Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung


Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya 22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan dengan 43 peratus mengakui tidak mampu memiliki insurans perubatan dan kesihatan. Satu jumlah yang agak besar! Bayangkan situasi luar jangka atau kecemasan ini berlaku pada diri korang seperti masalah kesihatan yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau kemalangan yang memerlukan pembedahan segera. Worst case scenario, korang salah seorang daripada mereka yang tidak memiliki sebarang talian hayat medical card atau insuran

Memang tak dinafikan perlindungan takaful memerlukan contribution bulanan/tahunan yang tinggi. Saya secara personal memang agak terasa dengan bayaran RM300 setiap bulan untuk insuran perubatan dengan sebuah syarikat insuran. Secara tak langsung, ianya telah mengganggu aliran tunai bulanan dan menyebabkan wujudnya rasa bebanan, lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan sederhana

Platform perkongsian komuniti untuk bil perubatan serendah RM10 sebulan dengan pelbagai jenis perkongsian manfaat perubatan untuk dinikmati.
Memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, program perkongsian komuniti untuk bil perubatan telah ditubuhkan oleh Lyndung Sdn. Bhd. Program ini diasaskan dengan harapan dapat membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka dan menjadikan kemudahan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses dan berpatutan

Lyndung Sama Seperti Insuran  Atau Takaful Medical Card?Kalau korang pertama kali dengar mengenai Lyndung, mesti korang fikir ianya sama seperti takaful atau insuran medical card yang lain. Sebenarnya tidak. Hanya fungsinya sahaja yang sama iaitu untuk membantu client yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, tapi dari segi kos rawatan ianya jauh lebih murah dan jimat berbanding dengan medical card biasa

Shamsuddin Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung mendukung usaha pendemokrasian industri penjagaan kesihatan di Malaysia melalui program perkongsian bil ini.
Untuk pengetahuan korang, Lyndung Sdn. Bhd bukan sebuah syarikat insuran atau takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans atau takaful. Ianya merupakan sebuah platform komuniti perkongsian (community sharing) dimana jika ahli komuniti Lyndung ditimpa musibah kesihatan, mereka akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata

Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Haaa...inilah konsep yang dihidupkan oleh Lyndung. Menarik kan cara perkongsian bil perubatan sesama ahli komuniti? Nak tahu lagi, teruskan pembacaan korang

Perkongsian Bil Perubatan Patuh Syariah Melalui LyndungLyndung bukan program insuran atau takaful namun ianya sebuah platform komuniti perkongsian patuh syariah yang mana setiap peserta hanya perlu menyumbang tidak lebih dari RM50 untuk mendapatkan perlindungan perubatan & rawatan hospital bernilai RM1 juta dengan yuran keahlian serendah RM10 setiap bulan. Menarik dan sangat jimat kan

Lyndung.My ,platform perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang lebih murah.
Berikut adalah bagaimana Lyndung berfungsi:

1. Pendaftaran Ahli
Sebagai permulaan, pendaftaran hanya terbuka kepada individu sihat tanpa penyakit sedia ada berumur 18-40 tahun. Jika korang rasa terbeban dengan bayaran bulanan medical card yang mahal, Lyndung adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua kerana program ini menawarkan fi keahlian yang rendah iaitu hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun. Disamping fi keahlian, ahli juga perlu memberikan Sumbangan Perkongsian Awal sebanyak RM100 yang akan digunakan untuk perkongsian bil perubatan ahli pada masa hadapan.

Paparan grafik bagi fi keahlian dan sumbangan perkongsian awal Lydung. Untuk paparan lebih jelas, boleh klik pada gambar atau (klik disini).
2. Perkongsian Bil Perubatan  Bersama Ahli Komuniti

Bil perubatan akan dikongsi sama rata bersama ahli komuniti. Sebagai contoh, jika pada bulan Mac terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. Ini menjadikan perkongsian pada bulan tersebut adalah RM50 seorang. Sumbangan perkongsian ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal tadi

Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. Ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. Ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka. Ini kerana jika baki Sumbangan Perkongsian ahli mencecah RM50 atau kurang, ahli hendaklah menambah nilai baki Sumbangan Perkongsian kembali ke RM100

Perkongsian hanya berlaku apabila ada diantara ahli komuniti memerlukan rawatan perubatan. Klik pada gambar untuk memahami proses perkongsian bil perubatan dengan lebih jelas atau (klik disini).
Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. Dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Malah ahli juga dapat beramal dengan bersedekah, sama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan

Manafaat Menyertai Program Perkongsian Komuniti LyndungTerdapat pelbagai manafaat dan faedah yang disediakan kepada ahli yang mendaftar dengan Lyndung. Selain daripada perkongsian membiayai kos rawatan perubatan lebih dari 200 panel hospital kerajaan dan swasta termasuk Sabah dan Sarawak, korang juga akan mendapat manafat lain mengikut tempoh menunggu atau Waiting Period

Tempoh Menunggu adalah suatu tempoh masa di mana ahli Lyndung perlu menunggu sebelum kesemua manfaat program boleh dikongsikan. Tujuan tempoh menunggu ini diterapkan ke dalam program adalah untuk memastikan korang berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit kritikal ketika menyertai program, demi menjaga integriti program ini

Terdapat tiga jenis tempoh menunggu yang ahli perlu lalui


Tempoh Menunggu 60 Hari
Tempoh menunggu yang pertama adalah selama 60 hari. Tempoh ini akan bermula sebaik sahaja pendaftaransebagai ahli Lyndung berjaya. Semasa di tempoh menunggu ini, korang layak untuk berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000

Selain itu, jika ahli Lyndung meninggal dunia, waris ahli akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. Bantuan khairat kematian ini akan diterima sebaik sahaja waris telah mengesahkan identitinya sebagai waris dan kematian ahli Lyndung tersebut kepada Pentadbir Program


Tempoh Menunggu 180 HariTempoh menunggu kedua bermula pada hari ke 61 sehingga hari ke 180. Semasa tempoh menunggu ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah layak untuk dikongsikan. Perkongsian bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah sehingga RM1 juta setahun. Bil perubatan untuk penyakit khusus tidak termasuk di dalam tempoh menunggu ini.


Tempoh Menunggu Selesai
Setelah Tempoh Menunggu 180 Hari tamat, korang akan layak untuk berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan. Perkongsian bil perubatan ini adalah sehingga RM1 juta setahun.

Setelah tempoh menunggu selesai, jika korang memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang sebagai pesakit luar, korang juga boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM100,000. Selain itu, korang (Penerima) juga boleh berkongsi bil untuk permindahan organ bersama ahli komuniti sehingga RM20,000


Antara manafaat lain yang boleh dinikmati oleh ahli Lyndung

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, ahli Lyndung juga layak untuk mendapat manfaat seperti berikut:
a. 200 hospital panel di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawakb. Perkhidmatan servis ambulans untuk kecemasan sehingga RM250c. Bilik & penginapan hospital sehingga RM150 seharid. Pendapat kedua untuk pembedahan 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital
Senarai keseluruhan manfaat yang boleh dikongsi, senarai perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi dan senarai penyakit khusus boleh didapati di perkara 7, 8 dan 10 di dalam Manual Ahli

Pendaftaran Mudah Melalui Aplikasi Web LyndungJika korang berumur 18 - 40 tahun dan tidak mempunyai rekod masalah kesihatan lampau, korang layak untuk mendaftar program ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung. Pada masa yang sama, Lyndung juga bercadang menaikkan had umur kepada 50 tahun tidak lama lagi

Untuk pendaftaran boleh tekan pada link diberikan : Pendaftaran Program Perkongsian Komuniti Lyndung   

Proses pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 minit. Untuk panduan pendaftaran, korang boleh tengok disini jika tidak faham. (Panduan Pendaftaran Lyndung)

Korang dikehendaki memuat naik MyKad yang mana ianya adalah sebahagian daripada proses eKYC, dan korang perlu melengkapkan semua proses eKYC yang dikendalikan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. untuk menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung. Proses ini selamat untuk dilakukan kerana pihak Lyndung telah memlilih penyedia perkhidmatan yang telah melalui proses pengesahan teknologi serta mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM)

Disini juga ada dikongsikan paparan mengenai bayaran Lyndung untuk pemahaman yang lebih jelas : Harga Fi Pendaftaran Perkongsian Komunti Lyndung Untuk Bil Perubatan
Apabila telah siap daftar, korang kena pastikan Sumbangan Perkongsian (Initial Sharing Contribution) sentiasa mencukupi iaitu RM100 dan untuk terus menjadi Ahli Aktif dengan membayar Fi Keahlian (Membership Fee) bulanan sebanyak RM10 atau tahunan RM120
 
Panduan Kemasukan Ke Hospital Jika Ditimpa MusibahKorang juga akan menerima pengalaman yang serupa dengan mereka yang mempunyai medical card apabila mendapatkan rawatan di hospital. Sebagai contoh, ahli yang memerlukan rawatan boleh ke hospital kerajaan atau swasta panel eMas (rujuk disini) dan menunjukkan MyKad dan e-kad Lyndung di kaunter kemasukan hospital. Pihak hospital kemudiannya akan menghubungi TPA Lyndung untuk membuat pengesahan. Setelah pengesahan dibuat, pihak TPA akan mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan ahli tersebut boleh meneruskan untuk mendapat rawatan. 
Jadi sebahagian daripada Komuniti Lyndung untuk bil perubatan murah lebih daripada 200 panel hospital di Malaysia
Urusan mendapatkan Guarantee Letter (GL) diuruskan oleh eMAS, Exemius Medical Administration Solutions. Prosesnya adalah mirip dengan proses kemasukan ke hospital menggunakan medical card biasa

Sijil Patuh Syariah Program Perkongsian Komuniti Lyndung
Untuk pengetahuan korang, Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah pada 1 Disember 2022 daripada Tawafuq Consultancy Sdn. Bhd, menjadikan ia sebuah program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang patuh Syariah. Tambahan pula, ianya juga diurus tadbir oleh Bumiputera iaitu Shamsuddin Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung
Sijil patuh syariah yang telah diberikan kepada program perkongsian komuniti Lyndung

Perkongsian Komuniti Lyndung Di Media SosialSelain daripada itu, informasi dan maklumat mengenai perlindungan perubatan Lyndung yang serendah RM10 sebulan juga turut dipaparkan di dalam media seperti Berita Harian, Smart Investor dan Sharlife. Pada masa yang sama, pihak TV3 juga turut membuat liputan tentang Lyndung ini.

Artikel tentang Lyndung tawar perlindungan perubatan serendah RM10 sebulan yang diterbitkan di dalam Berita Harian April 2023.

Artikel dari majalah Smart Investor yang memaparkan kisah disebalik penubuhan program perkongsian komuniti Lydung oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh.
Mudah-mudahan liputan daripada pelbagai media mengenai Lyndung ini akan menjadi asbab kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan, tahu tentang program perkongsian komuniti untuk bil perubatan Lyndung.

Oh ya, kalau korang yang nak tahu maklum balas daripada ahli yang telah mendaftar dengan Lyndung, boleh klik pada bahagian testimoni (rujuk disini). Alhamdulillah, setakat ini kebanyakkan berpuas hati dengan Lyndung sebagai perkongsian komuniti yang mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dengan pelbagai manafaat yang ditawarkan.  
Jangan Bertangguh Dengan Persediaan Menghadapi Hari SakitUsah bertangguh lagi, sebab kita tak tahu bila sakit datang, tak boleh jangka kita ditimpa kemalangan dan perlukan wang yang banyak untuk rawatan. Sangat menyedihkan sekiranya terjadi kemalangan dan waris tidak terbela disebabkan oleh penangguhan yang kita lakukan.

Jika korang tak nak ada komitmen ambil medical card atas sebab-sebab kerja tak tetap, kerja kontrak atau bayaran bulanan terlalu mahal, pilihan yang sesuai dan tepat untuk cover bil perubatan ialah dengan mendaftar melalui Lyndung.My. Sekurang-kurangnya bila berkongsi bil perubatan secara sama rata dengan ahli komuniti, korang tak perlu lagi menanggung bebanan seorang diri


Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian bil perubatan ini, boleh layari laman web : Lyndung.My
Jika ada sebarang soalan atau isu yang berkaitan, boleh terus mesej :Lyndung Support (Whatsapp) 
Lyndung Support (Telegram)

Dapatkan maklumat dan informasi perkongsian bil perkongsia perubatan terkini di :
Facebook Lyndung 
Instagram Lyndung

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nicknashram.com/2023/06/httpswww.nicknashram.com202306kos-perubatan-yang-lebih-murah-dengan-program-perkongsian-komuniti-Lyndung.html.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lyndung Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

Lyndung Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 201 hits
Tentang Syarikat Lyndung Sdn BhdProgram Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 14 Mac 2021 Lyndung Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn...
Korban Di Mekah Jauh Lebih Murah Dari Malaysia

Korban Di Mekah Jauh Lebih Murah Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 191 hits
assalamualaikum korang aku nak share dengan korang berkenaan membuat ibadah korban tahukan korang apakah hukum melakukan korban hukum melaksanakan ibadan korban adalah sunat muakkad sunat muakad bermaksud sunat yang amat digalakkan tapi ken...
T23f23 Minyak Enjin Palsu Terlalu Murah Untuk Menjadi Benar

T23f23 Minyak Enjin Palsu Terlalu Murah Untuk Menjadi Benar

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 325 hits
Minyak enjin palsu akan merosakkan enjin kereta anda pemilik kenderaan diberi amaranPETALING JAYA Apabila eksekutif jualan Roger 39 terjumpa minyak enjin jenama terkenal dijual pada separuh harga dia ketagih Dia tidak teragak agak Dia seger...
Jelang Iduladha Relawan Sandiaga Gelar Bazar Murah

Jelang Iduladha Relawan Sandiaga Gelar Bazar Murah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 175 hits
Tergerak UMKM Sahabat Sandi Uno Lamongan buka bazar sembako murah untuk ringankan beban ekonomi masyarakat
Harga Emas 916 Hari Ini Mengenal Pasti Ketulenan Emas 916 Dan Tips Beli Emas Harga Murah

Harga Emas 916 Hari Ini Mengenal Pasti Ketulenan Emas 916 Dan Tips Beli Emas Harga Murah

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 324 hits
Salah satu jenis emas yang paling biasa digunakan dalam perhiasan ialah emas 916 juga dikenali sebagai emas 22 karat Angka 916 ini merujuk kepada peratusan emas tulen atau 91 6 Ini menunjukkan bahawa setiap 916 unit emas mengandungi 91 6 un...
Warga Banyuwangi Padati Gelaran Pangan Murah

Warga Banyuwangi Padati Gelaran Pangan Murah

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 196 hits
Pemerintah Kabupaten Banyuwangi menggelar pasar pangan murah di Lapangan Lugjag Kecamatan Rogojampi Senin yang merupakan bagian dari program nasional Gerakan Pangan Murah Warga sangat antusias menyambut pasar pangan murah ini hal itu bisa d...
Pengalaman Sewa Kereta Dengan Tawaran Yang Murah Pakai Aplikasi Trevo

Pengalaman Sewa Kereta Dengan Tawaran Yang Murah Pakai Aplikasi Trevo

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 301 hits
Baru baru ni saya perlukan sebuah kereta untuk ditinggalkan kepada orang rumah selama 5 hari Saya mahu ke luar kawasan dengan menggunakan kereta yang ada Walaupun ada motosikal di rumah tapi biasalah orang rumah tak akan berpuas hati jika s...
Cuci Gambar Murah

Cuci Gambar Murah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 163 hits
Cuci gambar murah Assalamualaikum dan Hai Rasa lama tak menaip dan berkongsi kisah di blog kesayangan ini Hari ni maca free sikit dan ada kerajinan untuk update blog ini Ada tak di sini suka ambil gambar dan rasanya memang semua orang suka ...
Panduan Lengkap 5 Cara Beli Tiket Flight Murah

Panduan Lengkap 5 Cara Beli Tiket Flight Murah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 350 hits
Setiap kali anda merancang untuk travel mesti benda pertama yang anda fikirkan adalah bagaimana cara beli tiket flight murah Sebagai seorang kaki travel yang sentiasa on budget saya juga memikirkan perkara yang sama Survey tiket flight meru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game