Sepasang Ninja Melekat Dari Jepun Hilang Dari Radar
assalamualaikum 😉
selamat pagi
pagi Selasa. kerja hari ni, sederhana
ada kerja yg perlu diselesaikan secara step by step. tak boleh settle secara lumpsum 😌
cerita-cerita santai lah kat blog hari ni. release kan stress yg sejak kul 7.45 pagi memasukkan data
nak la kongsi, saya ada beberapa fridge magnet dari Jepun
kakak saya berkursus ke Tokyo beberapa bulan lepas, mcm biasa la, kiriman saya hanyalah fridge magnet
tetiba satu ptg, tinggallah gadis kecil berkimono ni jer!
alamak!!!
mana ninja-ninja ku???
lokasi 👆👆👆 kosong!!!
alamak!!! tak mungkin ada org yg ambil? tak mungkin...
apa lagi, saya pun terus lah bertanya kpd kakak-kakak, "kakak... adik... mana fridge magnet ninja Ibu yg Mak Ngah bagi? takde ni hah!"
kelam-kabut lah 2 beradik tu dtg kat saya. "tak tahu, Bu...".
"camne boleh tak tahu ni? kan Bu dah pesan, jgn usik. kan dah hilang!".
tetiba ada cadangan dari diorang berdua, "cuba Bu tanya Ijat."
logik jugak cadangan tu.
saya pun panggil la anak teruna saya yg sorang tu.
bila tgk saya bertanya dgn serius, cuak juga la muka Ijat time tu.
terus aje dia tunjuk lokas ninja-ninja tu...
👇👇👇
ninja hitam di sini...
ninja merah di situ...
😒😒😒 bertuah punya anak!
sesuka hati dia melekatkan ninja-ninja Ibu di merata tempat tau.
tergelak la jugak saya, kak Nurin dan Syuhada bila tahu lokasi ninja-ninja tu 😅 😄😄.
siap-siap dia boleh cakap kat saya sambil tersenyum, "lain kali carilah betul-betul".
kembali ke lokasi asal 😃.
tapi.... selepas tu, byk kali ninja ni missing in action!
saya dah tau dah mana nak cari lah kan ha ha ha ha...
ada la kat celah memana fridge magnet yg lain - kerjaan Muhammad Izzat lah.
hai lah anak...
ada jer nak buat ni saspen tau.
dah le tu jer hobi si Ibu ni hah. kumpul fridge magnet 😍.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/12/sepasang-ninja-melekat-dari-jepun.html