Seru Mb Kedah Terus Maju Di Sebalik Cabaran


SYEIKH MOHAMAD RODI ABDUL RAHMAN  DEWAN Ulamak PAS Negeri Kedah menyeru kepada YAB Menteri Besar Kedah Tuan Haji Sanusi Muhammad Nor supaya meneruskan bahtera perjuangan, terus maju ke hadapan tanpa menghirau halangan serta cabaran yang sedang dan akan dilakukan oleh musuh kepadanya. 

Satu demi satu tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada YAB. Anggaplah ini semua sebagai kemucut yang mengganggu perjalanan gerak kerja Islam. 
Al-Quran telah pun menyebut:
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ.  

“Dan Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

(al-Baqarah: 120)
Ibnu Jarir mengatakan: “Ertinya, ‘Hai Muhammad, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah rela kepadamu selamanya, kerana itu tidak usah lagi kau cari hal yang dapat menjadikan mereka rela dan sejalan dengan mereka. Akan tetapi arahkan perhatianmu untuk mencapai redha Allah Ta’ala dengan mengajak mereka kepada kebenaran yang kamu diutus dengannya.”
Keberanian YAB MB perlu dipuji kerana berani menyatakan sesuatu yang hak adalah wajib walaupun ianya sangat pahit. Sebagai contoh, pencerobohan kuil dan permohonan kaum India untuk membina kuil tidak dapat diluluskan dekkerana tiada peruntukan di dalam Perlembagaan untuk membenarkan tujuan berkenaan. Hal ini sangat berbeza dengan agama Islam kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
Walaupun begitu, bukan bermakna agama dan bangsa lain disisihkan. Terlalu banyak peruntukan yang diberikan kepada semua bangsa lain contohnya dalam Sidang DUN Kedah (Bajet Kedah 2021) baru-baru ini. Merujuk kepada soalan daripada ADUN Bukit Selambau berkaitan jumlah permohonan kebajikan E-Kasih, ibu tunggal dan MySalam kepada masyarakat India bagi Daerah Kuala Muda sahaja ialah sebanyak RM5 juta. Malah YAB Menteri Besar baru-baru ini telah meluluskan sumbangan kepada 1,000 penerima daripada kaum India sempena Deepavali. Begitulah juga, sumbangan kepada tiga sekolah persendirian Cina sebanyak RM300,000. 
Amatlah, tidak adil jika mengatakan YAB Menteri Besar perlu meletak jawatan kerana tidak dapat memimpin masyarakat majmuk ini. Islam itu adil untuk semua. Adil itu bukan bermaksud sama rata dan sama banyak tetapi adil adalah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. 
Sudah terlalu banyak umat Islam bertolak ansur. Perihal rumah ibadah agama lain yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sedangkan penduduk di situ adalah golongan minoriti penganut agama tersebut.
Tercatat di dalam sejarah bahawa tidak ada ajaran yang lain dapat menandingi Islam dalam memelihara hak-hak kemanusiaan. Allah S.W.T menjelaskan di dalam surah Al-Hajj ayat 40 bahawa jika bukan Dia yang menolak keganasan sudah tentu rumah-rumah ibadat telah dirobohkan:
وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَٰتٌ وَمَسَٰجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا ٱسْمُ ٱللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ

“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Saidina Umar R.A pernah menulis kepada penduduk Baitul Maqdis mengenai kebebasan beragama dan keselamatan gereja mereka, Khalid Al-Walid kepada penduduk Damsyik, Syurahbil bin Hasanah kepada penduduk Tabariah dan begitu seterusnya sehingga hari ini perkembangan Islam telah menjamin kebebasan beragama dan rumah ibadat bukan-Islam.
Sebaliknya sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam paling banyak menghadapi isu perobohan masjid yang berlaku di tempat minoriti Muslim di seluruh dunia. Isu Masjid Babri yang menjadi sejarah hitam umat Islam India, begitu juga isu Baitul Maqdis sehingga sekarang masih belum selesai. Kita juga tidak lupa dengan penderitaan sahabat kita di Arakan yang dibunuh dan dihalau daripada kampung halaman mereka. Sepatutnya mereka bersyukur di atas nikmat berada di bawah pemerintahan Islam. Islam mengajar kita untuk berlaku adil kepada semua bangsa dan agama.
Pihak kami memberi amaran keras kepada veteran dan penasihat DAP Lim Kit Siang supaya jangan melanggari lampu isyarat. Kami umat Islam ada batasnya. Lembut bukan untuk dipijak, tegas bukan bererti sombong.
Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah selari dengan Badan Perhubungan PAS Kedah memberi sokongan penuh atas gesaan YAB Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor supaya Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP membayar kepada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM50 juta setahun ke atas setiap penggunaan sumber air sebanyak 1,100 juta liter sehari (MLD) berbanding penggunaan Negeri Kedah hanya sebanyak 800 juta liter sehari.
Akhirnya, kita menilai YAB Menteri Besar Kedah bagai seorang pemain bola sepak yang digeruni lawan sehingga dikepung kiri dan kanan kerana keupayaannya menjaringkan gol. Kami mengucapkan ‘Siru Ala Barakatillah’ dan kami doakan semoga YAB Menteri Besar serta barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah terus maju kehadapan. Sesungguhya hentaman dan tohmahan itu semua adalah petanda kerajaan kita berada pada landasan yang betul.
(*) SYEIKH MOHAMAD RODI ABDUL RAHMAN-Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
 – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/seru-mb-kedah-terus-maju-di-sebalik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

Cerita Sebalik Berita Caj Air Mentah Babitkan Kedah Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 272 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Kerajaan Pn Perak Perlu Terus Dipertahan Umno

Kerajaan Pn Perak Perlu Terus Dipertahan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 291 hits
110 total views 109 views today KUALA LUMPUR Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini memutuskan kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO PAS dan Bersatu perlu terus dipertahankan Perkara itu...
Sunnah Nabi Kunyah Makanan Betul2 Ni Tak Roti John Sebatang Ngap Terus Ustaz Syamsul Debat Lawak

Sunnah Nabi Kunyah Makanan Betul2 Ni Tak Roti John Sebatang Ngap Terus Ustaz Syamsul Debat Lawak

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 343 hits
Sunnah Nabi Kunyah Makanan Betul2 Ni Tak Roti John Sebatang Ngap Terus Ustaz Syamsul Debat Lawak Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Masih Banyak Masalah Kpk Terus Kawal Bansos Covid 19

Masih Banyak Masalah Kpk Terus Kawal Bansos Covid 19

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 195 hits
Ipi mengatakan pihak lembaga antirasuah masih banyak menerima laporan persoalan dalam bansos melalui aplikasi JAGA Bansos Menurut Ipi baik pemerintah pusat maupun daerah kurang transparan dalam penyaluran bansos
Elaun Khas Rm500 Akan Terus Diperjuangkan Fahmi Fadzil

Elaun Khas Rm500 Akan Terus Diperjuangkan Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 173 hits
Elaun khas RM500 kepada barisan hadapan akan terus diperjuangkan kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil Beliau yang pernah membawa isu berkenaan sewaktu perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021 telah meminta jumlah RM500 diberi buk...
Veteran Sarawak 80 Tahun Keluarga Terus Bergelut Tanpa Kewarganegaraan

Veteran Sarawak 80 Tahun Keluarga Terus Bergelut Tanpa Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 265 hits
Bekas anggota Sarawak Border Scout Basar Arun dan isterinya Serlen Rining bersama aktivis Agnes Padan PETALING JAYA Hati Agnes Padan seorang aktivis pilu apabila melangkah masuk ke rumah usang milik Basar Arun 80 di Batu Mulong di Lawas Sar...
Hiburan Mula Perlahan Jangan Hari Pertama Terus Gear Lima Usah Takut Bersenam Dr Say Pesan Supaya Ikut Kemampuan Diri

Hiburan Mula Perlahan Jangan Hari Pertama Terus Gear Lima Usah Takut Bersenam Dr Say Pesan Supaya Ikut Kemampuan Diri

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 307 hits
Mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpa penyanyi Amira Othman baru baru ini pengacara program My Doktor Dr Say Shazril tampil menyampaikan pesanan kepada orang ramai agar jangan takut bersenam asalkan tidak melebihi kemampuan diri T...
Anwar Ibrahim Perlu Terus Pimpin Ph Pengganti Dikenalpasti Sekarang

Anwar Ibrahim Perlu Terus Pimpin Ph Pengganti Dikenalpasti Sekarang

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 215 hits
1 GERAK98 menolak sebarang usaha menggantikan Dato Seri Anwar sebagai Ketua PH 2 GERAK98 percaya usaha ini dilakukan oleh musuh2 reformasi yang mahu melemahkan agenda reformasi dinegara ini 3 GERAK98 menyeru pimpinan dan ahli2 parti2 PH tid...
Gencatan Senjata Di Perak Tetapi Persaingan Politik Terus Berjalan

Gencatan Senjata Di Perak Tetapi Persaingan Politik Terus Berjalan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 205 hits
December 12 2020 8 00 AMDengan Saarani Mohamad di kerusi menteri besar dan Umno kembali berkuasa perubahan kerajaan dijangka tidak akan berlaku sehingga pilihan raya akan datang PETALING JAYA Krisis politik di Perak yang menyebabkan tiga pa...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari