Serang Menyerang Sesama Sendiri Dalam Kerajaan Pn




Belum sampai dua bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuasa, namun usaha untuk menjadi dominan dalam gabungan itu jelas kelihatan walaupun ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Yang paling ketara adalah serangan yang dibuat oleh para pemimpin dan menteri Umno terhadap rakan-rakan mereka dalam Kabinet PN.

Yang kasihannya, mangsa utama serangan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sebelum ini adalah perancang utama kerajaan ini.

“MITI dah nak jadi super ministry ke?” tanya veteran Umno, Tan Sri Shahril Samad menegur langkah Azmin yang mengumumkan pelbagai perkara yang bukan di bawah kawalan kementerian itu.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki juga menghalakan senjatanya kepada Azmin apabila MITI mengumumkan kebenaran beberapa sektor pekerjaan yang melibatkan warga asing dibuka ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tidakkah cukup pengalaman negara jiran Singapura yang kembali meningkat kes jangkitan baharu Covid-19 dan kebanyakannya disumbangkan oleh pekerja asing,” kata Asyraf.

Selain Azmin, pemimpin Umno juga menghalakan serangan mereka kepada pemimpin Bersatu yang lain manakala MCA pula mula menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Pas.

Datuk Azalina Othman Said terus menerus membuat serangan kepada Bersatu. Yang terbaru adalah terhadap Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Tan Sri Annuar Musa pula mengkritik dan terus mensekolahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal yang terasa berada dalam Kabinet walaupun hanya timbalan menteri.

Serangan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting terhadap Timbalan Menteri Wanita, Siti Zailah Yusof dari Pas tidak mengejutkan walaupun ia kemudiannya ditarik balik selepas tersedar.

“Maaf cakap, Siti Zailah tidak layak menjadi Timbalan Menteri KPWKM

“Hanya berdiam diri terhadap sikap kasar suami? Ini tidak boleh diterima,” tulis Nicole.

Bagi penganalisis, apa yang berlaku sekarang membuat kerajaan PN dalam keadaan yang rapuh dan boleh tumbang bila-bila masa.

Ini kerana, susunan kuasa dalam kerajaan sekarang tidak berdasarkan parti tetapi lebih kepada individu ahli parlimen berkenaan.

Oleh itu, masing-masing parti dan individu akan berusaha untuk menempatkan diri mereka agar lebih dominan dan selamat.

“Umno takkan bagi ruang untuk Bersatu berkembang,” kata penganalisis politik, Dr Abdul Latif Ibrahim ketika mengulas fenomena ini.

Bagi beliau, masing-masing pihak cuba untuk mengembangkan pengaruh mereka dalam kerajaan PN ini.

“Hari itu, mereka bersatu untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sahaja. Tetapi lepas itu akan berlakulah persaingan kuasa yang hebat.

“Semasa BN memerintah dulu, kuasa yang dominan jelas pada Umno tetapi sekarang belum tentu,” kata bekas pensyarah sains politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/serang-menyerang-sesama-sendiri-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Rapuh Dengan Serang Menyerang Antara Satu Sama Lain

Kerajaan Pn Rapuh Dengan Serang Menyerang Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 362 hits
BORHAN AHMAD Belum sampai dua bulan kerajaan Perikatan Nasional berkuasa namun usaha untuk menjadi dominan dalam gabungan itu jelas kelihatan walaupun ketika negara berdepan dengan wabak Covid 19 Yang paling ketara adalah serangan yang dibu...
Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 599 hits
KERAJAAN perlu memberi keutamaan kepada kumpulan bekerja sendiri dalam apa juga tindakan dan pemberian bantuan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan berkata kerajaan perlu menyesuaikan tindakan b...
Elak Wujud Kluster Baru Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi

Elak Wujud Kluster Baru Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 253 hits
Sidang media Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan sebentar tadi pastinya memberi kelegaan kepada sesetengah pihak terutama bagi pengusaha kedai gunting rambut Keputusan ...
Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 347 hits
Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC GLC GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi...
Pkp Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Orang Asli

Pkp Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Orang Asli

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Tohmahan mengatakan pihak kerajaan meminggirkan Orang Asli adalah tidak benar demikian kata Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli telah melaksanakan agihan bantuan bekalan makana...
Pkp Zoo Negara Terima Rm1 3 Juta Dari Kerajaan Pusat

Pkp Zoo Negara Terima Rm1 3 Juta Dari Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 296 hits
SEMUA pihak terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan bermula 18 Mac lalu dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID 19 Antara organisasi yang terkena tempias PKP ialah Zoo Negara yang mana pendapatan d...
Covid19 Sektor Ekonomi Ini Dibenarkan Kerajaan Untuk Beroperasi

Covid19 Sektor Ekonomi Ini Dibenarkan Kerajaan Untuk Beroperasi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 256 hits
Malaysia kini sudah memasuki fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berlangsung sehingga 28 April ini Bagaimanapun sepanjang tempoh tersebut Kerajaan telah membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih untuk beroperas...
Kerajaan Digesa Tangguh Spm Stpm Ke Tahun Depan Ganti Pt3 Dengan Kertas Projek

Kerajaan Digesa Tangguh Spm Stpm Ke Tahun Depan Ganti Pt3 Dengan Kertas Projek

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 304 hits
Sebuah badan pemerhati pendidikan meminta Putrajaya supaya menangguhkan peperiksaan SPM dan STPM ke tahun depan berikutan sekolah ditutup bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan berkata sekolah ...
Pengiat Filem Berharap Kerajaan Contohi Eropah Bantu Industri Filem Selepas Pkp

Pengiat Filem Berharap Kerajaan Contohi Eropah Bantu Industri Filem Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 329 hits
Pandemik Covid 19 telah memberi impak yang besar baik dari segi kesihatan dan ekonomi Antara yang terkesan adalah perniagaan hiburan dan telah menimbulkan cabaran yang belum pernah dihadapi industri filem dan televisyen Justeru itu beberapa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan