Sepak Takraw Bakal Ke Olimpik


Peminat sukan sepak takraw mungkin gembira mendengar berita ini. Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sedang merangka hala tuju sukan ini untuk membawanya ke Sukan Olimpik.
Antara perkara penting bagi memastikan objektif ini berjaya adalah dengan cuba membawa negara-negara Eropah dan Afrika Selatan bagi menyertai acara sukan yang berakar umbi di Asia Tenggara ini.
Menurut Setiausaha Agung ISTAF, Fatuk Abdul Halim Kader, badan induk sepak takraw telah bekerja keras membangunkan sukan sepak takraw ke dalam acara suka pelbagai sebelum berjaya disenaraikan dalam Olympic Channel baru-baru ini.
STAF kini perlu meningkatkan bilangan ahli gabungannya dan populariti sukan itu di seluruh dunia bagi meyakinkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana pada masa ini hanya 45 negara yang bermain sepak takraw.
“Kami memerlukan sekurang-kurangnya 50 negara (ahli gabungan) untuk diiktiraf sebagai satu sukan oleh IOC. Tetapi untuk layak dipertandingkan dalam Olimpik, kami memerlukan 75 negara yang bermain di lima benua.
“Dalam mesyuarat Majlis di Bangkok baru-baru ini, kami telah membangun dan menerima pembentukan persekutuan di Afghanistan, Iraq, New Zealand, Tajikistan dan Kyrgyzstan. Saya optimistik untuk mendapatkan 10 lagi ahli gabungan baharu dalam masa 24 bulan melalui skim penyesuaian yang dicadangkan.
“Kami telah membentuk pasukan petugas terdiri daripada pemimpin dari pelbagai negara untuk mencari 10 negara baharu di Eropah dan Afrika Selatan sebagai ahli gabungan kita. Setiap ahli, sebagai contoh Malaysia, boleh mengguna pakai dua atau tiga negara untuk mempromosi dan membangun sukan sepak takraw di negara baharu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai Sukan Komanwel, Abdul Halim berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) David Grevemberg dan Pengarah Sukan CGF Ann-Louise Morgan untuk mempamerkan sepak takraw sebagai sukan yang diiktiraf di Birmingham 2022.
Sukan yang diiktiraf adalah kategori ketiga sukan dalam Sukan Komanwel selepas sukan teras dan sukan pilihan, yang bermaksud sukan itu telah diiktiraf oleh CGF tetapi dianggap akan berkembang sebelum dimasukkan ke dalam temasya sukan itu.
Menurut balasan e-mel oleh Ann-Louise kepada ISTAF, pendekatan baharu sukan diiktiraf akan membolehkan CGF dihubungkan dengan sukan yang boleh menjadi daya positif untuk penglibatan masyarakat, perayaan serantau atau pembangunan sosial.
Ia termasuk sukan yang dikaitkan dengan acara penyertaan daripada orang ramai, sukan yang dikhususkan kepada budaya, wilayah atau Persekutuan Antarabangsa tertentu yang terlibat dalam projek global menggunakan sukan sebagai alat pembangunan.
Sementara itu, Abdul Halim berkata kira-kira 12 negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan negara-negara Komanwel yang dijadualkan pada awal tahun hadapan.
“Kami menerima maklum balas positif dari Singapura dan India untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu, ia akan dianjurkan bertujuan untuk diiktiraf oleh CGF. Bagi tujuan itu (diiktiraf dan dimasukkan ke dalam Sukan Komanwel), kami perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan CGF dan kini, kami dalam proses mendapat pengiktirafan.
“Saya yakin jika Persekutuan Antarabangsa berfungsi dengan baik, fokus untuk mencapai matlamat, kita boleh bawa sepak takraw ke Olimpik. IOC pasti akan pertimbangkan berdasarkan kriteria dan pemprosesan… Ketelusan dan mengikut tadbir urus akan menjadi kriteria utama untuk diiktiraf,” tambahnya.
Sepak takraw mula dipertandingkan pada temasya Sukan SEA pada 1965 manakala Sukan Asia pula pada 1990.
— BERNAMA
Please follow and like us:
0

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/sepak-takraw-bakal-ke-olimpik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Suhakam Bakal Dibahas Pertama Kali Di Parlimen

Laporan Suhakam Bakal Dibahas Pertama Kali Di Parlimen

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 360 hits
Suhakam yang ditubuhkan pada tahun 1999 telah mengemukakan laporannya setiap tahun kepada parlimen tetapi dokumen itu tidak pernah dibahas di Dewan Rakyat
Bakal Ibu Terkejut Lihat Wajah Ngeri Dalam Imbasan Kehamilan

Bakal Ibu Terkejut Lihat Wajah Ngeri Dalam Imbasan Kehamilan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 344 hits
Imbasan kandungan gadis berkenaan FOTO Kennedy SEORANG gadis berusia 17 tahun terkejut melihat imej imbasan bayi dalam kandungannya Iyanna Carrington membuat imbasan itu bagi mengenalpasti jantina bayi yang bakal dilahirkannya Namun ia tern...
5 Peserta Malaysia Bakal Bertanding Di D Academy Asia 5

5 Peserta Malaysia Bakal Bertanding Di D Academy Asia 5

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 1097 hits
Setiap tahun pihak Indosiar akan menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara yang terlibat akan menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran Juara Asia Program ini diberi nama D Academy...
Lagi Aset Khazanah Bakal Dijual

Lagi Aset Khazanah Bakal Dijual

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 276 hits
Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise mula berkembang ke Australia pada tahun 2014 dengan membeli tiga bidang tanah di bandar Melbourne Australia dengan harga AUS 122 million Dengan 3 bidang tanah ini UEM Sunrise melancarkan 3 projek bangunan...
Adik Meninggal Karena Kecelakaan Boy William Janji Bakal Jaga Putri Ray Satu Satunya

Adik Meninggal Karena Kecelakaan Boy William Janji Bakal Jaga Putri Ray Satu Satunya

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 284 hits
Setelah bungkam karena masih berduka penyebab meninggalnya Raymond Hartanto pun akhirnya terungkap Rest in Peace Ray
Tenaga Nasional Bakal Hadir Dengan Kemaskini Untuk Perkhidmatan Mytnb

Tenaga Nasional Bakal Hadir Dengan Kemaskini Untuk Perkhidmatan Mytnb

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 259 hits
Tenaga Nasional kini telah mula mengacah pengenalan perkhidmatan myTNB yang baru dimana ia dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat ini Bagi yang tidak mengenali akan myTNB ia menawarkan kemudahan untuk pengguna melihat dan membayar bil m...
Mereka Yang Buat Dan Sebar Fitnah Bakal Disambar Api Neraka Dan Dilaknati Oleh Tuhan Nga Kor Ming

Mereka Yang Buat Dan Sebar Fitnah Bakal Disambar Api Neraka Dan Dilaknati Oleh Tuhan Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 394 hits
Dituduh sebagai pemimpin memainkan sentimen perkauman dan memaki bangsa Melayu Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mempunyai cara sendiri untuk bertindak balas Selain membuat aduan polis Nga juga berkata orang yang memfitnahnya dengan dakwaan ...
Bakal Jemaah Umrah Malaysia Kini Perlu Bayar Caj Tambahan Visa Rm350

Bakal Jemaah Umrah Malaysia Kini Perlu Bayar Caj Tambahan Visa Rm350

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 susulan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan H...
Imej Perlihatkan Ciri Dan Ikon Baharu Yang Bakal Dibawa Pada Miui 11

Imej Perlihatkan Ciri Dan Ikon Baharu Yang Bakal Dibawa Pada Miui 11

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 231 hits
Reading Time 1 minuteDikala pemilik peranti Xiaomi masih menanti ketibaan MIUI 11 berasaskan Android 10 sistem tersebut dikatakan telah dilepaskan secara tidak sengaja oleh syarikat pengeluar kepada beberapa peranti seperti Redmi K20 Pro Mi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization