Sertai Universiti Diiktiraf 50 Terbaik Dunia
Monash University Malaysia adalah kampus ketiga terbesar Monash University, dan menawarkan kurikulum sama seperti di Australia.Monash University merupakan institusi pembelajaran global yang cukup berdedikasi terhadap penguasaan ilmu dan membawa perubahan. Ia menyasarkan untuk memperkasakan pelajar dengan matlamat hidup lebih bermakna, pandangan hidup global, selain kemahiran dan keyakinan mencukupi untuk membawa perubahan positif dunia masa depan.
Universiti itu baru-baru ini melonjak 13 anak tangga ke tempat ke-44 di peringkat global dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2023 yang berprestij, selain meraih pencapaian terbaiknya dalam penarafan terkemuka, US News and World Report (USNWR) 2022-23 Best Global Universities Rankings, apabila naik tiga tempat menjadi yang ke-37 di dunia. Semua penarafan ini mengukuhkan nama Monash University sebagai institusi penyelidikan dan pendidikan terkemuka dunia.
Matthew Nicholson.Presiden dan Pro Naib Canselor Monash University Malaysia Prof Matthew Nicholson berkata, “Monash University secara konsisten telah diiktiraf sebagai universiti bertaraf dunia, dan penarafan terbaru ini mengesahkan kedudukan kami sebagai antara 50 universiti terunggul dunia. Ia membuktikan kehebatan kualiti tenaga kerja kami, serta kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan yang mendefinisikan hala tujuan kami. Monash University Malaysia, yang bakal menyambut ulang tahun ke-25 pada 2023, sesungguhnya bangga menjadi sebahagian daripada rangkaian kecemerlangan global Monash University.”
Adakah penarafan itu penting?
Sudah pasti! Menurut Naib Presiden (Pendidikan) Monash University Malaysia Prof Beverley Webster, kriteria yang dipertimbangkan dalam menobatkan penarafan ini termasuk pengalaman pelajar, kualiti tenaga kerja dan graduan, jumlah penyelidikan dilakukan, dan pengantarabangsaan komuniti kampus.
“Beberapa langkah baharu termasuk kesan penyelidikan dilakukan terhadap masyarakat, kesihatan dan alam sekitar, fokus terhadap etika dan inklusi, serta tanggungjawab sosial institusi berkenaan.”
Beverley Webster“Pilihan anda pasti universiti yang menghasilkan graduan dengan peluang tinggi mendapat pekerjaan baik, menjadi pemimpin di masa depan, dan memiliki kebolehan serta peluang untuk membawa perubahan bukan saja dalam masyarakat setempat malah juga secara umum. Anda mahu menyertai universiti yang mempunyai reputasi dan penglibatan tinggi dalam menjalani penyelidikan cemerlang serta membawa impak,” kata Webster.
Universiti bertaraf dunia di Malaysia
Monash University Malaysia merupakan kampus ketiga terbesar Monash University. Pelajar menjalani kurikulum sama ditawarkan di Australia yang memberikan mereka kelayakan terunggul, seterusnya berpeluang memperoleh ijazah antarabangsa ulung dalam negara ini, dari universiti yang ditarafkan ke-57 di peringkat dunia dalam 2023 QS World University Rankings.
Monash University Malaysia telah berjaya mengintegrasikan pembelajaran bersama pengalaman nyata, dengan turut merangkumi latihan amali dan “pendidikan berasaskan industri” lain yang membolehkan pelajar maju dalam kerjaya pilihan mereka seterusnya meraih jawatan kepimpinan. Ini selanjutnya membuka ruang untuk mereka membawa perubahan dalam masyarakat di mana mereka bekerja.
“Monash University Malaysia menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan lestari dengan sokongan teguh terhadap pembangunan teknologi, ekonomi, sosial dan politik. Bukan sekadar bergantung kepada model pengajaran dan pembelajaran tradisional berasaskan kuliah, malah fakulti kami menggalakkan pelajar bekerjasama dengan rakan sebaya dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif menerusi pelbagai pendekatan.
“Ini termasuk kerja projek, bengkel reka bentuk penyelesaian masalah dan kerja makmal, pembentangan dan seminar yang diketuai pelajar, pembelajaran berasaskan masalah, pembangunan kemahiran profesional, serta pembelajaran berasaskan inkuiri aktif,” kata Webster.
Sepanjang wabak Covid-19, Monash University Malaysia banyak melabur ke arah pendidikan dalam talian yang unggul diikuti pembelajaran hibrid, selain bermurah hati menawarkan geran belajar dan sokongan kecemasan kerana maklum cabaran dihadapi pelajar.
“Kami terus melabur terhadap menggiatkan semula infrastruktur kampus serta meningkatkan keupayaan sistem kami. Ini termasuk mewujudkan ruang pembelajaran dan pengajaran aktif demi pengalaman pembelajaran mendalam, menggiatkan kemudahan pembelajaran dan riadah, serta meningkatkan sistem pembelajaran dan pengajaran dalam talian kami.
“Lebih banyak projek kini sedang dirancang, dan kami teruja untuk terus menginovasi ruang baharu serta melabur dalam teknologi terkini, bagi memastikan pengalaman pelajar yang menggambarkan sebuah universiti bertaraf dunia,” kata Nicholson.
Penyelidikan membawa impak
Monash University Malaysia merupakan sebahagian penting daripada rangkaian pendidikan tinggi antarabangsa yang menetapkan sasaran untuk membawa perubahan di dunia menerusi kajian dan penyelesaian yang memberi impak, demi memperbaiki masyarakat global. Pelan strategik baharu Monash University, Impact 2030, menggariskan bagaimana ia akan menangani cabaran-cabaran ini secara aktif, menerusi penyelidikan dan pendidikan, dengan kerjasama kerajaan, industri, alumni, penyumbang, dan masyarakat.
“Impact 2030 melakarkan cara universiti ini menyumbang secara aktif dalam menangani cabaran global di zaman ini, termasuk menyokong tindak balasnya terhadap perubahan iklim, memelihara keselamatan geopolitik, dan memupuk masyarakat yang berkembang maju. Lebih penting lagi, kami berazam untuk sentiasa cemerlang, antarabangsa, berdaya usaha, dan inklusif dalam setiap apa yang kami lakukan,” kata Nicholson.
Monash University Malaysia mempunyai beberapa projek penyelidikan yang terpuji. Urbanisasi global dan pengindustrian mengakibatkan jejak karbon teruk yang kekal dalam alam sekitar, seterusnya wujud keperluan untuk beralih daripada ekonomi berasaskan karbon seperti diamalkan kini.
Prof Chong Meng Nan dari Sekolah Kejuruteraan mengetuai pasukan penyelidik kebangsaan dan antarabangsa yang mengusahakan pembangunan sistem nanoteknologi lanjutan bagi menghasilkan bahan bakar hidrogen solar hijau (H2) dan bahan kimia C1-C4 yang berguna. Apabila bahan H2 terbakar, ia menghasilkan tenaga dan air sebagai bahan sampingan tanpa pelepasan karbon, yang sudah pasti memanfaatkan alam sekitar.
Dr Alice Chuah Lay Hong dari Sekolah Farmasi mengetuai ciptaan Tocoheal, bahan pembalut semua-dalam-satu baharu sarat dengan agen pemulihan luka, tokotrienol vitamin E, dan formulasi polimer terbiodegrasi mampan. Produk itu telah menjalani ujian makmal dan terbukti membantu luka pulih dengan lebih cepat berbanding luka yang tak dirawat atau sekadar dilitup menggunakan pembalut kasa. Keupayaan pesakit menguruskan sendiri balutan akan membolehkan hospital-hospital memfokuskan perbelanjaan ke arah perkara lain yang lebih penting, seterusnya memberi kesan positif terhadap 8.1 juta orang yang mengalami luka di seluruh dunia.
Dr Anuja Dharmaratne dari Sekolah Teknologi Maklumat dan pasukan penyelidiknya pula sedang mengusahakan alat anotasi video pertama seumpamanya menggunakan ekspresi mikro, “facial action units”, dan corak pertuturan untuk mencapai analisis tingkah laku menggunakan kaedah berasaskan Kecerdasan Pintar. Motivasi menjalani projek penyelidikan itu tercetus selepas melihat kepada gangguan psikologi yang meluas dalam kalangan golongan muda.
Dr Chiew Yeong Shiong dan pasukan penyelidiknya dari Sekolah Kejuruteraan telah mereka sistem pemantauan rangkaian bagi rawatan penjagaan intensif ventilasi mekanikal, melibatkan pesakit yang mengalami kegagalan respiratori — CARENet. Pasukan itu mengguna pakai kaedah berasaskan model dan kecerdasan pintar (AI) terkini untuk menganalisis data pesakit. Prototaipnya juga telah menjalani ujian klinikal di sebuah hospital tempatan. Kajian itu menyediakan peluang untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam terhadap keadaan pesakit, seterusnya memanfaatkan pesakit dan individu yang mengalami kegagalan respiratori di seluruh dunia.
Penyelidik menggunakan kaedah berasaskan model dan kecerdasan buatan (AI) terkini untuk menganalisis data pesakit.Pada masa ini, kadar penghasilan sisa plastik jauh mengatasi kadar penguraian plastik. Ini pasti membimbangkan kerana mampu mengakibatkan ketakseimbangan dalam biom seterusnya menyebabkan pencemaran air berlaku. Mengambil kira perkara itu, Dr Thoo Yin Yin dan pasukannya dari Sekolah Sains telah menghasilkan pembungkus makanan terbiodegradasi yang mempunyai sifat serupa dengan bungkusan berasaskan petroleum sedia ada. Bungkusan “biopolymer-film” generasi baharu itu menyasarkan supaya ini digunakan secara menyeluruh kerana kaedahnya yang inovatif, boleh skala, dan berdaya saing dari segi kos.
Prof Teh Pei Lee dari Sekolah Perniagaan memupuk Makmal Geronteknologi sejak 2016, dan berusaha untuk mengembangkannya menjadi hab premier kebangsaan bagi penyelidikan Geronteknologi yang mempunyai capaian serta jejak global, ke arah membaiki kehidupan golongan berusia.
Ini sekadar beberapa contoh penyelidikan berimpak yang diusahakan di Monash University Malaysia, di mana pelajar meresap dalam persekitaran penyelidikan intensif. Tenaga pengajarnya merupakan penyelidik aktif yang mendedahkan golongan pelajar ini kepada hasil penyelidikan canggih dilakukan mereka setiap hari.
Memastikan graduan bersedia untuk masa depan
Monash University Malaysia cukup berdedikasi menyediakan pelajar menghadapi budaya kerja pada masa depan. Universiti itu melatih pelajar mencari penyelesaian dengan kemahiran fleksibel yang dapat menyediakan mereka menghadapi ketaktentuan dan gangguan di masa akan datang.
Satu contoh baik adalah kejayaan kolaborasi Prof Madya Ramakrishnan Narayanan dengan LabLands di Sepanyol untuk melaksanakan makmal jarak jauh bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan untuk mereka yang belajar di rumah. Kolaborasinya bersama pakar akademik dari luar negara bagi projek ini telah berjaya meraih Anugerah Global Online Laboratory Consortium (GOLC) Online Lab 2021 untuk makmal jarak jauh.
Sebuah Makmal E-Pembelajaran Anatomi dan Patologi Perubatan bersifat futuristik yang dipertingkat dengan teknologi di Monash University Malaysia juga satu lagi contoh baik membuktikan falsafah ini. Makmal itu direka untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif, apatah lagi kerjasama berpasukan merupakan kemahiran penting yang perlu diterapkan dalam setiap pelajar. Ia diintegrasikan dengan ekosistem pembelajaran aktif dirangkaikan dengan komputer meja pelbagai fungsi sentuhan serta rangkaian meluas sumber pembelajaran anatomi dan patologi. Ia menyediakan pengalaman pembelajaran imersif lagi menarik untuk pelajar perubatan Monash.
Ekosistem dan sumber pembelajaran menawarkan pengalaman yang menyeluruh dan menarik untuk pelajar perubatan Monash.Teknologi bilik darjah membantu pelajar berkongsi pengalaman pembelajaran bersama rakan sebaya. Guru menjadi fasilitator dan pembimbing, bukannya sebagai satu-satunya sumber ilmu. Pembelajaran aktif dan menarik merupakan kaedah terbaik untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran yang bakal dilalui apabila bekerja kelak.
Monash University Malaysia telah bertapak di Malaysia selama 24 tahun, malah adalah universiti asing pertama di negara ini. Sejarah Monash yang begitu lama dan teguh ini dapat dilihat menerusi keupayaannya untuk benar-benar memahami pasaran tempatan dan serantau. Penyelidikannya diperkukuh menerusi kolaborasi global bersama industri dan kerajaan, manakala skor pendapatan industri yang diperbaik mengetengahkan kejayaan hubungan-hubungan ini. Monash University Malaysia juga telah menganugerahkan biasiswa bernilai RM200 juta kepada penerima bertuah sepanjang 10 tahun ini.
Jika anda bersemangat menangani cabaran asas yang dihadapi dunia, Monash University Malaysia sememangnya tepat untuk anda. Anda mampu mendapatkan pendidikan bertaraf dunia tanpa perlu mengembara jauh! Sertai Application Day kami pada 17 Dis 2022, 11.00 pagi hingga 4.00 petang di Monash University Malaysia. Dapatkan butirannya di www.monash.edu.my. - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/12/sertai-universiti-diiktiraf-50-terbaik.html