Serpihan Bangkai Pesawat Kemungkinan Mh370


SEORANG lelaki memerhatikan serpihan sayap pesawat yang dipercayai bangkai MH370 yang ditemukan di perairan kepulauan La Reunion di Lautan Hindi, semalam. – AGENSI
SAINT-ANDRE, PERANCIS 29 Julai - Penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai bahagian sayap yang dikaitkan dengan komponen Boeing 777 di kepulauan La Reunion di Lautan Hindi hari ini menimbulkan kembali spekulasi penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.
Serpihan berkenaan sepanjang dua meter yang ditemui kelihatan seolah-olah sebahagian daripada sayap ditemui oleh orang ramai yang sedang membersihkan pantai berkenaan.
Lokasi tersebut yang di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar dan kira-kira 175 kilometer barat daya Mauritius.
“Serpihan itu telah diliputi cengkerang mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air,” kata seorang saksi.
Ekoran itu, pihak berkuasa pengangkutan Perancis telah membuka siasatan bagi menyiasat bangkai pesawat berkenaan.
Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman tidak menolak kemungkinan bangkai itu milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan pada Mac tahun lepas.
Tytelman menyatakan berdasarkan gambar media tempatan terdapat “persamaan yang luar biasa antara flaperon B777 dan serpihan yang ditemui.” merujuk kepada sebuah Boeing 777 - jenis pesawat yang hilang.
Bagaimanapun, laporan media turut menyebut terdapat beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeng dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kekal komited untuk menyokong siasatan MH370 dan pencarian pesawat tersebut.
“Kami terus berkongsi kepakaran teknikal dan analisis. Matlamat kami, bersama-sama dengan industri penerbangan global keseluruhan, bukan sahaja untuk mencari kapal terbang, tetapi juga untuk menentukan apa yang berlaku dan mengapa,” kata gergasi penerbangan Amerika Syarikat itu.
Tytelman juga menyatakan komponen dengan kod rujukan BB670 mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.
“Kod ini bukan nombor pendaftaran kapal terbang, mahupun nombor siri. Namun, adalah jelas bahawa rujukan itu akan membolehkan pengenalan pesawat berkenaan dengan cepat. Dalam beberapa hari, kita akan mempunyai jawapan yang muktamad,” ujarnya. – AFP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jerukan2.blogspot.com/2015/07/serpihan-bangkai-pesawat-kemungkinan_0.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Serpihan Pesawat Sah Milik Mh370 Pm

Sidang Media Serpihan Pesawat Sah Milik Mh370 Pm

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 243 hits
Kuala Lumpur 6 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan flaperon pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370 Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarab...
Waris Mangsa Mh370 Serah 5 Serpihan Pesawat

Waris Mangsa Mh370 Serah 5 Serpihan Pesawat

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 282 hits
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke menerima serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Putrajaya hari ini Foto Mohd Fadli Hamzah PUTRAJAYA Waris mangsa tragedi MH370 menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada pesawat berkenaan yang dit...
Seorang Penumpang Tersedut Keluar Jendela Pesawat Ketika Mengudara

Seorang Penumpang Tersedut Keluar Jendela Pesawat Ketika Mengudara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 339 hits
19 11 18 Layaknya Film Final Destination Seorang Penumpang Tersedot Keluar Jendela Pesawat Saat Mengudara Grid ID Keselamatan penerbangan merupakan salah satu hal yang dinilai baik oleh publik Namun meski sudah melakukan check kesiapan sebe...
Lockheed Memulakan Pembinaan Pesawat Supersonik Quesst

Lockheed Memulakan Pembinaan Pesawat Supersonik Quesst

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 179 hits
Pesawat penumpang supersonik Concorde sudah menghentikan operasi sejak tahun 2003 Kini terdapat usaha untuk mengembalikan semula pesawat penumpang supersonik kerana keperluan pengguna yang ingin tiba ke destinasi dengan lebih pantas Untuk i...
Boeing Diminta Lebih Transparan Soal Pesawat 737 Max 8

Boeing Diminta Lebih Transparan Soal Pesawat 737 Max 8

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 261 hits
Sebagai produsen pesawat terbesar Boeing harus memberitahukan fitur atau sistem baru kepada maskapai dan pilot Jika memang teknologi baru itu memiliki kerentanan terhadap situasi tertentu sebaiknya penggunaan untuk penerbangan komersil ditu...
Dilarang China As Tetap Kirim Pesawat Tempur Ke Laut China Selatan

Dilarang China As Tetap Kirim Pesawat Tempur Ke Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 247 hits
Amerika Serikat sendiri mendorong balik dengan bersikeras akan terus terbang berlayar dan beroperasi di mana pun hukum internasional mengizinkannya
Masuk Ke Landasan Pacu Pria Rusia Tewas Tertabrak Pesawat Lepas Landas

Masuk Ke Landasan Pacu Pria Rusia Tewas Tertabrak Pesawat Lepas Landas

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 243 hits
Peristiwa tragis itu terjadi usai pria tersebut terlibat pertengkaran dalam penerbangan sebelumnya
Gugat Boeing Keluarga Korban Lion Air Jatuh Sebut Pesawat 737 Max 8 Berbahaya

Gugat Boeing Keluarga Korban Lion Air Jatuh Sebut Pesawat 737 Max 8 Berbahaya

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 239 hits
Keluarga korban Lion Air jatuh melalui Floyd Wisner dari Wisner Law Firm resmi mengajukan gugatan hukum pada The Boeing Co produsen pesawat Boeing 737 Max 8 di Pengadilan Distrik Amerika Serikat Pesawat seri 737 Max 8 dituduh tidak laik dan...
Lion Air Tinjau Ulang Pesanan Pesawat Jenis Boeing 737 Max 8

Lion Air Tinjau Ulang Pesanan Pesawat Jenis Boeing 737 Max 8

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 255 hits
Lion Air Tinjau Ulang Pesanan Pesawat Jenis Boeing 737 Max 8 Daniel juga berharap bisa segera membuat buletin atau sejenis panduan untuk pesawat jenis Boeing 737 Max 8 Pasalnya KNKT menduga ada penanganan sistem pesawat yang belum disosiali...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba