Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection


IDW Design Collection, Buku Rujukan Reka Bentuk Dalaman Mudah Guna
Rumah dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang kemas serta cantik menjadi idaman setiap orang. Barulah selesa dan ceria setiap hari kan. Tapi kerja mereka bentuk dalaman rumah bukanlah satu kerja yang mudah. Adakalanya tidak menjadi seperti yang diinginkan akibat kekurangan ilmu tentangnya. Ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan pereka bentuk dalaman, bajet pula terhad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam norma baharu ini. Tapi syukur, kini ada servis reka bentuk dalaman rumah mampu milik dengan IDW Design Collection

Buku IDW Design Collection
IDW Design Collection? Ya, ia adalah sebuah buku hasil daripada pakar dalam bidang reka bentuk dalaman yang menghimpunkan ratusan koleksi plan, lukisan gambar dan garis panduan pengubahsuaian yang lengkap untuk pelbagai ruang dalam rumah. Memang memudahkan kita untuk membuat rujukan pada bila-bila masa

Ini adalah pertama kali Mai memegang dan melihat buku IDW Design Collection. Teruja membuka kulit keras buku ini dan membelek setiap helai muka surat didalamnya. Banyak idea menarik rekaan terkini yang boleh diikuti untuk pelbagai ruang rumah seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, pejabat, ruangan dobi, ruangan solat dan lain-lain lagi. Bagi Mai, memang berbaloi memilikinya. Bila-bila masa nanti kalau nak ubah susun atur rumah sendiri atau sebagainya, boleh terus rujuk buku ini. Senang



Cabaran Membina IDWUntuk pengetahuan anda, buku IDW Design Collection adalah hasil daripada pasangan pereka bentuk dalaman, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah yang merupakan pemilik syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW). Mereka memulakan syarikat ini pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Namun, tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran
Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.
Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna

Fenomena COVIDTahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.
Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi




Menarik kan buku IDW Design Collection? Amat berbaloi untuk dimiliki. Ada berita baik untuk anda juga! Kalau anda berminat dengan "plug & play" interior design book pertama di Malaysia ini, anda boleh dapatkannya di laman https://idw.design/idw-collection-design/ dengan harga promosi RM397 (HARGA ASAL: RM2897). Isi kandungan buku ini pasti tidak menghampakan anda. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2021/03/servis-reka-bentuk-dalaman-rumah-mampu-milik-IDW-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekaan Dalaman Interior Design Yang Popular Dari Idw Design

Rekaan Dalaman Interior Design Yang Popular Dari Idw Design

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
Salam Memiliki sebuah rumah dengan Rekaan Dalaman atau Interior Design yang cantik selesa dan berfungsi dengan baik merupakan impian dan angan angan yang indah Nova percaya setiap orang mesti ada angan angan untuk memiliki rumah impian mere...
Rumah Mampu Milik Johor Jom Mohon Cepat Di Angsana Mall

Rumah Mampu Milik Johor Jom Mohon Cepat Di Angsana Mall

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 236 hits
Jom Mohon Cepat di Angsana Mall Pada tarikh 12 14 Ogos 2016Sila share info PENTING ini Kepada Kawan dan keluarga anda Kepada mereka yang mahu Rumah Mampu Milik Jangan mudah putus asa kerajaan johor sekarang komited untuk bina lebih 40 000 u...
Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 150 hits
Menurut Mohd Zai dapatan kajian tersebut menunjukkan 92 peratus daripada responden menolak gejala rasuah dan 54 peratus pula sukakan Presiden PN Muhyiddin Yassin kerana dianggap cakna kepada kebajikan rakyat semasa pandemik Covid 19 Kesimpu...
Lelaki Ni Kongsi Bagaimana Aplikasi Mampu Menghasilkan 100k Usd Walaupun Duduk Rumah

Lelaki Ni Kongsi Bagaimana Aplikasi Mampu Menghasilkan 100k Usd Walaupun Duduk Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 128 hits
Lelaki Ni Kongsi Bagaimana Aplikasi Mampu Menghasilkan 100K USD Walaupun Duduk Rumah Ramai yang ingin tahu macam mana cara beliau berjaya menghasil ribuan hingga ratusan ribu dengan hanya Klik link untuk bacaan selanjutnya
Selebriti Guna Krim Harga Rm1k Untuk Pelembap Ni Tin Biru Bagi Manfaat Sama Pada Harga Mampu Milik

Selebriti Guna Krim Harga Rm1k Untuk Pelembap Ni Tin Biru Bagi Manfaat Sama Pada Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 193 hits
Pernah dengar tentang krim mewah yang digunakan oleh selebriti yang mencecah lebih RM1k BeautifulNara masa baca harga krim tu mampu telan air liur je Tapi anda tak perlu fikir tentang krim mahal tu sebab kami sebenarnya berjaya jumpa satu k...
Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Kerajaan negeri meluaskan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang kepada golongan memerlukan meliputi tanah hak milik dalam kawasan FELDA di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu bagi membant...
Reka Bentuk Sony Playstation 4 Diperkenalkan Terbaik Siot

Reka Bentuk Sony Playstation 4 Diperkenalkan Terbaik Siot

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 164 hits
XBOX ONE atau PS4 Hari ini Sony memperlihatkan konsol agung mereka yang terbaru Playstation 4 Dengan bahagian konsol sepenuhnya berwarna hitam dan jalur biru glow di bahagian tengah badan konsol tersebut memberi nafas baru kepada PS4 Rekaan...
Tablet Harga Bawah Rm1000 Mampu Milik

Tablet Harga Bawah Rm1000 Mampu Milik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
Kali ini saya nak kongsikan beberapa buah tablet mampu milik yang harganya bawah RM1000 Pastinya ramai yang tercari cari sebuah peranti untuk kegunaan harian terutama sekali sejak negara dilanda pandemik covid19 Permintaan terhadap peranti ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024