idak jalan keluarnya..
Yeaaa jumpa jugak akhirnya..Dekat setengah jam kot sesat..Abah k.fiezz cakap sejam sebab diaorang yang tunggu kat area gudang dekat dengan kaunter..Diaorang lagi alert berapa lama sis sesat..
Esoknya sakit kaki weiiii..Mr hubby ajak ke hardware pulak..Tapi gigih jugak pi temankan...
Psstt - Ikeaa..Ikeaa..Tak memasal sesat..Maklum lah sis bukannya selalu pi ke sini..So memang idak lah hafal setiap laluan dalam Ikea tu...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2025/02/Sesat-Di-Ikea.html