Seronok Bercucuk Tanam Cara Terbaik Untuk Hilangkan Stress
Lain orang, lain caranya untuk mengisi masa lapang atau meredakan stres. Ada yang memilih untuk berkebun ataupun bercucuk tanam.
Manfaatnya banyak. Bukan sekadar menjadi hobi untuk mengisi masalah lapang. Aktiviti sebegini juga elok untuk kesihatan mental dan fizikal.
Sis memang suka bercucuk tanam biarpun ruang tanah yang ada amat terhadap. Menggembur tanah, menyiram pokok-pokok bunga dan membuang rumput kering atau rumput liar sememangnya memberikan kepuasan tersendiri.
Rasa bahagia sangat. Kalau masa tu tengah stress, memang boleh hilang gitewww…Apatah lagi bila tengok hasil tanaman begitu cantik dan subur
Baca Juga: Jom Tanam Pudina. Senang Sangat!
Macam mana nak dapatkan tanaman yang subur? Okay, baca sini ya sis kongsikan apa yang sis tahu.
1. Pilih Media Tanaman Yang Tepat
Untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam,perkara pertama yang perlu kita tentuakan adalah media tanam yang sesuai untuk pokok-pokok yang hendak kita tanam.
Media tanam, bukan setakat tanah ya, campuran lain seperti sekam padi, sabut kelapa, serbuk kayu dan lain-lain lagi. Kita boleh juga gunakan air.
Baca Juga: Tanam Bunga Lebih Mudah Dengan Pasu Self Watering
2. Pilih Tempat Nak Tanam
Sekalipun ruang untuk bercucuk tanam terhadap, namun dengan kreativiti yang ada kita tetap boleh mempercantikan kediaman.
Sebenarnya ada banyak jenis tanaman hias yang boleh kita pilih untuk melawakan rumah. Tapi kenalah pilih tanaman atau pokok-pokok bunga yang tepat supaya senang kita nak menjaganya.
Pastikan juga kita menempatkannya di tempat yang boleh terkena sinaran cahaya matahari. Cahaya matahari yang mencukupi adalah perkara penting untuk menjaga tanaman supaya hidup subur
3. Teknik Menyiram Yang Tepat
Untuk menjaga tanaman atau pokok-pokok bunga supaya panjang usia dan hidup subur, teknik menyiram juga perlu diberikan perhatian.
Siram tanaman secara merata, tidak terlalu banyak atau sedikit. Ngam-ngam sahaja supaya aliran air tersebut dapat dipenuhi untuk tanaman kesayangan kita.
Lagi satu, jangan biarkan air bertakung pada tanaman kerana ia boleh menutup jalur oksigen untuk tanaman. Tu yang kadang-kadang batang atau akarnya membusuk dan kesudahannya tamat riwayatnya. Huhuu..huuu…
Bagi sis, pasu self-watering sangat membantu bagi kita yang tak berapa rajin bab-bab menyiram. Serius!!!
Baca Juga: Beli Pasu Self Watering Murah!
4. Pastikan Pokok-Pokok Bebas Dari Hama
Nih masalah yang paling besar dan kerap berlaku pada tanaman sis. Ada pelbagai ancaman hama dan penyakit tanaman.Biasanya hama adalah haiwan yang menyerang tanaman sehingga ianya mati ataupun menjadi tidak subur.
Yang kerap menyerang tanaman sis ialah kutu daun, kutu putih dan tungau yang mana hama ini membuatkan daun tanaman sis jadi berbintik-bintik, layu dan berubah warana menjadi coklat dan rosak.
Biasanya untuk mengatasi masalah tersebut, sis akan sembur dengan air (kisar) bawang putih yang telah dicampur dengan sabun pencuci pinggan.
5. Kerat Atau Buang Bahagian Yang Kering Dan Mati
Biasanya kalau nampak ada bahagian tanaman yang kering atau mati, sis akan segera kerat atau membuangnya. Ini adalah kerana bahagian yang rosak tersebut boleh merebak ke bahagian yang masih hidup dan elok.
Di samping itu, kalau nampak rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitarnya, jangan lupa cabut.Rumput liar boleh menyebabkan tanaman diserang penyakit
Baca Juga: Seronok Tengok Bunga Rose Jepun Hidup Subur
6. Jangan Lupa Letak Baja
Ada banyak cara atau petua untuk menyuburkan tanaman. Boleh letak baja, tak pun guna saja sisa-sisa bahan di dapur.
Antaranya air basuhan beras, ikan ataupun daging. Nak lebih elok, peramlah sehari dua. Tapi, sis memang tak sanggup hahha… bau yang menyengat tu tak lalulah.. hahahaaa..Kalau terlebih rajin untuk gun acara tu, sis tak ada peram-peram. Terus jer pergi siram.
Tak pun guna baja, dua minggu sekali sis akan tabur tanaman tersebut dengan baja yang sesuai. Gitewww…
Itulah antara cara sis bercucuk tanam dan merawat tanaman untuk mengisi masa terluang serta menghilangkan stress. Semoga bermanfaat.
Lurve, Sis Anie Mohamed
Credit Images: pexels.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/02/seronok-bercucuk-tanam-cara-terbaik.html