Sertai Komuniti Lyndung Untuk Bil Perubatan Yang Lebih Murah



Assalamualaikum korang. aku bukan ejen takaful. aku cuma nak berkongsikan hal menarik dengan pembaca blog aku. korang pernah dengar tentang Lydung? menariknya Lyndung bukanlah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan takaful atau insurans. ia lebih kepada sebuah komuniti yang membantu meringankan beban sesama ahlinya dalam menyelesaikan bil perubatan secara sama rata.


Pengenalan Lyndung
Lyndung telah diasaskan dan di urus tadbir oleh Lyndung Sdn Bhd (1454883-V) dan kewujudan Lyndung adalah bertujuan untuk menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang kurang mampu. Korang yang berminat nak menyertai program komuniti Lyndung tidak perlu merasa was was kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung

Adalah menjadi sebuah kewajipan sebagai rakyat untuk memiliki medikal card atau insurans bagi melindungi diri sendiri / keluarga/ atau bergantung kepada jenis perkhidmatan yang korang ambil. namun boleh dikatakan ramai yang tidak cakna tentang ini. antara penyebab terbesar tidak memiliki medikal card atau insurans adalah kerana bayaran bulanannya agak tinggi dan terasa beban untuk dibayar. aku lah tu. dah tiga kali aku bertukar ejen dan sekarang tiada apa - apa

Namun dengan wujudnya Lyndung, ini dapat membantu meringankan beban masyarakat (komuniti Lyndung) yang menghadapi masalah dalam kewangan. Lyndung menawarkan sebuah program bersifat komuniti; ahli komuniti Lyndung akan berkongsi bil perubatan sesama ahli secara sama rata yang patuh syariah. 
Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka, malah ahli juga dapat beramal dengan bersedekah dan sama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan


Bagaimana Lyndung Membantu MasyarakatJika pada bulan Mac terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. Ini menjadikan perkongsian pada bulan tersebut adalah RM50 seorang. sumbangan perkongsian ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal.  
Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka. 


Cara Menyertai Komuniti Lyndung

Daftar sebagai ahliPenyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang tidak bepenyakit berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan cara mendaftar secara dalam talian (online) menerusi e-Kyc. Lyndung adalah penyelesaian terbaik kerana ia menawarkan yuran yang sangat murah untuk ahlinya dengan kadar rm10 sebulan atau rm120 setahun. 
Selain itu, ahli juga perlu memberikan sumbangan awal sebanyak rm100 yang akan digunakan sebagai perkongsian bil perubatan ahli yang lain

Kongsi bil perubatan bersama ahli komunitiBil perubatan akan dikongsikan sama rata bersama ahli komuniti yang lain. 
Tempoh menunggu 60 hariTempoh menunggu pertama adalah 60hari. tempoh ini bermula sebaik sahaja pendaftaran sebagai ahli Lyndung berjaya. semasa di tempoh menunggu, korang layak berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000. 
Selain itu, jika ahli Lyndung meninggal dunia waris ahli akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. bantuan khairat kematian ini akan diterima sebaik sahaja waris telah mengesahkan identitinya sebagai waris dan kematian ahli Lyndung tersebut kepada Pentadbir Program. 
tempoh menunggu 180 hariTempoh menunggu kedua bermula pada hari ke 61 sehingga hari ke 180. semasa tempoh menunggu ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah layak untuk dikongsikan. perkongsian bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah sehingga RM1 juta setahun. ** bil perubatan untuk penyakit khusus tidak termasuk di dalam tempoh menunggu ini. 
Tempoh Menunggu Selesai Selepas tempoh 180 hari tamat, korang akan layak untuk berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan. perkongsian bil perubatan ini adalah sehingga RM1 juta setahun. 
Setelah tempoh menunggu selesai, jika korang memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang sebagai pesakit luar, korang juga boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM100,000. Selain itu, korang (Penerima) juga boleh berkongsi bil untuk permindahan organ bersama ahli komuniti sehingga RM20,000



Manfaat Lyndung
Banyak kelebihan dan manfaat jika kita menyertai komuniti Lyndung. dengan hanya RM10 setiap bulan, ramai orang akan dapat menikmati manfaat perlindungan perubatan dan rawatan di hospital. bulanannya juga sangat rendah dan murah. 
Antara kelebihan dan manfaatnya ialah:
Bil Perubatan Kemalangan
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.

Bil Perubatan
-RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.

Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.

Pemindahan Organ
- RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.

Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.

Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.

Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.

Bilik Dan Makanan Hospital
- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.

Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.


Kelebihan Menyertai Komuniti LyndungYuran keahlian yang rendah dan murah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun. Ahli komuniti berkongsi bil perubatan untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik. Kemasukan ke hospital, termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh syarikat Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) yang bereputasi tinggi, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian sokongan 24 jam. Lebih dari 200 panel hospital termasuk Sabah dan Sarawak. > senarai hospital Amanah Warisan Berhad sebagai syarikat pemegang amanah untuk menguruskan Sumbangan Perkongsian. Ahli komuniti berpeluang beramal dengan cara membantu ahli lain yang memerlukan rawatan perubatan. 
Info Lanjut Lyndung.myAlamatLyndung Sdn. Bhd. 18A, Jalan Pinggiran Putra 4A/4, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, SelangorWaktu operasi: 10:00 AM - 5:00 PM (Isnin hingga Jumaat) Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Laman web: Lyndung.MyEmel: [email protected]
Facebook: LyndungInstagram: LyndungWhatsapp: 0137813224Telegram: @LyndungSupport 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/07/sertai-komuniti-lyndung-untuk-bil-perubatan-yang-lebih-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung

Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 289 hits
Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya 22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan dengan 43 peratus mengakui tidak mampu memiliki insurans perubatan dan kesihatan Satu jumlah yang aga...
Lyndung Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

Lyndung Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 194 hits
Tentang Syarikat Lyndung Sdn BhdProgram Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 14 Mac 2021 Lyndung Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn...
Dilapor Bercinta Dengan Lelaki 12 Tahun Lebih Tua Pihak Hwasa Mamamoo Akhirnya Buka Mulut

Dilapor Bercinta Dengan Lelaki 12 Tahun Lebih Tua Pihak Hwasa Mamamoo Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 173 hits
Pastinya ramai ternanti nanti perkembangan terbaru mengenai gosip cinta melibatkan Hwasa MAMAMOO kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru agensi barunya iaitu P NATION telah memberikan kemas kini mengenai khabar angin bahawa idola tersebut sudah 5 tah...
Tahallul Dengan Cukur Botak Lebih Besar Pahalanya

Tahallul Dengan Cukur Botak Lebih Besar Pahalanya

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 263 hits
Ada dua cara tahallul ketika haji dalam tahallul awal dan ketika selesai umrah yaitu cukur botak ataukah cukur pendek Keduanya sama sama dibolehkan tetapi cukur botak lebih besar pahalanya
Pkr Kedah Ph Tanding Lebih Kerusi Di Kedah

Pkr Kedah Ph Tanding Lebih Kerusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan dijangka bertanding 20 kerusi manakala Barisan Nasional bertanding 15 kerusi menjelang PRN Kedah kata Pengarah Pilihan Raya PKR negeri Phahrolrazi Zawawi Katanya bagaimanapun satu lagi baki kerusi ...
Bulan Julai Telah Tiba Belum Terlambat Untuk Hidup Lebih Baik

Bulan Julai Telah Tiba Belum Terlambat Untuk Hidup Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 319 hits
Tiada istilah terlambat untuk berubah Bulan Julai dah menjelmakan sinarnya Apa yang anda nak ubah dalam masa ke depan ini Yang lepas kita biarkan je benda dah berlaku Kita pandang ke depan sambil muhsabah perkara yang lepas Khilaf kelmarin ...
Hiburan Tragedi Aidiladha Insiden Rempuhan Terowong Al Muassim 1990 Lebih 1000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

Hiburan Tragedi Aidiladha Insiden Rempuhan Terowong Al Muassim 1990 Lebih 1000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 242 hits
Hari ini seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dan dengan penuh rasa kesyukuran kita meraikannya bersama orang tersayang Namun dalam pada kita bergembira itu janganlah dilupa mereka yang sudah meninggalkan dunia ini tidak kiralah...
Usia Orang Korea Selatan Kini Jadi Lebih Muda Kok Bisa

Usia Orang Korea Selatan Kini Jadi Lebih Muda Kok Bisa

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 172 hits
Mulai 28 Juni 2023 usia setiap orang di Korea Selatan kini secara resmi menjadi lebih muda sekitar satu atau dua tahun Ini penyebabnya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi