Masih Harga Berbaloi Tiket Masuk Ke Zoo Negara Cipta Memori Indah Bersama Anak Anak


Pengalaman bersama anak-anak dan suami pergi ke Zoo Negara. Ikutkan saya tidak mahu pergi ke Zoo Negara, apabila memikirkan harga tiket masuk ke Zoo Negara yang agak mahal bagi saya yang kurang berkemampuan. Namun lain pula jadinya, semuanya tiada dalam perancangan pun staycation kami selama 2 hari 1 malam di Shah Alam tempoh hari. 
 
Masa anak 3, kami dah pernah pergi melawat kilang coklat di Seri Kembangan.

 
 
 


 
Zoo Negara, kami datang!  Semuanya bukan dalam perancangan sebenarnya. Tiba-tiba suami buka waze di skrin dashcam kereta. Katanya lagi suami.


"Sara, Soffea dan Furqan. Nak pergi tak Zoo Negara? ada yang pergi tak ni?"


"Abang ada duit ke ni? risau betul dengan abang ni. 2 minggu lagi kita nak ke Johor pula." Sampuk saya, sambil mengingatkan suami yang tengah gembira memandu. 
 
"Insya allah. Dah alang-alang kita berada di Selangor ni, kita cipta memori anak-anak. Duit kita boleh cari nanti." 
 
"Lah, terlajak pula jalan masuk ke Zoo Negara ni ayang. Tapi takpe, kita cuba cari jalan belakang ni." Ujar suami lagi. Tapi sebenarnya bukan anak-anak yang teruja tau, suami. Sehingga boleh terlepas dari jalan masuk asal.
 
"Okay abang. Ayang ikutkan jer."
 
Lebih kurang 15 minit kami mencari jalan masuk ke Zoo Negara melalui jalan belakang. Kami telah menjumpai, kebetulan ada RELA yang jaga parking. RELA menyuruh kami memasuki pintu B iaitu yang terletak di belakang.
 Sungguh sesak pada 2 hari sebelum cuti persekolah tamat. Kiri dan kanan bahu jalan dipenuhi kereta. Suami memilih dengan membayar parking yang dkenakan RM 10.00. 
 
 
Harga tiket masuk ke Zoo Negara
  Masa masuk, kami tidak terfikirkan pun mengenai harga tiket. Langsung tidak terfikir berapa harganya. Jika terlampau mahal, kami patah balik kot. Haha. Kemudian, tiba di kaunter suami terus bertanyakan harga tiket dewasa dan kanak-kanak. 
 
Harga tiket dewasa = Rm 45.00
Harga tiket kanak-kanak = Rm 18.00
 
Kaunter dibuka ketika itu adalah 2. Iaitu bayaran secara online dan bayaran tunai. Kebetulan suami tiada tunai, kami pergi ke kaunter sebelah untuk membayar secara online. Selesai!
 
Kami dewasa 2 orang dan 3 orang kanak-kanak. Yusuf diberi masuk secara PERCUMA, sebab bawah umur 3 tahun. Kos tiket bagi kami seisi keluarga adalah sebanyak RM 144.00 
 

Tengah hari  membahang 
 
Jika diikutkan, saya malas nak masuk ke Zoo Negara waktu tengah hari ni, dengan cuaca panas di Selangor. Demi anak-anak, kami  turutkan jua. 
 
Sambil berjalan beberapa meter dari pintu masuk. Ada pula kedai menjual cenderahati. Dalam kedai ini, selain menjual cenderahati, turut dijual payung dan topi-topi. Huhuhuh. Kat sini, mak ayah memang kena standby duit. 
 
Kami pergi pun secara tanpa dirancang ke Zoo Negara. Maka, dalam kereta kami pun tiada payung. Entah lah, anak-anak ke siapa yang pergi keluarkan payung yang sedia ada dalam kereta tu.
 
Berbalik kepada cerita, anak-anak dah mula minta topi seorang satu. Dan, setiap topi bermula dengan harga RM 24.90. Yang cerdiknya, dengan mama juga mereka minta. Takpelah, niatkan sahaja untuk anak-anak agar ada rezeki lain yang masuk pula.
 
Jadi, saya mengambil hanya 2 topi sahaja. Untuk 2 orang anak dara iaitu Soffea dan Sara. Memandangkan 2 orang anak lelaki sudah ada topi yang mereka bawa dari rumah.
 
 Bila mempunyai anak perempuan, pandai betul mereka 'kecek' duit mama. Saya juga membeli sekaki payung yang berharga RM 26.90. Masuk kedai cenderahati berhabis RM 76.70.
 

4 jam kami berada dalam Zoo, berbaloi dengan tiket masuk dan harga. 
Sepanjang berada di dalam, kami berada selama 4 jam. Itu pun Soffea dah merungut. Katanya dah tak larat nak meronda lagi dalam Zoo. Seingat saya, dia jer yang mengenakan selipar untuk masuk ke dalam Zoo. Anak-anak yang lain mengenakan kasut sukan, termasuklah saya. 
 

Bagi saya, amat berpuas hati pergi ke Zoo Negara. Ini adalah kerana  menjimatkan masa dan duit kami. Boleh bermain dengan burung Kakak Tua secara dekat, rabbit, kambing,ayam dan lain-lain. Juga boleh berikan makanan. 
 
Sebenarnya kami bercadang mahu pergi ke Zoo Melaka pada percutian Raya Cina ini, tetapi nampaknya Zoo Negara lebih berbaloi kerana semua haiwan liar dan haiwan lain-lain disatukan dalam 1 tempat sahaja. 
 
Berbeza dengan Zoo Melaka, kena pergi banyak tempat selain dari tempat dinyatakan seperti taman rama-rama, taman buaya dan taman lebah. 
 

Pulang terus ke Kuantan
 
Selepas 4 jam kami berada di Zoo Negara. Suami segera bertolak terus ke Kuantan. Ikutkan, nak jer mandi bersihkan badan dahulu sebelum balik check in mana-mana hotel untuk mandi. Namun, suami sudah berbunyi. Katanya lambat sampai, lagipun esok dah hari bersekolah.  
 
Maka, berlengas lah sedikit kami ni. Ikutkan memang tak selesa. Semuanya tidak dirancang oleh kami sebenarnya, jika tahu hari pertama berada di Shah Alam bertolak awal pagi terus ke Zoo.
 

Katanya Sara, minda Yusuf ( bongsu ) terbuka selepas pergi ke Zoo Negara! banyak dia bercakap selepas pulang.


 
Percutian singkat kami berbaloi, dapat pergi ke Zoo Negara. Walaupun wishlist ni dah lama, dari anak 2 lagi. Rezeki anak ke-4, barulah sampai. Apa pun, perbelanjaan kami sebanyak RM 1,353.00 sepanjang berada di Concorde, Shah Alam dan juga jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Meliputi  tiket masuk ke Zoo Negara dan perbelanjaan makan,minum, petrol, tol dan menginap. Berkongsi bayar kami berdua selama 2 hari 1 malam.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/01/harga-tiket-masuk-Zoo-Negara-dibayar-secara-walk-in.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wulan Guritno Ungkap Masih Ingin Punya Anak Lagi Umur 41 Tahun Bukan Halangan

Wulan Guritno Ungkap Masih Ingin Punya Anak Lagi Umur 41 Tahun Bukan Halangan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 167 hits
Menurut Wulan usia kepala 4 nggak serta merta membuat manusia berhenti berjuang mewujudkan impiannya
Dataran Sejarah Ayer Keroh Berwajah Baru Rekreasi Dengan Anak Anak Dalam Suasana Indah Warna Warni Di Malam Hari

Dataran Sejarah Ayer Keroh Berwajah Baru Rekreasi Dengan Anak Anak Dalam Suasana Indah Warna Warni Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 283 hits
assalamualaikum salam sejahtera pagi ni excited nak kongsi jalan jalan kami malam tadi semalam saya kak Nurin dan Syuhada berpuasa qada maka kami berbuka ringan ringan saje lepas tunaikan solat maghrib barulah gerak keluar rumah menghala ke...
Buruh Perppu Cipta Kerja Mengulang Rezim Upah Murah Padahal Ri Negara Kaya

Buruh Perppu Cipta Kerja Mengulang Rezim Upah Murah Padahal Ri Negara Kaya

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 234 hits
Presiden Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia Said Iqbal mengatakan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang Undang Nomor 2 Tahun 2022 tentang Cipta Kerja mendorong kembali terciptanya rezim upah murah di kalangan pekerja Padahal Indonesia su...
Kemenkes Masih Tunggu Izin Bpom Beri Vaksin Covid 19 Buat Anak 6 Bulan 11 Tahun

Kemenkes Masih Tunggu Izin Bpom Beri Vaksin Covid 19 Buat Anak 6 Bulan 11 Tahun

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 116 hits
Menurut Budi begitu mendapatkan rekomendasi untuk diberikan Kemenkes akan langsung mendistribusikannya kepada anak anak usia enam bulan hingga 11 tahun dengan menggunakan vaksin jenis Pfizer
Seronok Belajar Tentang Alam Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka Taman Burung

Seronok Belajar Tentang Alam Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka Taman Burung

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 153 hits
Lumrah anak anak nak membesar mereka suka bermain dan explore perkara baru Sepanjang proses tumbesaran mereka dedahkan seberapa banyak ilmu yang boleh kerana semua itu akan menjadi pengetahuan untuk anak dalam menjalani kehidupan mereka Ken...
Sambut Birthday Anak Bersama Netizen Puji Nora Danish Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Sambut Birthday Anak Bersama Netizen Puji Nora Danish Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 334 hits
PELAKON Nora Danish menerima pujian daripada netizen apabila disifatkan sebagai seorang ibu yang baik kerana dapat membesarkan anak bersama bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai Pujian itu diberikan selepas Nor...
Selebet Tak Bergaya Surirumah Jangan Rasa Diri Tak Ada Harga Berbanggalah Jadi Pendidik Anak Anak

Selebet Tak Bergaya Surirumah Jangan Rasa Diri Tak Ada Harga Berbanggalah Jadi Pendidik Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 281 hits
Tugas sebagai seorang suri rumah memang tak mudah Walau dipandang sepi namun inilah tanggungjawab dan tugasan berterusan yang tak pernah berhenti namun paling besar manfaatnya buat anak anak Jangan sekali kali merasa rendah diri kerana tuga...
Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 209 hits
Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara gara bantuan anak Salah tu Dalam kita mendidik anak ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada diseke...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa