Serius Tanggapi Isyarat Jelas Dari Tanjung Piai


BERITA

PRK TG PIAI | PH Johor menerima keputusan keputusan di Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

“Mengambil kira kekalahan ini, PH perlu kembali semula ke paparan lakaran untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan bersama pemimpin PH Johor yang lain di Pontian malam tadi.

Bersama dalam kenyataan itu ialah Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi Amanah, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP, Liew Chin Tong; dan Pengerusi Bersatu, Mazlan Bujang.

PH Johor turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen PRK itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyifatkan keputusan malam tadi sebagai mesej jelas rakyat kepada kerajaan PH.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon BN, Dr Wee Jeck Seng, kerana memenangi kerusi parlimen itu, Anwar berkata PH menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH. Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini,” kata beliau.

Anwar turut mengingatkan pimpinan kerajaan supaya berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibawa dengan usaha positif melaksanakan janji.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kekalahan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.

“Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat. Saya memohon maaf kepada belia Malaysia atas kekurangan saya. Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan. Sekali lagi, minta maaf,” kata beliau.

Wee merampas kembali kerusi parlimen Tanjung Piai apabila diumumkan pemenang dengan majoriti 15,086 undi selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Calon BN dari MCA itu memperolehi 25,466 undi sekali gus mengalahkan pencabar terdekatnya, calon PH Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Berjasa Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Keempat-empat mereka hilang wang deposit kerana tidak berjaya mendapat 12.5 peratus atau satu perlapan dari jumlah undi.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/serius-tanggapi-isyarat-jelas-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Hari Berkempen Bayangan Wakil Rakyat Tanjung Piai Semakin Jelas

Enam Hari Berkempen Bayangan Wakil Rakyat Tanjung Piai Semakin Jelas

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 353 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Dr Wee Jeck Seng PONTIAN Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang masuk hari keenam hari ini sudah mampu menunjukkan trend jumlah pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawabnya pada 16 November...
Keputusan Prk Tanjung Piai Isyarat Kerja Lebih Kuat Ph

Keputusan Prk Tanjung Piai Isyarat Kerja Lebih Kuat Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 246 hits
PH Johor menerima keputusan pilihan raya kecil di Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti kata pengerusinya Muhyiddin Yassin Mengambil kira kekalahan ini PH perlu kembali semula ke paparan la...
Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 343 hits
Veteran rights activist Kua Kia Soong has questioned ruling politicians who justify government allocations in Tanjung Piai as the by election campaign for the Johor federal constituency heats up Kua a former MP who is the adviser to Suaram ...
Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 364 hits
Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal yakin Pakatan Harapan boleh mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai berdasarkan culaan undi yang dilakukan petugas kempen Beliau juga mengharapkan mendapat majoriti yang lebih selesa berbanding sek...
Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 421 hits
Suasana di satu simpang jalan ke Serkat Tanjung Piai PIRAKE TANJUNG PIAIKEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memanggil Najib Razak untuk membela diri ke atas ketujuh dakwaan menyeleweng dalam perbicaraan syarikat SRC International Sd...
The Political Mess In Tanjung Piai

The Political Mess In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 341 hits
I do not remember any statement of MCA that would make me think that it was a racist party But the MCA leadership is the one showing very little for it to be considered a party with strong principles and integrity to lead Malaysia Goodbye M...
Bn Dan Gagasan Sejahtera Rampas Tanjung Piai

Bn Dan Gagasan Sejahtera Rampas Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 498 hits
MUFAKAT NASIONAL MENJADI KENYATAAN jelas menyatakan ia merupakan kerjasama antara BN dan Gagasan Sejahtera bermakna ia turut melibatkan parti komponen kedua dua pihak termasuk MCA MIC Berjasa dan juga Ikatan Kira kira 500 orang kebanyakanny...
Prk Tanjung Piai Kenapa Anwar Mengaku

Prk Tanjung Piai Kenapa Anwar Mengaku

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 443 hits
Tidak pasti sama ada Anwar mahu bantu menangkan calon parti Mahathir atau sebaliknya di PRK Tanjung Piai Anwar kata penduduk Tanjung Piai akan rugi pilih pembangkang hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan prestasi PH Benar Rakyat memang...
Prktgpiai Peraturan Baru Kempen Ph Peralat Spr Sekat Jentera Bn Di Prk Tanjung Piai

Prktgpiai Peraturan Baru Kempen Ph Peralat Spr Sekat Jentera Bn Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 426 hits
Ternyata Pakatan Harapan memperalat Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyekat strategi kempen Barisan Nasional dengan harapan untuk mengelakkan kekalahan teruk parti kerajaan itu dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai kali ini kata Ahli Majlis...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Sambal Telur Puyuh Campur

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kisah Menyeramkan Kampung Sungai Lakit

Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality