Serah Pada Takdir Zahid Ulas Tempoh Pegang Jawatan Presiden Umno


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar02 Feb 2025, 12:32 PM

Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat meramal perjalanan politiknya termasuk bila akan lepas jawatan presiden Umno disandang sejak 2018.
Zahid Hamidi mula menjadi presiden Umno sejak 2018 selepas menewaskan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
PETALING JAYA: “Saya serah kepada takdir Allah.” Itu kata Zahid Hamidi mengulas tempoh beliau akan melepaskan jawatan presiden Umno bagi memberi laluan kepada pemimpin lain dalam parti itu.

Bercakap dalam program audio siar TV3, Zahid yang mengepalai Umno sejak 2018 berkata beliau tidak boleh membuat ramalan kepada perjalanan politiknya pada masa depan.

“Ustaz agama saya pernah beri bayangan yang semua orang tahu tarikh lahir tetapi bukan tarikh mati…begitu juga dalam politik yang kita tak akan tahu bila tarikh akhir.

“Untuk buat spekulasi apa akan berlaku 10 tahun akan datang pada diri seseorang itu, saya fikir eloklah kita berbalik (serah) kepada takdir Allah,” katanya mengulas pertanyaan berhubung kedudukannya selepas ini termasuk sama ada akan melepaskan jawatannya kepada pemimpin lain, terutamanya orang muda.

Bagaimanapun beliau menjelaskan Umno tetap berusaha mencungkil bakat baharu untuk pemimpin pelapis pada masa depan.

“Sekolah patriotik bukan hanya satu jalan tetapi banyak perkara lain… dalam majlis kerja tertinggi (MKT) 50% orang baharu, 30% pemimpin Wanita pun pemimpin baharu manakala 85% Pemuda dan 97% Puteri.

“Itu adalah proses pengenerasian baru untuk pemimpin politik… dan kita tak boleh lari untuk mencari pemimpin baru.

“Mesti ada komunikasi baik antara pemimpin lama dan baru…yang baharu mesti disayangi manakala lama dihormati,” katanya.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri mula duduk di kerusi Presiden Umno selepas mengambil alih daripada Najib Razak, selepas parti yang menaungi Barisan Nasional (BN) itu tewas pada PRU14.

Beliau kemudian menewaskan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan Umno penggal 2018-2021.

Zahid mempertahankan kedudukannya itu dalam pemilihan parti pada Mac 2023, namun kali ini tanpa dicabar susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Mohamad Hasan yang menjadi timbalan Zahid sejak 2018 turut menang tanpa bertanding


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/serah-pada-takdir-zahid-ulas-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Pesan Terus Duduk Luar Salim Tegas Tetap Setia Dengan Umno

Zahid Pesan Terus Duduk Luar Salim Tegas Tetap Setia Dengan Umno

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 157 hits
Bekas ketua Umno Jempol Salim Sharif digantung keahlian enam tahun pada Januari 2023 kerana didakwa mensabotaj calon parti pada PRU15 PETALING JAYA Saya tetap sabar dan setia dengan Umno tegas bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif walaupu...
Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 520 hits
Zaid Ibrahim said money politics will flourish if Umno were to revert to its system where only 3 000 delegates decide on the party leadership PETALING JAYA Former law minister Zaid Ibrahim has poured cold water over a suggestion for Umno to...
Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 371 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 31 2025 2 05 PMMajlis Ulama Umno memperingatkan menteri bukan Islam lebih berhati hati memberi ulasan berkaitan perkara yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam Perkara itu kata badan itu bagi mengelakkan p...
Tun M Attracts More Criticism From Umno For Calling The Party Lalat

Tun M Attracts More Criticism From Umno For Calling The Party Lalat

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 262 hits
DEPUTY Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi is the latest UMNO figure to criticise former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad who compared the party to a fly or lalat in the Madani government Zahid today said he only respects ...
Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com30 Jan 2025 11 00 AMUmno perlu pertimbang sebaiknya jika ingin kembali kepada pemilihan kaedah lama yang berisiko beri kesan negatif Umno kini berdepan satu dilema yang boleh memberi kesan besar terhadap kredibiliti dan...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Honda Bangunkan Roket Boleh Guna Semula Seperti Roket Elon Musk

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jelak Baca Berita Warga Asing Di Jalan Silang Ni Wayang Jangan Tertipu

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

Cuaca Yang Sukar Diramal

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit