Serah Baton Siapa Bohong Siapa Tidak


Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz nafi dakwaan Wan Saiful Wan Jan bahawa Muhyiddin Yassin pernah bersetuju untuk berundur dan serah jawatan presiden kepada Hamzah Zainudin.
Kawan lama teks saya lagi. Kawan sama yang hantar pesanan teks menerusi aplikasi WhatsApp tempoh hari untuk beritahu orang nombor dua Bersatu, Hamzah Zainudin, sudah ‘saiko‘ orang nombor satu Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengenai jawatan presiden.
Kali ini teks berbunyi: “entah betul entah tidak Muhyiddin cakap macam tu”, merujuk pada kata-kata (dakwaan?) Hamzah bahawa Muhyiddin akan serahkan jawatan presiden kepadanya apabila Muhyiddin berundur nanti.
Sehari selepas itu portal berita Scoop melaporkan Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz menafikan dakwaan Wan Saiful Wan Jan (yang dipecat Bersatu) bahawa Muhyiddin pernah bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan presiden kepada Hamzah.
Ah sudah! Dalam artikel saya empat hari lalu bukan sekadar Wan Saiful tetapi Hamzah sendiri kata apa Faisal kata Wan Saiful kata. Menggunakan analogi acara lari berganti-ganti, Hamzah berkata beliau hanya menunggu dan sebaik sahaja Muhyiddin serahkan ‘baton’ kepadanya “saya akan ambil dan lari”.
Orang lain-lain — Hamzah dan Wan Saiful — cakap pasal perkara sama — Muhyiddn akan serah jawatan presiden kepada Hamzah. Serah bulat-bulat ke? Tak da pertandingan?
Berbalik kepada laporan Scoop siaran 8 November yang saya sebut tadi. Menurut laporan itu, Tun Faisal menafikan dakwaan Wan Saiful semasa bercakap di podcast ‘Trick Lama’ dikendalikannya atas nama ‘Podaboom’.
Menurut laporan itu, apabila ditanya sama ada dakwaan itu bermaksud Wan Saiful telah berbohong, Tun Faisal menjawab ‘ya’.
Berdasarkan itu, pada hemat saya, pertanyaan susulan penting ialah adakah kata-kata Tun Faisal tadi apply to Hamzah as well? Walaupun Tun Faisal hanya bercakap mengenai Wan Saiful, bolehkah dikatakan Hamzah juga sudah berbohong? Seperti dikata tadi, Hamzah juga cakap perkara yang Wan Saiful dikatakan cakap. Jadi apabila Tun Faisal tuduh Wan Saiful bohong, adakah ini bermaksud Hamzah juga dituduh sama, meskipun nama beliau tidak disebut. Kacau!
Kembali ke laporan saya empat hari lalu mengenai Hamzah mengibaratkan peralihan kuasa bagai larian berganti-ganti. Beberapa peminat politik memberi komen kepada saya. Antara yang menarik begini: Jika Muhyiddin pelari pertama, result boleh tekalah. Ikut logik, Hamzah terkeluar sebab pelari kedua, kecuali Hamzah bypass pelari ketiga dan keempat.
Tapi ingat Azmin sebagai marshal boleh kibar bendera merah. Azmin boleh juga buat ‘fault start‘ pada Muhyiddin selaku ‘starter‘.
Saya tidak minta penjelasan lanjut meskipun analogi itu boleh dikira menarik. Azmin yang dirujuk ialah Azmin Ali setiausaha agung Bersatu dan juga Perikatan Nasional. Nama Azmin sering timbul apabila orang bercakap mengenai konflik Bersatu. Namun menurut laporan Scoop, “Tun Faisal has pushed back against the narrative of a party divided by competing camps loyal to deputy president Hamzah Zainudin and supreme council member Azmin Ali, suggesting the rift is being amplified by external elements“.
Menurut laporan itu lagi, “instead of confirming a power struggle between the two party stalwarts, Tun Faisal framed the issue as a misinterpretation fuelled by rumours which he claimed are being leveraged by those who stand to gain from Bersatu’s instability“.
Itu hak beliau untuk berkata sedemikian tetapi serangan terbuka ke atas kepimpinan Bersatu oleh Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, dan rakan-rakan yang keahlian sudah digantung seem to suggest otherwise. Malah Wan Fayhsal turut membawa skandal video yang dikaitkankan dengan Azmin walapun isu itu tercetus beberapa tahun lalu.
Siapa pula elemen luar yang Tun Faisal maksudkan yang membesar-besarkan isu, dan “those who stand to gain from Bersatu’s instability“? Bagi Tun Faisal, “the biggest beneficiary, the ones who profit the most, Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan“.
Anwar dan PH adalah musuh politik Bersatu. Jadi bukanlah aneh jika mereka mendapat manfaat jika Bersatu tidak stabil. Kalau saya boleh bertanya — bagaimana pula sekutu Bersatu? Sekutu tidak duduk dalam parti, oleh itu mereka adalah element luar. Adakah mereka juga dapat keuntungan daripada perang saudara Bersatu? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/serah-baton-siapa-bohong-siapa-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 209 hits
JERLUN Ketika ditahan suspek masih memegang parang sebelum akhirnya menyerah diri selepas kira kira 15 minit dipujuk kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berhubung kejadian tragis di Kampung Pida 3 di sin...
Malaysia Serah Tampuk Kepimpinan Asean Kepada Filipina

Malaysia Serah Tampuk Kepimpinan Asean Kepada Filipina

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 201 hits
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr menerima tukul upacara Pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penyerahan rasmi sempena majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada 28 Oktobe...
Malaysia Hands On Asean Baton After Landmark Year Of Sustainable Diplomacy

Malaysia Hands On Asean Baton After Landmark Year Of Sustainable Diplomacy

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 142 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his remarks at the Closing Ceremony of the 47th Asean Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre on Tuesday BernamapicPUTRAJAYA Every time Malaysia chairs Asean once eve...
Serah Kepada Speaker Kata Takiyuddin Berkait Usul Ke Jawatankuasa Parlimen

Serah Kepada Speaker Kata Takiyuddin Berkait Usul Ke Jawatankuasa Parlimen

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 133 hits
Ketua Whip PN berkata beliau diberi tempoh tujuh hari menjawab kenyataan kononnya anggota Maritim serbu Masjid Rusila di Terengganu Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan berkata isu dakwaan serbuan dalam latihan Maritim dianggap sudah ...
Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 184 hits
Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan KOTA BHARU 3 Nov Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok Narathiwat pada Sabtu lepas yang juga bekas pemain import pasukan bola s...
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 159 hits
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri Seorang lelaki di Jepun dilaporkan sanggup membayar sewa rumah kosong selama 26 tahun rumah yang menjadi lokasi isterinya dibunuh Difahamkan hal ini dilakuk...
Hamzah Zainudin Muhyiddin Mahu Serah Jawatan Presiden Kepada Saya

Hamzah Zainudin Muhyiddin Mahu Serah Jawatan Presiden Kepada Saya

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 117 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhasrat menyerahkan jawatan tertinggi parti itu kepadanya apabila beliau berundur nanti Umum diketahui bahawa presiden mahu serahkan ...
Namewee Saya Tidak Lari Sedia Serah Diri

Namewee Saya Tidak Lari Sedia Serah Diri

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 179 hits
Saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru Sebelum ini saya telah membuat janji temu dengan pihak polis untuk hadir ke balai bagi membuat laporan dan memberi keterangan Sekarang saya sudah tiba di balai polis Seterusnya saya akan membe...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Restoran Seafood D Bendang Sekinchan Tempat Santai Untuk Pencinta Seafood Segar

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Kedai Pakistan Di Madinah

Sleeve Cup Custom Branding Murah Tapi Nampak Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Birthday Waniee

Lirik Lagu Terlalu Bodoh Ara Johari

Drama Setiaku Berdiri

Minyak Mentah Yang Disokong Oleh Petunjuk Teknikalnya Mempunyai Potensi Untuk Mengukuh Hari Ini

Perbezaan Jadikan Warna Indah

Kadang Kadang Orang Hanya Baca Sekerat Tanpa Mahu Faham Seluruh Cerita