Sepagi Di Putrajaya Dhuha Di Masjid Putra
assalamualaikum 😊selamat pagi
now nak kongsi satu lagi kisah baling belakang - 15.4.2019
berbulan-bulan baling belakang nyer nih 😅. dek kekangan masa pada waktu tu nak update blog
busy belajar ler katakan 😄. final semester, dgn assignments yg nak kena disiapkan
now, slowly nak transfer gambar ke hard disk, baru la teringat yg kisah ni lom update dlm blog hi hi hi..
15.4.2019 kan cuti umum di Melaka. sempena sambutan Melaka Bersejarah
maka, saya awal-awal dah anak mr.asben bwk anak-anak ke Putrajaya
bukan semata-mata nak berjalan, atas urusan kerja masa tu. seawal jam 8 pagi dah ada di building SPA.mlm sebelum tu, kami tidur di rumah mak mertua saya, Seremban
so, dekat skit lah perjalanan pepagi tu nak ke Putrajaya. siap2 sarapan kat rumah dulu
so, selesai jer collect surat dari SPA, terus ajak mr.asben ke Masjid Putra
saya tak pernah jejak masuk ke Masjid Putra ni. sebab tu lah aim nak ke situ je
sebelum ni hanya berjalan di sekitar luar masjid saje
cuaca pagi tu amatlah baik.
ada replika tangan ni di sekitar roundabout Masjid Putra. unik...
zoom in 😄😄😄...
beri maklumat pada anak-anak, "ni ofis Perdana Menteri kita...".
"wah, besarnya... boleh jumpa Perdana Menteri sekarang ke?".
"tak boleh anak-anakku. nak buat apoinmen pun lom tentu boleh. ni kan plak nak jumpa...". 😅😅😅
berlatarbelakangkan Masjid Putra nan indah...
seawal 9 pagi, persekitaran Masjid Putra dah pun ramai pengunjung
lebih dari 5 buah bas da turunkan pengunjung
menjadi satu tempat persinggahan para pelancong luar negara. indah. senibina moden
pengunjung bukan Islam atau yg tidak menutup aurat, dikehendaki menyarungkan jubah yg disediakan
dan dibenarkan bergambar di mana-mana pelusuk masjid yg dibenarkan masuk
namun, saya ada perhatikan... ada pengunjung yg bergambar tidak sopan
hmmmmm saya terasa gayanya tak sesuai dgn tempat ibadat
dan pemerhatian saya tu adalah benar bila petugas masjid cepat-cepat menegur secara baik pengunjung tu
memberitahu bahawa gaya itu tidak sesuai
saya mencari-cari juga pemandu pelancong yg membaca mereka ke situ. sepatutnya mereka dimaklumkan terlebih awal, kan
other than that, everything was fine. perfect 👍👍👍
seperti biasa, saya akan cadangkan kat anak-anak, "sila lah baca maklumat yg dipamerkan".
mudah utk mereka buat karangan di sekolah, jika perlu.
ini ruangan solat utk muslimah. kami menunggu ayah yg solat di bahagian lain.
ruang utk muslimah bersiap selepas solat amat indah. selesa.
ni pandangan dari masjid ke arah entrance utama.
para pengunjung dah mula berkumpul utk kembali ke bas masing-masing.
indah..
memang terbaiklah Putrajaya
lain kali kami singgah lagi ye. have to say goodbye
matahari pun dah terik masa tu. nak amik gambar pun, mata masing-masing tak dpt nak buka 😄
mana kan boleh lawan terik matahari ha ha ha ha ha..
perut pun dah lapar balik. sarapan sgt awal kan..
tak lengah-lengah lagi, kami terus menuju ke Restoran Nasi Dulang Daun Pisang di Sg. Ramal, Kajang
saya dan anak-anak da pernah makan sini. now, nak la ajak my beloved mr.asben merasa kan
baru la complete perasaan tu
ptg tu juga kami balik ke Melaka
tak dpt lah nak berjalan ke mana-mana lagi
esoknya, hari bekerja kan
puas hati dgn perjalanan kami setengah hari ke Putrajaya
kerja selesai. dpt jalan-jalan. dan dpt makan best kat sg. ramal ni 😋
👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/08/sepagi-di-putrajaya-dhuha-di-masjid.html