Mengimarahkan Masjid Tugas Kita



Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah: 18)

Pengimarahan masjid mengandungi dua aspek iaitu membinanya dan melaziminya. Seseorang hanya dikatakan mengimarahkan masjid sekiranya dia kerap berulang alik ke masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 5/9)

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran (8/90) menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan: “Sekiranya kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya.”

Ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
“Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.” [Riwayat al-Tirmidzi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)]

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: “Setengah riwayat menyebut orang yang begitu setia mendatangi masjid atau memelihara untuk sentiasa ke masjid.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/389)

Maksud memakmurkan masjid adalah dengan menetapinya untuk melaksanakan ibadah di dalamnya dalam rangka meraih keredhaan-Nya. Antaranya seperti melakukan solat, berzikir kepada Allah SWT dan mempelajari ilmu agama. Juga termasuk maknanya adalah dengan membangunkan masjid, menjaga dan memeliharanya. (Lihat Aisar al-Tafasir li Kalam al-‘Aliy al-Kabir, 2/66)

Ibn al-Jauzi menyebut, yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid (dalam ayat di atas), ada dua pendapat:

Selalu datang ke masjid dan duduk di dalamnya (untuk beribadah kepada Allah SWT)Membangunkan masjid dan memperbaikinya. (Lihat Zad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, 3/408)
Syeikh al-Tantawi dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan di dalam kitabnya: “Orang yang mengimarahkan masjid merupakan Mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada Baginda SAW dengan hati yang penuh dengan keikhlasan.” (Lihat Tafsir al-Wasit, 6/228)

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, memakmurkan masjid bermaksud mendirikan solat di dalamnya, berdoa, berzikir dan menegakkan syiar-syiarnya. Takrif ini menggambarkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadat, tetapi juga untuk menyampaikan dakwah Islam.

Aktiviti pengajian ilmu agama perlu diadakan di masjid-masjid supaya ia sampai kepada masyarakat dengan baik. Masjid itu adalah madrasah dakwah dan ia juga pejabat negara Islam. Masjid adalah tempat mengadakan mau’izah dan pengajian harian, mingguan dan ceramah berkala.

Masjid berperanan dalam memberi ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita penting untuk ummah, bertemu dengan diplomat asing, mengatur tentera di medan perang, menghantar pendakwah dan perwakilan untuk perdamaian. (Lihat al-Dawabit al-Syar’iyyah li Bina’ al-Masajid, hlm. 6-7)

Memakmurkan masjid juga adalah ialah dengan selalu menghidupkan jemaahnya, memelihara dan membersihkannya dan memperbaiki jika berlaku kerosakan. Mencukupkan mana yang kurang dan menziarahinya untuk ibadat. Dalam ayat ini ditegaskan hanya orang yang hidupnya telah dibentuk oleh satu bentuk pemikiran yang memang telah terikat hatinya dengan masjid.

Orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan tergetar hatinya untuk meramaikan masjid begitu juga yang tidak solat, tidak suka untuk mendekati masjid. Mereka yang bakhil daripada berzakat amat takut ke masjid kerana bimbang bertemu orang yang miskin dan yang berhak menerima zakat. Ini kerana masjid untuk semua lapisan masyarakat yang mungkin kita temuinya.

Antara yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk mengurus tadbir masjid adalah seperti berikut:

Ia merupakan amanah Allah, justeru hendaklah ditunaikan dengan sepenuh hati dan penuh dengan profesional.Niat yang ikhlas yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran Rumah Allah.Menghidupkan majlis ilmu, kerana ia merupakan universiti pertama dalam Islam. Rasulullah SAW menyampaikan risalahnya dalam masjid dan menjadi murabbi kepada ummah.Memahami akan fungsi sebenar masjid sebagai tempat penyuburan kerohanian. Justeru penggalakkan ibadat pada ahli jemaah seperti solat, zikir, membaca al-Quran sentiasa digerakkan dari semasa ke semasa.Menzahirkan keampuhan kesatuan ummah, ini kerana masjid adalah tempat berhimpun umat Islam dalam menunaikan ibadat solat dan lain-lain. Ini sudah pasti menjadikan masjid sebagai ikatan hablum minnallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan sesama manusia).Menzahirkan kehebatan masjid sehingga menjadikannya cukup unggul pada hati umat Islam dengan cara memuliakannya dan memahami fungsi sebenar masjid itu.Menjadikan masjid tempat yang benar-benar tenang bagi semua masyarakat umat Islam kerana ia rumah Allah yang akhirnya melahirkan persamaan, kasih sayang timbang rasa, penghormatan, saling bantu membantu yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang unggul.
Satu penegasan agar masjid benar-benar berwibawa, maka beberapa larangan perlu diambil prihatin dengan sesungguhnya, antaranya:

Elakkan menjadi tempat fitnah memfitnah kerana natijahnya amat buruk dan kesannya tidak elok bagi umat Islam. Budaya ini jika tidak dibendung akan menatijahkan kesuraman masjid dan surutnya ahli jemaah masjid sehingga seolah-olah ia terpulau dan terbiar.Jangan bergaduh dan bertelingkah. Sama ada antara sesama AJK masjid ataupun dengan jemaah. Hal ini seringkali kita dengar yang menatijahkan perasaan tidak baik dan kata-kata di belakang yang tidak elok didengar sudah menjadi sebati dalam masyarakat. Ini akan membawa kepada masjid tidak lagi digemari oleh hati-hati masyarakat setempat.Elakkan masjid daripada unsur kepartian atau kepuak-puakan sehingga membawa kepada pihak yang lain walaupun mengucap dua kalimah syahadah akan merasa tidak tenang dan selesa ketika melangkah kaki ke masjid tersebut.Jangan merasakan masjid dan pentadbirannya adalah hak kita semata-mata tanpa menerima sebarang teguran dan nasihat dari ahli jemaah yang ikhlas menyampaikannya. Ini kerana, sikap tidak boleh menerima teguran akan menyebabkan keadaan masjid tidak maju dan sentiasa berada pada tahap yang lama.Jangan jadikan masjid hanya sebagai tempat bersumpah dalam menegakkan kebenaran atau mencerca seseorang. Ini kerana, menafikan maksud masjid sebagai tempat ditinggikan nama Allah dan pembentukan kerohanian yang unggul.Jangan biarkan sebarang unsur ceramah atau pengajaran yang tidak menghormati adab masjid dan juga celaan kepada mana-mana individu dengan sewenang-wenangnya. Ini sudah barang tentu akan merasakan kerimasan oleh sebahagian jemaah dan membawa gelodak jiwa yang tidak baik.
Kelebihan golongan yang sentiasa menuju kepada masjid seperti hadis Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda:

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Berilah berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” [Riwayat Abu Daud (561)]

Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
“Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga seperti mana pergi dan pulang.” [Riwayat Muslim (669)]

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالإِيمَانِ
“Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-masjid, maka saksikanlah baginya dengan iman.” [Riwayat al-Tirmidzi (2617)]

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/mengimarahkan-masjid-tugas-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Akad Nikah Di Masjid

Hukum Akad Nikah Di Masjid

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 302 hits
Hukum Akad Nikah Di Masjid Ust apakah akad nikah lebih afdol dilakukan di masjid Jawaban Bismillah walhamdulillah was sholaatu wassalam ala Rasulillah wa ba du Terdapat dua kesimpulan yang dipilih oleh para ulama berkaitan hukum Akad nikah ...
Kejari Bogor Kembalikan Berkas Kasus Wanita Bawa Anjing Di Masjid Ke Polisi

Kejari Bogor Kembalikan Berkas Kasus Wanita Bawa Anjing Di Masjid Ke Polisi

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 217 hits
Polres Bogor Jawa Barat memperbaiki berkas kasus penistaan agama SM wanita yang membawa anjing ke dalam Masjid Al Munawaroh Sentul Kecamatan Babakan Madang Kabupaten Bogor Perbaikan menyusul pengembalian berkas dari Kejaksaan Negeri Kabupat...
Masjid Jabal Nur Bersih Dari Abu Gunung Tangkuban Parahu

Masjid Jabal Nur Bersih Dari Abu Gunung Tangkuban Parahu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 335 hits
Namun demikian teras samping masjid dan kios makanan yang berada di bawah masjid terlihat ada penumpukan abu Namun intensitasnya tipis
Roboh Masjid Hendak Cetuskan Isu Panas

Roboh Masjid Hendak Cetuskan Isu Panas

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 182 hits
Politik di Malaysia tidak lepas isu panas setiap masa Dari satu isu kepada satu isu semuanya panas Tidak kisahlah pada masa lepas PRU dan lebih lebih lagi masa hampir PRU Kerja ahli politik hanya cetuskan isu panas Masing masing akan member...
Naib Pengerusi Pkr Masjid Tanah Antara 21 Umum Keluar Parti

Naib Pengerusi Pkr Masjid Tanah Antara 21 Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 318 hits
MELAKA 25 Julai Naib Pengerusi PKR Cabang Masjid Tanah Khairuddin Ibrahim bersama 20 ahli hari ini mengumumkan keluar daripada parti ekoran tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR negeri Meskipun telah memegang jawatan itu s...
Perkuat Wisata Religi Batam Angkat Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah

Perkuat Wisata Religi Batam Angkat Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 236 hits
Atraksi Kota Batam semakin lengkap saja Kali ini giliran wisata religi yang diangkat Menyusul diresmikannya Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah Bangunannya megah dengan nilai dan filosofi besar Arsitekturnya perpaduan Arab dan Melayu dengan ki...
Bermegah Megah Dengan Pembinaan Masjid

Bermegah Megah Dengan Pembinaan Masjid

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 258 hits
Soalan Apakah terdapat hadith yang menunjukkan bermegah dengan pembinaan masjid termasuk di dalam tanda tanda kiamat Jawapan Dunia pada hari ini penuh dengan fitnah fitnah atau banyaknya berlaku perkara perkara yang luar biasa sehingga manu...
Kerana Tidak Puas Hati Dengan Kewangan Masjid Sekumpulan Jemaah Bergaduh Sebelum Solat Jumaat

Kerana Tidak Puas Hati Dengan Kewangan Masjid Sekumpulan Jemaah Bergaduh Sebelum Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 560 hits
Sumber New Malaysian PostSedih bila Ohmedia tengok penularan video yang tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan jemaah bertelagah diruangan solat ketika semua jemaah sedang sedia untuk menunaikan solat jumaat akibat tidak berpuas h...
Belasan Rumah 1 Masjid Dan 2 Sd Di Carita Pandeglang Rusak Akibat Gempa

Belasan Rumah 1 Masjid Dan 2 Sd Di Carita Pandeglang Rusak Akibat Gempa

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 249 hits
Belasan rumah warga Kecamatan Carita Kabupaten Pandeglang Banten rusak terdampak gempa dengan magnitudo 6 9 Selain rumah masjid dan sekolah dasar di daerah tersebut juga rusak
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord