Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah Yassin Senario Tak Kecil Hati Saya Akan Salahkan Diri Sendiri




Pelawak, Yassin Senario tidak berkecil hati apabila namanya sering dikaitkan dengan isu penyalahgunaan dadah meskipun tiada pengesahan atau bukti yang mengaitkannya secara sah.
Menurut Yassin, ini bukan kali pertama dirinya dikaitkan dengan dakwaan sedemikian, namun memilih untuk kekal positif dan tidak cepat melatah.
“Bukan sekali dua, saya pun ada pengalaman dulu, benda yang saya tak buat, tapi mereka… Saya tak boleh nak cakap, sekarang pula zaman netizen berhak bersuara.
“Nak kata kecil hati tu bagi saya perlu tapi saya kena fikir positif sebab saya tahu, biar orang nak cakap apa tapi perbuatan saya tidak sama dengan apa yang orang fikirkan,” katanya.
Yassin berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran program No Filter musim kedua yang dihoskan oleh penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein.
Bagaimanapun kata Yassin, dia percaya bahawa masa yang akan membuktikan segalanya dan fitnah akan hilang dengan sendirinya.

“Lama-kelamaan benda ini akan hilang, soal kecil hati ini bagi saya sekejap sahaja sebab saya bukan orang lain.
“Kerja saya pula nak menghiburkan orang, saya tak boleh nak kecil hati sebab kerja saya menggembirakan orang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yassin juga mengakui segala pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini banyak mendewasakan dirinya dan menjadikan dia lebih kuat untuk berdepan dengan dugaan hidup.
“Alhamdulillah dengan pengalaman itu jugalah yang mengajar saya. Tiada istilah kecil hati pun, saya akan salahkan diri saya.
“Apa-apa pun saya akan salahkan diri saya, saya tak akan kecil hati pada netizen sebab mereka berhak untuk berkata-kata.
“Nak cakap apa itu hak mereka, tak ada apa-apa masalah, yang penting saya tidak bercakap tentang hal mereka.
Untuk info, sejak akhir tahun lalu, ketiadaan Yassin dalam program melibatkan Senario sering menjadi tanda tanya peminat.
Apatah lagi sebelum ini media melaporkan penangkapan seorang pelawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana memiliki ganja.
Ramai mengaitkan pelawak ditahan itu adalah Yassin namun anggota Senario sendiri memilih mengunci mulut mengenai berita itu.
Pelawak tersebut dilaporkan perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Arab Saudi dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada April lalu.
Yassin kemudiannya tiba dari Jeddah ke Malaysia selepas dibebaskan dari pusat tahanan warga asing.
Saksikan No Filter musim kedua, setiap Rabu, jam 8 malam di platform Gempak, In Demand dan sooka.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/07/30/sering-dikaitkan-dengan-isu-penyalahgunaan-dadah-yassin-senario-tak-kecil-hati-saya-akan-salahkan-diri-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Takutkan Pencuri Pekebun Durian Maut Tertembak Diri Sendiri

Cuba Takutkan Pencuri Pekebun Durian Maut Tertembak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 279 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika cuba menakutkan pencuri di kebun duriannya di Kuala Klawang Jelebu semalam Lelaki berusia 67 tahun ditemukan adik iparnya dalam keadaan terbaring ti...
Warga Emas Maut Tertembak Diri Sendiri Di Kebun Durian

Warga Emas Maut Tertembak Diri Sendiri Di Kebun Durian

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 310 hits
JELEBU Seorang lelaki warga emas ditemui maut di kebun duriannya di Kuala Klawang dengan kesan tembakan dipercayai tertembak diri sendiri menggunakan senjata api buatan sendiri Apa yang berlaku Ketua Polis Daerah Jelebu Superintendan Azizan...
Kenapa Bukan Diri Sendiri

Kenapa Bukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 360 hits
17 Julai 2025 Khamis Update BlogSiapakah tiga orang yang paling kau sayang Soalan tu kedengaran senang je Otak terus ligat berfikir dan pantas memberikan jawapan Mak ayah anak Hubby adik kawan baik Jawapan macam tu biasa takde salah pun tap...
Buat Sendiri Telur Itik Masin Dalam Balang Senang Jimat Puas Hati

Buat Sendiri Telur Itik Masin Dalam Balang Senang Jimat Puas Hati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 242 hits
Menerusi perkongsian Puan resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah Sejak itu beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai Selain puas hati kebersihan juga terjaga Malah rasa telur masi...
Kecil Hati Dengan Liverpool Diaz Mahu Tinggalkan Anfield

Kecil Hati Dengan Liverpool Diaz Mahu Tinggalkan Anfield

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 306 hits
Kecil hati dengan Liverpool Diaz mahu tinggalkan Anfield DIAZ dikatakan berminat untuk menyertai Bayern Munich selepas tidak ditawarkan kontrak yang setimpal oleh Liverpool FOTO AFP Munich Bayern Munich dijangka sekali lagi membuat tawaran ...
Pesara Polis Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Edar Dadah

Pesara Polis Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Edar Dadah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 305 hits
SEREMBAN Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 573 6 gram tiga tahun lalu Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas...
Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 331 hits
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia Kini si ibu Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes peng...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway